Kenali Najis Bayi Anda

Kebanyakan ibu bapa baru mesti agak hairan melihat najis si manja! Ini kerana ia mempunyai banyak warna dan tekstur yang tidak pernah langsung dilihat oleh mereka.
Ketahui

Najis Berwarna Coklat dan Cair

Deskripsi

Cirit-Birit

Cirit-birit kebiasaannya terjadi apabila bayi anda membuang najis cair sebanyak 2 kali atau lebih. Bayi yang menyusu badan sekurang-kurangnya akan membuang air besar sebanyak 6 kali sehari. Sehingga berusia 2 bulan, mereka mungkin akan membuang air besar setiap kali selepas makan. Namun, jika amaun najis kelihatan semakin banyak dan cair, ia mungkin petanda cirit-birit.

Apa perlu saya lakukan?

Sekiranya ia berlanjutan sehingga lebih daripada 2 hari, dan bayi anda berusia 3 bulan atau lebih muda, segera berjumpa doktor. Jika ia terlalu kerap terjadi kepada si manja anda, ia mungkin petanda dehidrasi.  Jangan beri bayi anda apa-apa ubat cirit-birit, kecuali dengan izin pakar. Sebaiknya, dapatkan rawatan daripada doktor terutamanya jika bayi anda mengalami cirit-birit yang mengandungi darah atau mukus.