Kesakitan Kronik: Adakah Terapi Ultrabunyi Membantu?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Anda mungkin sudah biasa mendengar istilah “ultrabunyi” (ultrasound) semasa diagnosis atau rawatan kesakitan kronik.

Terapi ultrabunyi adalah kaedah rawatan yang digunakan oleh ahli terapi fizikal atau ahli terapi kerja untuk merawat keadaan kesakitan dan menggalakkan penyembuhan tisu. Walaupun terapi ultrabunyi tidak berkesan untuk semua keadaan sakit kronik, ia boleh membantu mengurangkan kesakitan anda jika anda mempunyai mana-mana yang berikut:

  • Osteoartritis
  • Kesakitan myofascial
  • Bursitis
  • Sindrom Carpal Tunnel
  • Sakit disebabkan oleh tisu parut
  • Phantom limb pain
  • Terseliuh

Jenis Terapi Ultrabunyi

Terdapat dua jenis terapi ultrabunyi yang utama iaitu haba dan mekanikal. Kedua-duanya menggunakan gelombang bunyi yang dijana oleh transducer head (yang kelihatan seperti mikrofon) untuk menembusi tisu lembut. Perbezaan antara kedua-dua jenis terapi ultrabunyi adalah kadar di mana gelombang bunyi menembusi tisu, dan jenis terapi ultrabunyi yang anda terima bergantung kepada keadaan anda.

  • Terapi ultrabunyi haba/termal

Terapi ultrabunyi termal menggunakan gelombang bunyi yang lebih berterusan. Gelombang bunyi menyebabkan getaran mikroskopik pada molekul tisu dalam, meningkatkan haba dan geseran. Kesan pemanasan menggalakkan penyembuhan dalam tisu lembut dengan meningkatkan metabolisme pada tahap sel tisu.

  • Terapi ultrabunyi mekanikal

Terapi ultrabunyi mekanikal menggunakan getaran gelombang bunyi untuk menembusi tisu. Walaupun ini masih mempunyai kesan pemanasan kecil pada tisu, ia juga menyebabkan pengembangan dan penguncupan dalam buih gas kecil tisu lembut. Ini membantu mengurangkan tindak balas keradangan, mengurangkan bengkak tisu dan mengurangkan kesakitan.

Ultrabunyi untuk kesakitan kronik

Terapi ultrabunyi tidak berfungsi pada semua keadaan sakit kronik. Ia boleh membantu mereka yang mempunyai artritis, sakit myofascial, sakit yang disebabkan oleh fibrosis (tisu parut), terseliuh , dan bursitis.

Merawat kesakitan kronik

Jika anda mengalami kesakitan kronik, anda mungkin terbiasa dengan pelan rawatan terbaik yang menggabungkan terapi yang berbeza.

Ubat-ubatan sering digunakan untuk merawat sakit kronik, tetapi kebanyakannya mempunyai kesan sampingan yang signifikan apabila digunakan dalam jangka panjang, daripada penyakit buah pinggang atau penyakit ulser peptik dengan ubat anti-radang bukan steroid yang berpotensi untuk ketagihan narkotik (opioid).

Terapi seperti ultrabunyi dan sebagainya, sebaliknya, boleh merawat penyebab kesakitan ketika memberikan kelegaan sakit. Walaupun anda memerlukan ubat, cara tambahan merawat sakit kronik mungkin mengurangkan keperluan anda terhadap ubat-ubatan ini. Di samping itu, amalan penenang diri untuk kesakitan kronik adalah membantu tidak kira apa rawatan yang anda dan doktor anda pilih.

Adakah terapai ultrabunyi benar-benar membantu?

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa ia berkesan, dapat mengawal jenis kesakitan kronik tertentu, sementara yang lain mengatakan bahawa terdapat sedikit perbezaan antara terapi ultrabunyi dan rawatan terapi tradisional lain (seperti haba, regangan dan rangsangan elektrik) untuk kawalan kesakitan.

Sama seperti ubat kesakitan, mencari rawatan yang mengurangkan kesakitan sering menjadi proses percubaan dan kesilapan (trial and error). Jika anda tidak mengalami peningkatan dalam kesakitan selepas beberapa rawatan ultrabunyi, tanyakan ahli terapi atau doktor anda tentang percubaan sesuatu yang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Sakit Dan Lenguh Di Bahagian Belakang Badan? Ini Mungkin PUNCA Utamanya!

    Sebanyak 10% daripada populasi dunia iaitu kira-kira 60 juta orang, mengalami kesakitan kronik. Adakah anda tahu apakah maksud sakit kronik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 26/09/2019 . 3 minit bacaan

    Penurunan Risiko Penyakit Kardiovaskular: Melihat Itu Lebih Sekadar Mempercayai

    Keupayaan untuk berkomunikasi dengan pesakit menggunakan bahasa mudah khususnya dalam penyampaian maklumat kritikal berkaitan dengan keadaan pesakit tersebut adalah satu seni komunikasi yang diterapkan dalam diri ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 18/02/2019 . 2 minit bacaan

    Cardiovascular Risks Reduction: Seeing Is More Than Just Believing

    Being able to engage with patients by relaying critical information using simple layman terms has long been the mainstay doctrine in a doctor-patient interaction. Such modification in communication attempts to instill ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Health centers, Heart Disease 18/02/2019 . 2 minit bacaan

    Kesakitan Kronik, Melegakan Simptom dengan Meditasi Pemikiran

    Jika anda menderita akibat kesakitan kronik, anda tahu betapa ianya melemahkan dan memberi banyak impak terhadap kebanyakan aspek kehidupan seharian anda. Kesakitan yang teruk boleh menjejaskan kualiti kehidupan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 15/02/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kantung kehamilan

    Teruja Nak Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    scan bayi

    Ibu Mesti Tak Sabar Nak Scan Baby, Kan? Nak Pilih 2D, 3D Atau 4D? Ada Bezanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan
    wanita-rahim-berganda-dan-risikonya

    Wanita Ada 2 Rahim? Masih Boleh Hamil TAPI Ini Risiko Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/05/2020 . 3 minit bacaan
    sakit belakang

    Hati-Hati Kalau Kerap Sakit Belakang, Jangan Selalu Ambil Painkiller, Ambil Tahu Risiko Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/09/2019 . 3 minit bacaan