Kenali Najis Bayi Anda

Kebanyakan ibu bapa baru mesti agak hairan melihat najis si manja! Ini kerana ia mempunyai banyak warna dan tekstur yang tidak pernah langsung dilihat oleh mereka.
Ketahui

Najis Bayi Berwarna Hijau Gelap

Deskripsi

Najis Bayi Yang Diberi Suplemen Zat Besi

Jika anda membekalkan si manja dengan zat besi, najisnya mungkin akan berwarna hijau gelap atau hitam. Ia mungkin tidak berlaku terlalu kerap, namun ia adalah sesuatu yang sangat normal.

Apa perlu saya lakukan?

Usah khuatir dengan perubahan warna pada najis bayi anda ini kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda kerosakan pada sistem pencernaan si manja. Pun begitu, jika najis bayi mempunyai warna seakan kehitaman namun tidak langsung mengambil apa-apa suplemen zat besi, maka segera berjumpa doktor untuk memastikan ia bukan tanda melena, ataupun pendarahan saluran pencernaan.