Kenali Najis Bayi Anda

Kebanyakan ibu bapa baru mesti agak hairan melihat najis si manja! Ini kerana ia mempunyai banyak warna dan tekstur yang tidak pernah langsung dilihat oleh mereka.
Ketahui

Najis Bayi Berwarna Hitam

Deskripsi

Melena

Melena merujuk kepada pembuangan najis berwarna hitam yang mempunyai kesan darah. Ia disebabkan oleh pendarahan pada saluran pencernaan (GI) atau usus besar si manja.

Apa perlu saya lakukan?

Jika ia bukan mekonium (yang dikeluarkan semasa beberapa hari pertama selepas bayi anda lahir), maka segera dapatkan rawatan doktor.