backup og meta

Jangan Ambil Mudah Penyakit Lupus, Perlu Dirawat Jika Tidak Boleh Bawa Maut!

Jangan Ambil Mudah Penyakit Lupus, Perlu Dirawat Jika Tidak Boleh Bawa Maut!

Kini, terdapat banyak penyakit autoimun yang sudah dikenali oleh masyarakat kita. Antaranya ialah penyakit lupus, sejenis penyakit autoimun yang boleh menyerang pelbagai organ dalam tubuh kita. Apa itu penyakit lupus? Adakah ia bermaksud penyakit SLE?

Artikel ini akan membincangkan tentang penyakit ini secara keseluruhan, dari sudut punca, faktor risiko, tanda-tanda dan gejala serta rawatannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa itu penyakit lupus?

Anda pasti tertanya apa itu penyakit lupus. Pernah lihat gambar penyakit lupus?

Penyakit lupus (SLE) ialah penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun badan anda menyerang sel-sel dan organ tubuh anda sendiri.

Ia boleh menyebabkan keradangan yang ringan sehingga tahap serius, dan merangkumi pelbagai jenis organ seperti kulit, sendi, buah pinggang, otak, jantung, paru-paru dan sel darah sendiri.

apa itu penyakit lupus
Kesan penyakit lupus jika tidak dirawat.

Terdapat 2 jenis penyakit lupus iaitu:

  1. Discoid Lupus Erythematous (DLE): hanya melibatkan organ kulit dan jarang merebak ke organ lain
  2. Systemic Lupus Erythematosus (SLE): melibatkan pelbagai organ dalam badan dan boleh membawa maut

Apa itu penyakit lupus? Ini faktor risikonya

1. Jantina

Kajian menunjukkan penyakit ini sering dikaitkan dengan wanita berbanding lelaki, iaitu wanita sebanyak 90% manakala 10% ialah lelaki dan kanak-kanak.

2. Umur

Selain itu, 90% daripada jumlah wanita yang didiagnosis merupakan wanita lingkungan umur reproduktif iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

3. Etnik

Penyakit ini banyak dijumpai dalam kalangan masyarakat Afrika-Amerika, Hispanik dan Asia-Amerika.

Di negara kita, lebih daripada 10,000 orang telah didiagnosis dengan SLE sejak 30 tahun dahulu. Akan tetapi, masih ramai penghidap SLE yang belum disahkan dan menerima rawatan selanjutnya.

Punca penyakit lupus

Sehingga kini, masih ramai saintis yang belum menjumpai punca utama penyakit SLE. Namun, ramai yang percaya penyakit ini merupakan kombinasi masalah genetik dan juga persekitaran.

Seseorang yang mempunyai warisan genetik untuk lupus berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini jika terdedah kepada persekitaran yang boleh mencetusnya.

Pencetus penyakit SLE termasuklah:

1. Cahaya matahari

Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan lupus aktif dalam tubuh seseorang yang mempunyai genetik tersebut. Tanda utama yang boleh dilihat ialah masalah kulit ruam lupus yang sensitif terhadap cahaya matahari.

2. Jangkitan kuman

Mengalami jangkitan kuman di mana-mana organ tubuh boleh menyebabkan lupus aktif buat kali pertama atau pengulangan dalam sesetengah kes.

3. Ubat-ubatan

Lupus boleh berlaku disebabkan oleh beberapa jenis ubat seperti ubat darah tinggi, ubat epilepsi dan antibiotik. Keadaan ini dinamakan drug-induced lupus.

Biasanya penghidap akan menjadi lebih baik selepas berhenti mengambil ubat tersebut.

Walaupun jarang berlaku, simptom boleh berterusan dalam sesetengah individu meskipun pengambilan ubat telah dihentikan.

Apa itu penyakit lupus? Ini tanda dan simptom

Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap penyakit ini kerana kita mempunyai imun badan yang berasingan.

Tanda dan gejala boleh bermula secara tiba-tiba atau berkembang secara perlahan, boleh menjadi ringan atau teruk dan sama ada sementara atau kekal.

Selalunya, simptom lupus hanyalah ringan sahaja. Jika penghidap mengalami episod suar, simptom akan bertambah teruk tetapi hanya untuk sementara.

Tanda dan gejala seperti dalam gambar penyakit lupus bergantung kepada organ badan yang terlibat, tetapi kebiasaannya ialah:

apa itu penyakit lupus
Ruam pada muka antara simptom biasa penyakit lupus.
  • Ruam lupus berbentuk rama-rama di bahagian muka
  • Demam berpanjangan
  • Kelesuan badan
  • Sendi menjadi bengkak, kaku dan sakit
  • Kulit menjadi sensitif terhadap cahaya matahari
  • Masalah paru-paru dan jantung: Susah untuk bernafas, sakit dada
  • Mata menjadi kering
  • Ulser banyak di dalam mulut
  • Fenomena Raynaud: Kuku dan jari menjadi putih atau kebiru-biruan apabila terdedah kepada sejuk atau tekanan yang melampau

Berhati-hati, lupus boleh membawa maut!

Oleh sebab lupus ialah sejenis penyakit autoimun, ia boleh menyerang mana-mana bahagian tubuh anda. Jika tidak dirawat segera, keadaan boleh menjadi teruk seperti kegagalan organ dan membawa maut.

Antara komplikasi penyakit lupus ialah:

  1. Kegagalan buah pinggang: punca utama kematian untuk penghidap lupus.
  2. Lupus serebrum: menyebabkan sakit kepala, perubahan tingkah laku, masalah penglihatan, strok dan sawan.
  3. Anemia dan meningkatkan risiko pendarahan atau pembekuan darah.
  4. Keradangan saluran darah (vaskulitis).
  5. Pleuritis, pendarahan dalam paru-paru dan jangkitan kuman paru-paru.
  6. Keradangan otot jantung yang boleh menyebabkan sakit jantung.

Pencegahan dan rawatan penyakit lupus

Anda sudah tahu apa itu penyakit lupus, tetapi bagaimana pula dengan rawatannya?

Penyakit ini selalunya dirawat berdasarkan tanda dan gejala yang muncul.

Perhatian!

Anda haruslah berunding dengan doktor mengenai rawatan yang sesuai untuk tahap penyakit anda.
apa itu penyakit lupus
Penyakit lupus boleh dirawat menerusi ubat daripada doktor.

Antara ubat-ubatan yang digunakan ialah:

  • Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs): Mengawal demam, sakit dan bengkak
  • Ubat antimalari : Mempengaruhi imun badan dan mengurangkan suar berlaku
  • Steroid: Bantu untuk mengawal keradangan
  • Imunosupresan: Hanya digunakan dalam kes lupus yang serius

Anda boleh mencegah lupus daripada menjadi lebih teruk dengan:

Kini anda telah tahu apa itu penyakit lupus.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Lupus. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lupus/symptoms-causes/syc-20365789. Accessed on September 9, 2020.

What is lupus?. https://www.lupus.org/resources/what-is-lupus. Accessed on September 9, 2020.

Lupus. https://www.rheumatology.org/I-Am-A/Patient-Caregiver/Diseases-Conditions/Lupus. Accessed on September 9, 2020.

What is Lupus?. https://www.lupusuk.org.uk/what-is-lupus/. Accessed on September 9, 2020.

Lupus and Kidney Disease (Lupus Nephritis). https://www.kidney.org/atoz/content/lupus. Accessed on September 9, 2020.

Versi Terbaru

10/09/2024

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Jangan Terkejut, 6 Tabiat Ini Punca Anda Selalu Cepat Penat Dan Lesu, Sila Elakkan!

Pelik Tangan Selalu Rasa Kebas, Cuba 6 Cara Ini Untuk Kurangkan Lenguh


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 10/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan