Kekeliruan (Confusion)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu kekeliruan?

Kekeliruan adalah keadaan yang mana anda tidak mampu untuk berfikir sejelas atau secepat yang anda biasa lakukan. Anda mungkin terasa disorientasi, sukar untuk menumpukan perhatian, mengingat dan membuat keputusan. Dalam keadaan yang lebih teruk, ia dipanggil sebagai racauan/delirium

Apakah kebarangkalian kekeliruan?

Kekeliruan boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom kekeliruan?

Simptom-simptom kekeliruan yang biasa berlaku ialah:

  • Pemikiran yang tidak tersusun
  • Pertuturan yang tidak jelas atau berhenti terlalu lama sewaktu sedang bercakap
  • Pertuturan yang tidak kena mengena
  • Kurang cakna pada masa dan lokasi
  • Terlupa tugas sewaktu ia sedang dijalankan
  • Perubahan emosi secara mendadak seperti terasa terganggu secara tiba-tiba
  • Kelakuan yang pelik, agresif atau luar biasa
  • Tidak mampu menyelesaikan masalah atau melakukan tugas yang dulunya senang dilakukan
  • Tidak mengetahui di mana anda berada dan tidak mengenali ahli keluarga atau barang-barang kepunyaannya
  • Mempunyai kepercayaan yang salah (delusi)
  • Melihat, mendengar, merasa, bau atau perasaan yang sebenarnya tidak wujud (halusinasi atau ilusi)
  • Merasakan ada seseorang ingin menangkap atau mencederakan anda (paranoia)

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor sekiranya anda mengalami mana-mana perkara berikut bersama dengan simptom-simptom kekeliruan:

  • Pening
  • Jantung berdegup laju
  • Kulit berlengas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Menggigil
  • Pernafasan tidak sekata
  • Menghidap kencing manis
  • Selepas kecederaan kepala
  • Tidak sedarkan diri pada bila-bila masa

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan kekeliruan?

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kekeliruan, daripada masalah kesihatan yang serius sehingga kekurangan vitamin. Namun intoksikasi alkohol adalah punca yang kerap berlaku. Sebab-sebab lain termasuk:

  • Konkusi. Konkusi adalah kecederaan otak yang berlaku akibat daripada trauma kepala. Ia boleh mengubah tahap kepekaan seseorang , penilaian, koordinasi dan pertuturan. Kekeliruan disebabkan konkusi mungkin boleh berlaku beberapa hari selepas kecederaan berlaku.
  • Dehidrasi . Tubuh anda kehilangan airsetiap hari melalui peluh, kencing dan fungsi tubuh badan yang lain. Sekiranya anda tidak menggantikan air yang mencukupi, anda akan mengalami dehidrasi. Ini akan menjejaskan elektrolit dalam badan yang menyebabkan masalah kepada  tubuh badan anda untuk berfungsi
  • Ubat. Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan kekeliruan . Tidak mengambil ubat seperti yang diarahkan juga menyebabkaan kekeliruan. Kekeliruan adalah tanda paling lazim bagi komplikasi perubatan yang berkait dengan rawatan kanser. Kemoterapi , yang menggunakan bahan kimia untuk menghapuskan sel-sel kanser turut sama memusnahkan sel-sel sihat. Ia boleh merosakkan saraf anda, yang menjejaskan fungsi otak lalu menyebabkan kekeliruan.

Selain itu, kekeliruan boleh berpunca daripada pelbagai  faktor. Sebab-sebab berpotensi yang lain ialah:

  • Demam
  • Jangkitan
  • Gula dalam darah terlalu rendah
  • Penurunan suhu badan secara mengejut
  • Kemurungan
  • Ketoksikan alkohol dan dadah
  • Ketumbuhan otak
  • Penyakit bagi orang yang berumur, seperti kehilangan fungsi otak(nyanyuk/dementia)
  • Penyakit bagi orang yang sedia ada masalah neurologi seperti strok
  • Kekurangan tidur
  • Kekurangan oksigen (masalah paru-paru kronik)
  • Kekurangan nutrisi terutamanya niacin, thiamine atau vitamin B12
  • Sawan

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko kekeliruan?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Umur semakin bertambah (faktor risiko paling penting);
  • Masuk hosptital;
  • Pemulihan pasca pembedahan;
  • Penyalahgunaan dadah;
  • Alkoholisme;
  • Masalah otak

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana kekeliruan didiagnos?

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang simptom-simptom anda. Dia akan bertanyakan soalan untuk mengetahui adakah pesakitnya tahu tarikh, masa dan lokasi. Soalan tentang penyakit-penyakit terkini atau yang masih berterusan juga akan ditanya.

Ujian yang mungkin dijalankan termasuklah

  • Ujian darah
  • Imbas CT kepala
  • Elektroenkefalogram (EEG)
  • Ujian status mental
  • Ujian neuropsikologi
  • Ujian air kencing

Bagaimana kekeliruan dirawat?

Rawatan bergantung kepada punca kekeliruan. Sebagai contoh, sekiranya jangkitan yang menyebabkan kekeliruan, merawat jangkitan akan menyelesaikan keadaan tersebut.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas kekeliruan?

Orang yang terkeliru tidak boleh dibiarkan bersendirian. Untuk tujuan keselamatan, pesakit mungkin memerlukan pengekangan fizikal.

Untuk membantu orang yang terkeliru;

  • Sentiasa memperkenalkan diri, tidak kira betapa baik dia mengenali anda.
  • Selalu ingatkan pesakit tentang lokasi dia berada.
  • Letakkan kalendar dan jam berdekatan dengan pesakit.
  • Bercakap tentang peristiwa-peristiwa terkini dan rancang aktiviti harian
  • Cuba untuk kekalkan suasana yang tenang dan sunyi

Untuk kekeliruan mengejut disebabkan gula rendah di dalam darah, pesakit seharusnya meminum minuman manis atau mengambil snek manis. Sekiranya kekeliruan melebihi 10 minit, hubungi doktor anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kaki Game, Ini 11 Tanda Anda Sedang Alami Ketagihan Game! Sila Berpada-pada

    Permainan video untuk isi masa lapang? Jika anda alami salah satu daripada 11 tanda ini, ini bermaksud bahawa anda sedang ketagihan game!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Baru-baru ini, tular servis berkaitan pakar psikiatri yang ditawarkan secara online oleh Mentalist Joker. Adakah beliau benar-benar seorang ahli psikiatri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kanak-kanak Gemuk Lebih Mudah Alami Depresi? Ini 7 Tanda Kemurungan Pada Si Kecil Obes

    Obesiti mungkin menjadi antara faktor utama kemurungan kanak-kanak. Bagaimana cara untuk atasi masalah kesihatan mental kanak-kanak ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seks mengecewakan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    hoarding disorder

    Suka Simpan Barang Lama Yang Tak Berguna Hingga Penuh Rumah? Ini Tanda SAKIT MENTAL

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit demensia

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Betul Ke Individu Yang Kekurangan Vitamin B12 Berisiko Alami Masalah MENTAL? Bahaya Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan