backup og meta

11 Tanda Kanser Otak Yang Anda Perlu Beri Perhatian, Jangan Ambil Mudah!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/12/2022

    11 Tanda Kanser Otak Yang Anda Perlu Beri Perhatian, Jangan Ambil Mudah!

    Apabila tanda kanser otak mula muncul pada individu, ia akan memberi tekanan pada tisu organ ini dan organ di sekitarnya lalu mengubah cara fungsi serta membawa pelbagai tanda dan gejala.

    Tumor pada organ ini akan mula berkembang di sel otak (seperti yang telah digambarkan) atau ia boleh bermula di tempat lain dan merebak pula ke otak.

    Pertumbuhan sel barah di otak membawa kepada perkembangan dan merebakkan tumor, yang akan mula muncul dengan cepat atau perlahan bergantung pada jenis atau tahap kondisi ini.

    Persoalannya, apa risiko, simptom, komplikasi serta rawatan untuk kanser ini? Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kanser, anda juga boleh klik di sini.

    Seberapa lazim kondisi kanser organ ini?

    Dipercayai bahawa setiap 30 daripada 100,000 individu di Amerika Syarikat menghidap tumor pada sistem neurologi yakni otak dan saraf mereka.

    Tumor ini amat berbahaya kerana ia boleh menyerang atau merebak ke bahagian otak yang sihat selain mampu untuk berkembang ke tahap yang lebih teruk.

    tanda kanser otak

    Setiap individu tanpa mengira peringkat umur boleh menghidap tanda kanser otak, tetapi kanak-kanak di bawah usia 15 tahun dan dewasa atas usia 65 tahun ke atas memiliki risiko paling tinggi.

    Walaupun wujud banyak faktor risiko yang dipercayai boleh memicu kondisi ini merebak, namun asal-usul kanser organ ini masih belum dapat dipastikan dengan jelas berbanding jenis barah lain.

    Berlaku pada usia yang tidak boleh dijangka, risiko kanser organ ini berkembang akan bertambah seiring dengan peningkatan usia individu itu sendiri.

    Usia paling umum untuk kita semua menghadapinya adalah di antara 85 ke 89 tahun!

    Apa antara tanda kanser otak?

    Terdapat beberapa tanda kanser otak dan antara gejala yang biasa berlaku adalah seperti berikut:

    • Sakit kepala
    • Selalu mengantuk
    • Sering menguap
    • Sawan
    • Tanda kanser otak- mual
    • Muntah
    • Lemah memori otak
    • Kelemahan tubuh badan
    • Kelumpuhan tubuh badan
    • Perubahan kognitif, peribadi atau tingkah laku
    • Masalah pertuturan atau penglihatan

    Dalam pada itu, kekejangan juga adalah antara gejala utama tumor otak di dalam kes tertentu dan sekitar 50% orang dengan kondisi ini mungkin akan mengalaminya.

    tanda kanser otak

    Majoriti penderita akan mengalami sakit kepala di satu tempat dari kondisi ini yang bakal lebih teruk pada waktu pagi atau malam atau ketika sedang batuk atau bersin.

    Disebabkan oleh otak tidak dapat merasakan kesakitan, beberapa kes kanser organ ini sama sekali tidak akan mengakibatkan gejala sakit kepala.

    Sebaliknya, ia hanya akan mendorong saraf atau salur darah berdekatan untuk menghantar isyarat kesakitan pada otak.

    Apa pula komplikasi kanser otak?

    Ketika barah otak berkembang, ia boleh menekan dan membawa kerosakan pada kawasan yang akan mengatur peribadi dan tingkah laku manusia.

    Kesannya, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, sawan, masalah penglihatan dan pendengaran serta isu keseimbangan tubuh badan.

    Sesetengah pesakit mungkin akan mengalami beberapa gejala ini sementara yang lain pula tidak, bergantung pada tahap kondisi tumor otak yang individu hidapi.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Bagaimana peluang untuk mereka sembuh?

    Menurut National Brain Tumor Society, kadar kelangsungan hidup bagi kanser otak yang agresif adalah rendah iaitu pada 35.6%.

    Ini bermaksud cuma 35.6% pesakit yang telah didiagnosis menghidap kanser ini masih hidup lima tahun selepas mereka disahkan ada barah pada otak.

    Sebilangan besar penderita cenderung untuk meneruskan aktiviti normal mereka selepas beberapa hari menjalani pembedahan pembuangan tumor dan akan cukup aktif selepas itu.

    Menurut kajian itu lagi, angka ini dilihat telah sedikit sebanyak bertambah meskipun bagi jenis tumor otak agresif, terima kasih pada kemajuan bidang klinikal dan perubatan masa kini.

    Apa boleh buat untuk rawat kondisi ini?

    tanda kanser otak

    Bolehkah tanda kanser otak ini dielakkan? Sebenarnya, mungkin tidak!

    Walaupun kondisi ini tidak dapat dicegah, anda masih boleh mengurangkan komplikasi dengan cara mengelakkan faktor risiko persekitaran seperti merokok atau pendedahan radiasi yang berlebihan.

    Selain pendedahan radiasi, tidak ada faktor risiko persekitaran atau gaya hidup yang diketahui mempunyai kaitan kuat dengan masalah tumor otak.

    Meskipun beberapa mutasi gen mungkin boleh diwarisi, namun sebahagian besar tumor otak dan saraf tunjang bukanlah akibat penyakit yang akan diwarisi.

    Terdapat juga beberapa jenis pembedahan membuang barah pada otak bergantung pada ukuran dan lokasi tumor tersebut, tetapi ia adalah rawatan yang paling utama dan efektif.

    Kanser otak bukan sahaja boleh membawa maut namun turut memicu pengaruh teruk terhadap kualiti hidup sekali gus mengubah kehidupan penderita dan individu yang mereka sayangi.

    Jadi, jangan ambil ringan tentang tanda kanser otak yang berbahaya ini dan segera bertindak ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan