Jangan Ambil Mudah Penyakit Lupus, Perlu Dirawat Jika Tidak Boleh Bawa Maut!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kini, terdapat banyak penyakit autoimun yang sudah dikenali oleh masyarakat kita. Antaranya ialah penyakit lupus, sejenis penyakit autoimun yang boleh menyerang pelbagai organ dalam tubuh kita.

Artikel ini akan membincangkan tentang penyakit ini secara keseluruhan, dari sudut punca, faktor risiko, tanda-tanda dan gejala serta rawatannya.

Apa itu penyakit lupus?

Penyakit lupus (SLE) ialah penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun badan anda menyerang sel-sel dan organ tubuh anda sendiri.

Ia boleh menyebabkan keradangan yang ringan sehingga tahap serius, dan merangkumi pelbagai jenis organ seperti kulit, sendi, buah pinggang, otak, jantung, paru-paru dan sel darah sendiri.

Terdapat 2 jenis penyakit lupus iaitu:

  1. Discoid Lupus Erythematous (DLE): hanya melibatkan organ kulit dan jarang merebak ke organ lain
  2. Systemic Lupus Erythematosus (SLE): melibatkan pelbagai organ dalam badan dan boleh membawa maut

Faktor risiko penyakit lupus

1. Jantina

Kajian menunjukkan penyakit ini sering dikaitkan dengan wanita berbanding lelaki, iaitu wanita sebanyak 90% manakala 10% ialah lelaki dan kanak-kanak.

2. Umur

Selain itu, 90% daripada jumlah wanita yang didiagnosis merupakan wanita lingkungan umur reproduktif iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

3. Etnik

Penyakit ini banyak dijumpai dalam kalangan masyarakat Afrika-Amerika, Hispanik dan Asia-Amerika.

Di negara kita, lebih daripada 10,000 orang telah didiagnosis dengan SLE sejak 30 tahun dahulu. Akan tetapi, masih ramai penghidap SLE yang belum disahkan dan menerima rawatan selanjutnya.

Punca penyakit lupus

Sehingga kini, masih ramai saintis yang belum menjumpai punca utama penyakit SLE. Namun, ramai yang percaya penyakit ini merupakan kombinasi masalah genetik dan juga persekitaran.

Seseorang yang mempunyai warisan genetik untuk lupus berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini jika terdedah kepada persekitaran yang boleh mencetusnya.

Pencetus penyakit SLE termasuklah:

1. Cahaya matahari

Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan lupus aktif dalam tubuh seseorang yang mempunyai genetik tersebut. Tanda utama yang boleh dilihat ialah masalah kulit ruam yang sensitif terhadap cahaya matahari.

2. Jangkitan kuman

Mengalami jangkitan kuman di mana-mana organ tubuh boleh menyebabkan lupus aktif buat kali pertama atau pengulangan dalam sesetengah kes.

3. Ubat-ubatan

Lupus boleh berlaku disebabkan oleh beberapa jenis ubat seperti ubat darah tinggi, ubat epilepsi dan antibiotik. Keadaan ini dinamakan drug-induced lupus.

Biasanya penghidap akan menjadi lebih baik selepas berhenti mengambil ubat tersebut.

Walaupun jarang berlaku, simptom boleh berterusan dalam sesetengah individu meskipun pengambilan ubat telah dihentikan.

Tanda dan gejala penyakit lupus

Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap penyakit ini kerana kita mempunyai imun badan yang berasingan.

Tanda dan gejala boleh bermula secara tiba-tiba atau berkembang secara perlahan, boleh menjadi ringan atau teruk dan sama ada sementara atau kekal.

Selalunya, simptom lupus hanyalah ringan sahaja. Jika penghidap mengalami episod suar, simptom akan bertambah teruk tetapi hanya untuk sementara.

Tanda dan gejala lupus bergantung kepada organ badan yang terlibat, tetapi kebiasaannya ialah:

penyakit SLE

  • Ruam berbentuk rama-rama di bahagian muka
  • Demam berpanjangan
  • Kelesuan badan
  • Sendi menjadi bengkak, kaku dan sakit
  • Kulit menjadi sensitif terhadap cahaya matahari
  • Masalah paru-paru dan jantung: Susah untuk bernafas, sakit dada
  • Mata menjadi kering
  • Ulser banyak di dalam mulut
  • Fenomena Raynaud: Kuku dan jari menjadi putih atau kebiru-biruan apabila terdedah kepada sejuk atau tekanan yang melampau

penyakit lupus

Berhati-hati, lupus boleh membawa maut!

Oleh sebab lupus ialah sejenis penyakit autoimun, ia boleh menyerang mana-mana bahagian tubuh anda. Jika tidak dirawat segera, keadaan boleh menjadi teruk seperti kegagalan organ dan membawa maut.

Antara komplikasi penyakit lupus ialah:

  1. Kegagalan buah pinggang: punca utama kematian untuk penghidap lupus.
  2. Lupus serebrum: menyebabkan sakit kepala, perubahan tingkah laku, masalah penglihatan, strok dan sawan.
  3. Anemia dan meningkatkan risiko pendarahan atau pembekuan darah.
  4. Keradangan saluran darah (vaskulitis).
  5. Pleuritis, pendarahan dalam paru-paru dan jangkitan kuman paru-paru.
  6. Keradangan otot jantung yang boleh menyebabkan sakit jantung.

Pencegahan dan rawatan penyakit lupus

Penyakit ini selalunya dirawat berdasarkan tanda dan gejala yang muncul. Anda haruslah berunding dengan doktor mengenai rawatan yang sesuai untuk tahap penyakit anda.

penyakit lupus

Antara ubat-ubatan yang digunakan ialah:

  • Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs): Mengawal demam, sakit dan bengkak
  • Ubat antimalari : Mempengaruhi imun badan dan mengurangkan suar berlaku
  • Steroid: Bantu untuk mengawal keradangan
  • Imunosupresan: Hanya digunakan dalam kes lupus yang serius

Anda boleh mencegah lupus daripada menjadi lebih teruk dengan:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Decadron

Kenali apa itu Decadron. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
Ubat A-Z, Ubat/Herba A-Z 31/05/2018 . 4 minit bacaan

Antibodi anti-DNA (Ujian)

Kenali apa itu Ujian antibodi anti-DNA. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Azreen Madzlan
Kesihatan A-Z, Ujian Kesihatan A-Z 28/03/2018 . 3 minit bacaan

Mixed connective tissue disease

Learn about Mixed connective tissue disease. What are the symptoms, the causes and how to treat this condition? What can we do to cope and prevent it...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Phuong Tran
Health A-Z, Health Conditions A-Z 22/11/2017 . 4 minit bacaan

Natrilix SR

Learn about Natrilix SR. What are the precautions, the warnings and how to use this drug? What should we know about its dose?

Ditulis oleh Thao Le
Drugs A-Z, Drugs/Herbals A-Z 24/01/2017 . 7 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit lupus

Penghidap SLE Tak Boleh Makan Bawang Putih? Apa Lagi Pantang Larang Makan Untuk Pesakit LUPUS?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
selena gomez

Kejap Kurus, Kejap Gemuk: Selena Gomez “Diserang” 

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 20/11/2019 . 3 minit bacaan
tip-penjagaan-kulit-pesakit-lupus

Tip Penjagaan Kulit Untuk Pesakit Lupus

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/11/2019 . 2 minit bacaan
Lupus Menyebabkan Strok?

Lupus Menyebabkan Strok?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/05/2019 . 2 minit bacaan