Penggunaan Teknologi Dalam Penjagaan Populasi Malaysia Yang Semakin Menua

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pada tahun 1980-an, purata jangka hayat rakyat Malaysia hanyalah sekitar 67.4 tahun. Namun yang demikian, hasil daripada penghasilan dan penemuan antibiotik dan ubat yang lebih baik, polisi-polisi kesihatan yang lebih mampan, peningkatan kualiti penjagaan pesakit dan juga teknik-teknik pembedahan yang lebih selamat, angka tersebut meningkat ke 75 tahun pada tahun 2018. Malaysia kini di ambang populasi yang menua dan dijangkakan 7.5% daripada penduduk di Malaysia pada tahun 2020 adalah warga emas berusia 65 tahun dan ke atas.

Fenomena ini telah mengakibatkan fokus kesihatan awam yang dahulunya ke arah mengelakan kematian pramatang rakyat Malaysia (akibat jangkitan dan komplikasi ketika bersalin), berubah kepada pemantapan penjagaan rakyat yang semakin menua. Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, isu yang membimbangkan natijah daripada perubahan demografik ini adalah peningkatan dalam kes-kes pengabaian warga emas yang tidak terhad kepada pengabaian fizikal malah turut mengambil kira pengabaian psikologikal.

Antara inisiatif kerajaan dalam menangani masalah ini adalah dengan mewujudkan pusat jagaan harian, bantuan kewangan sara hidup dan juga khidmat bantuan di rumah. Namun yang demikian, atas faktor kewangan, capaian program-program ini tidak berkembang dengan kadar yang cukup untuk menampung permintaan yang ada. Menurut Prof. Dato’ Dr. Tengku Aizan Hamid, pengarah Institut Gerontologi Universiti Putra Malaysia, “Isu penjagaan warga emas ini merupakan tanggungjawab sosial dan semua pihak, tidak terhad kepada kerajaan, perlu memainkan peranan.”

Menyahut seruan revolusi industri ke-4 dan permintaan yang tinggi dalam sektor penjagaan warga emas di Malaysia, sebuah paltform yang menawarkan servis penjagaan di rumah atas permintaan, Homage, kini dilancarkan di Malaysia.

Homage

Homage yang asalnya ditubuhkan di Singapura pada tahun 2016 oleh Gillian Tee dan Lily Phang telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah termasuklah dari Kementerian Kesihatan Singapura. Servis komprehensif sepanjang masa yang ditawarkan Homage meliputi aspek penjagaan umum seperti bantuan aktiviti harian, fisioterpai di rumah dan jururawat di rumah dan juga penjagaan yang khusus seperti pesakit pasca-pembedahan, barah, stroke dan dementia. Di samping menghubungkan penjaga dan pengasuh profesional yang terlatih kepada pelanggan, platform ini juga membuka peluang perkerjaan kepada rakyat Malaysia dengan menawarkan kursus latihan penjagaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi penjaga.

enEnglish

Tarikh Reviu: Februari 14, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut