Kenali Najis Bayi Anda

Kebanyakan ibu bapa baru mesti agak hairan melihat najis si manja! Ini kerana ia mempunyai banyak warna dan tekstur yang tidak pernah langsung dilihat oleh mereka.
Ketahui

Najis Bayi Berwarna Putih Seakan Kapur

Deskripsi

Najis bayi yang pucat, tidak mempunyai warna atau putih mungkin menunjukkan tanda masalah organ hati atau pundi hempedu.

Hempedu adalah cecair penghadaman yang dihasilkan oleh organ hati dan disimpan di dalam pundi hempedu. Bayi anda akan mendapat warna najis yang normal daripada hempedu semasa proses pencernaan. Pun begitu, jika organ hati si manja tidak dapat memproses hempedu atau dia mengalami penyakit biliary atresia (ketiadaan saluran hempedu), najisnya akan berwarna seakan putih.

Apa perlu saya lakukan?

Najis yang berwarna putih ini sangat jarang berlaku. Namun jika ia berlaku kepada si manja anda, segera dapatkan rawatan doktor.