Umum mengetahui bahawa minuman alkohol lebih membawa banyak keburukan berbanding manfaat. Malah, terdapat kajian yang dimuatkan dalam Lancet medical journal menemui bahawa tiada kadar minuman alkohol yang sihat. Ditambah dengan potensi masalah sosial yang boleh berlaku seperti kemalangan jalan raya, gangguan seksual, dan bunuh, kawalan terhadap minuman ini perlu diambil berat oleh pihak bertanggungjawab.
HPV ialah virus yang tersebar melalui hubungan seksual. Seks oral boleh membuatkan virus masuk ke tekak dan menyebabkan jangkitan yang meningkatkan risiko kanser.
Jika seseorang mempunyai lebih daripada satu faktor (contohnya merokok dan mengambil minuman alkohol), risiko akan menjadi lebih tinggi.
Selain itu, ada juga faktor lain yang tidak boleh diubah iaitu jantina lelaki (4 kali ganda lebih berisiko berbanding wanita), umur melebihi 65 tahun, dan kaum tertentu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen