Sindrom Metabolik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Sindrom Metabolik?

Sindrom metabolik adalah nama bagi sekumpulan faktor risiko yang berlaku serentak dan meningkatkan peluang bagi mereka yanh menghidapi penyakit jantung, strok dan diabetes jenis 2.

Apakah kebarangkalian Sindrom Metabolik?

Keadaan kesihatan ini sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur dan boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Metabolik?

Kebanyakan faktor risiko metabolik tidak mempunyai tanda atau simptom walaupun garis pinggang yang besar adalah petanda yang ketara.

Sesetengah individu mempunyai simptom paras gula tinggi dalam darah, jika diabetes – terutamanya diabetes jenis 2 – ada. Simptom-simptom gula tinggi dalam darah termasuklah kerap dahaga, kerap kencing, terutamanya pada waktu malam; lesu (keletihan); dan kabur pandangan.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang tersenarai di atas atau ada sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Lebih baik anda berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Sindrom Metabolik?

Sindrom metabolik berkait rapat dengan berat badan berlebihan atau obesiti dan kurang beraktiviti. Doktor tidak pasti sama ada sindrom ini disebabkan oleh satu punca sahaja.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Metabolik?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sindrom metabolik, seperti:

  • Mempunyai jenis badan berbentuk epal. Lebihan berat badan pada bahagian tengah dan atas badan.
  • Risiko sindrom metabolik anda meningkat dengan peningkatan umur.
  • Di America, golongan Amerika-Mexico dilihat berisiko tinggi untuk mempunyai sindrom metabolik.
  • Membawa berat berlebihan, terutamanya pada abdomen anda, meningkatkan risiko sindrom metabolik.
  • Anda lebih cenderung untuk mempunyai sindrom metabolik jika anda menghidapi diabetes ketika hamil (diabetes gestasi) atau anda mempunyai sejarah keluarga berkaitan diabetes jenis 2.
  • Penyakit lain. Anda berisiko tinggi untuk sindrom metabolik jika anda menghidapi penyakit kardiovaskular, penyakit hati berlemak bukan alkohol atau sindrom ovari polisistik.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Metabolik didiagnosis?

Berdasarkan garis panduan yang digunakan oleh Institusi Kesihatan Negara, anda mengalami sindrom metabolik jika anda mempunyai tiga atau lebih daripada trait-trait ini atau mengambil ubat untuk mengawalnya:

  • Tekanan darah sama atau lebih daripada 130/85 mmHg.
  • Paras gula darah berlapar (glukosa) sama atau lebih daripada 100 mg/dl.
  • Ukur lilit pinggang besar (ukuran sekeliling pinggang): 40 inci atau lebih untuk lelaki, 35 inci atau lebih untuk wanita.
  • Paras kolesterol HDL (baik) rendah : 40 mg/dl atau kurang untuk lelaki, 50 mg/dl atau kurang untuk wanita.
  • Paras trigliserida sama atau lebih daripada 150 mg/dl.

Bagaimana pesakit Sindrom Metabolik dirawat?

Tujuan rawatan adalah mengurangkan anda daripada risiko penyakit jantung dan kencing manis. Doktor anda akan mengesyorkan ubat-ubatan bagi mengawal penyakit anda. Doktor selalunya memberi cadangan bagi individu yang mempunyai diabetes, penyakit jantung atau pernah mengalami strok, paras kolesterol LDL tinggi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Metabolik?

Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi  sindrom metabolik:

  • Kawal stress.
  • Berhenti merokok. Merokok memburukkan kesihatan akibat sindrom metabolik.
  • Hadkan lemak tidak sihat dan banyakkan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan bijirin.
  • Kurangkan garam bagi mengelak tekanan darah tinggi.
  • Turun berat badan; sasarkan antara 7% hingga 10% daripada berat badan terkini anda.
  • Lakukan senaman. Lakukan 30-60 minit senaman berintensiti rendah ke sederhana seperti berjalan, 5 hingga 7 hari seminggu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

    Penyakit jantung berpotensi menjadi antara punca kematian sesetengah individu. Tapi, tahukah anda tanda amaran ia juga boleh dilihat dengan perubahan kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Jantung, Pusat Kesihatan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Jaga Jantung Anda? Gunakan Kaedah Polymeal, Amalkan Menu Diet Baik Untuk Jantung!

    Kaedah polymeal adalah kaedah yang menekankan makanan untuk jantung. Selain badam dan sayur, berikut adalah contoh menu diet jantung yang patut anda amalkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 04/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Terkena serangan jantung? JANGAN GENTAR! Marilah baca artikel ini dan kenal makanan untuk sakit jantung supaya tiada serangan kedua!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda-tanda sakit jantung

    Penyakit Jantung Kardiomiopati: Jenis, Simptom, Langkah Pencegahan & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
    mulut kering

    Salah Satu Petanda Hidap Diabetes Adalah Mulut Kering! Jaga-jaga Jika Anda Alaminya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/12/2020 . 3 minit bacaan
    aktiviti bersukan

    Ibu Hamil Yang Suka Bersukan, Ini Jenis Latihan Yang Disarankan Ikut Trimester

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    diabetes jenis 2

    Tersilap Diagnosis! Dari Diabetes Jenis 2, Tapi Sebenarnya Menghidap Kencing Manis Jenis 1?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan