Jangan Buat Tak Tahu Kalau Najis Kerap Keluar Darah, No.5 Itu Paling MENAKUTKAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pendarahan najis boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia juga menjadi tanda amaran diberikan oleh tubuh mengenai tahap kesihatan diri anda. Walaupun ia memberi isyarat masalah kesihatan yang serius tetapi ia jarang berlaku. Terdapat beberapa kemungkinan keadaan sekiranya najis berdarah.

Punca Najis Berdarah

Buasir (Haemorrhoids)

Buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku. Ia boleh berkembang di luar atau di dalam dubur yang muncul sebagai benjolan kecil yang mana kadang-kadang ianya berdarah semasa berlaku pergerakan usus atau ketika mengelap.

Buasir juga dirujuk sebagai ‘piles’, yang mana boleh mempengaruhi seseorang pada pelbagai peringkat umur tetapi dikaitkan dengan beberapa faktor risiko berikut:

  • Kehamilan
  • Sembelit dan ketegangan kronik
  • Cirit-birit kronik
  • Ketegangan semasa pergerakan usus atau duduk di tandas terlalu lama
  • Obesiti
  • Rendah serat dan diet tidak seimbang
  • Penuaan

Fisur dubur (Anal fissure)

Sesiapa yang pernah mengalami fisur dubur akan tahu keadaan yang menyakitkan itu. Ia selalunya disebabkan oleh sembelit dan ketegangan. Fisur dubur ini cenderung didiagnosis dengan mudah kerana biasanya ia kelihatan semasa pemeriksaan.

Fisur dubur ini sering disembuhkan sendiri, tetapi diet tinggi serat dan mengelakkan dehidrasi akan membantu menyembuhkan dengan lebih cepat dan melegakan ketidakselesaan yang disebabkannya. Selain itu, ubat tahan sakit juga boleh membantu.

Ulser peptik

Ia adalah mitos bahawa ulser disebabkan oleh tekanan. Malah hingga 90% kes disebabkan oleh jangkitan bakteria (Helicobacter pylori), dan selebihnya biasanya daripada ubat-ubatan seperti steroid atau NSAI. Tekanan boleh memperkembangkan simptom terutama jika ia menyebabkan anda menukar diet dan gaya hidup anda seperti pengambilan banyak kafein, rokok dan alkohol.

Salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko ulser peptik adalah dengan berhenti merokok. Ini kerana merokok mempunyai kaitan dengan beberapa masalah kesihatan dan boleh mempengaruhi tubuh menguruskan tahap asid gastrik.

Divertikulosis

Divertikulosis menggambarkan kehadiran diverticula yang merupakan struktur seperti kantung yang terbentuk melalui titik-titik kelemahan pada dinding otot usus, iaitu pada titik di mana saluran darah melalui dinding. Pendarahan dari divertikulum terjadi ketika pembuluh darah kecil terletak di dalam divertikulum terkikis dan berdarah ke dalam kolon.

Divertikulitis adalah nama bagi keradangan kantung-kantung berkenaan. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang sangat teruk, kesakitan berselang serta perubahan kepada tabiat usus dan juga demam.Walaupun biasanya tidak menyakitkan, anda mungkin mengalami pendarahan najis yang mengejutkan.

Kanser kolorektal

Darah dalam najis boleh menjadi simptom kanser di sepanjang saluran pencernaan. Kanser kolon dan kanser dubur adalah dua jenis yang boleh menyebabkan pendarahan. Kadang-kadang tidak kelihatan kepada mata kasar sehingga berlakunya pendarahan yang lebih teruk.

Oleh kerana najis berdarah boleh menjadi tanda keadaan kesihatan yang serius, sesiapa yang menyedari najisnya berdarah adalah disarankan untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjutan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim, Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Hati-Hati!

    Tahukah anda, ada 7 golongan berisiko untuk mendapat kanser rahim. Adakah tanda kanser rahim jelas untuk pesakit kanser rahim ini? Boleh kesan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 08/05/2020 . 4 minit bacaan

    7 Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena CUBA!

    Menjalani pembedahan caesarean? Anda mungkin mahu mengetahui senarai menu berpantang bersalin czer yang boleh diambil pakai, teruskan membaca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/01/2020 . 3 minit bacaan

    Will Smith Alami Kanser Kolon?

    Benarkah bahawa Will Smith mempunyai kanser kolon setelah dia menjalani kolonoskopi? Apakah pula yang anda tahu mengenai kanser kolon ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Antarabangsa 17/12/2019 . 4 minit bacaan

    Diet Rendah Karbohidrat Boleh Sebabkan Kanser Usus?

    Anda ingin mengamalkan diet rendah karbohidrat? Ikuti artikel ini untuk mengetahui bagaimana diet tersebut boleh menyebabkan kanser usus.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 29/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    radang usus

    SUPERHERO 1: Apa itu kanser kolorektal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 7 minit bacaan
    bahaya kanser kolon

    ‘Wakanda Selamanya!’, 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    ibd

    Penyakit Radang Usus (IBD) Sebabkan Wanita Tidak Subur, Fakta Atau Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat-meditasi-berjalan

    Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan