Ketahui asas-asasnya
Apa itu Ujian Hemoglobin Elektroforesis?
Ujian elektroforesis hemoglobin ialah sejenis ujian darah untuk mengesan jenis-jenis hemoglobin yang berbeza di dalam darah. Hemoglobin ialah bahan di dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen.
Jenis hemoglobin yang biasa ialah:
- Hemoglobin A. Ini adalah jenis hemoglobin yang paling banyak dijumpai di dalam orang dewasa sihat. Sesetengah penyakit seperti jenis talasemia yang teruk boleh menyebabkan kadar hemoglobin A di dalam darah menjadi rendah dan kadar hemoglobin F meningkat.
- Hemoglobin F (hemoglobin janin/fetal). Jenis ini secara normalnya dijumpai di dalam janin dan bayi baru lahir. Hemoglobin F diganti oleh hemoglobin A (hemoglobin dewasa/adult) tak lama selepas lahir. Sesetengah penyakit seperti penyakit sel sabit (sickle cell disease), anemia aplastik, dan leukemia mempunyai jenis hemoglobin yang abnormal dan kadar hemoglobin F yang tinggi.
- Hemoglobin A2. Ini adalah jenis hemoglobin normal yang dijumpai wujud pada kadar yang rendah di dalam orang dewasa.
Terdapat lebih 350 jenis hemoglobin tidak normal. Jenis-jenis yang paling kerap ialah:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen