backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kanser Duktus Hempedu

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Kanser Duktus Hempedu?

Duktus hempedu adalah tiub kecil yang menghubungkan hati dan usus kecil. Duktus akan mengalirkan cecair bendalir yang dikenali sebagai hempedu dari hati, melalui pankreas seterusnya ke usus, yang membantu untuk mencernakan makanan. Kanser boleh terjadi pada mana-mana bahagian saluran ini.

Kanser duktus hempedu (cholangiocarcinoma) boleh disembuhkan jika dikesan pada peringkat awal, tetapi kebiasaannya kanser ini tidak dapat dikesan sehingga tahap yang lebih kronik, yang mana untuk menyembuhkannya adalah mustahil.

Apakah kebarangkalian Kanser Duktus Hempedu?

Kanser duktus hempedu adalah sejenis kanser jarang berlaku yang terbentuk dalam kalangan orang dewasa yang berumur lebih dari 65 tahun. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kanser Duktus Hempedu?

Simptom – simptom kanser duktus hempedu yang biasa adalah:

  • Kekuningan pada mata dan kulit (jaundis).
  • Kegatalan pada kulit yang teruk.
  • Najis yang berwarna putih.
  • Keletihan.
  • Sakit perut.
  • Kehilangan berat badan yang tidak dirancang.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sila berjumpa dengan doktor anda sekiranya terdapat tanda – tanda seperti berikut :

  • Keletihan yang berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Jaundis.
  • Tanda – tanda serta gejala lain yang mengganggu anda.

Punca

Apakah punca Kanser Duktus Hempedu?

Cholangiocarcinoma berlaku apabila sel-sel di duktus hempedu mengalami perubahan (mutasi) dalam DNA mereka – sumber yang mengawal untuk setiap proses kimia dalam tubuh anda. Mutasi DNA menyebabkan perubahan dalam bentuk pengawalan. Kesannya akan terdapat sel-sel yang mula membesar secara luar kawalan dan akhirnya akan membentuk kanser – kumpulan sel kanser. Hal ini tidak jelas apakah punca berlakunya mutasi genetik yang membawa kepada kanser.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Duktus Hempedu?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kanser duktus hempedu seperti:

  • Sclerosing cholangitis primer. Penyakit ini akan menyebabkan pengerasan serta parut pada duktus hempedu.
  • Penyakit hati yang kronik. Parut yang terbentuk pada hati akibat daripada penyakit hati yang kronik yang lepas akan meningkatkan risiko untuk menghidap cholangiocarcinoma.
  • Masalah duktus hempedu sejak lahir. Individu yang menghadapi sista koledokal, yang menyebabkan duktus hempedu menjadi besar dan tidak sekata, akan meningkatkan risiko untuk menghadapi cholangiocarcinoma.
  • Parasit hati. Di kawasan Asia Tenggara, cholangiocarcinoma berlaku disebabkan oleh jangkitan cacing pada hati, akibat memakan daging mentah atau ikan yang belum cukup masak sepenuhnya.
  • Pada usia tua. Cholangiocarcinoma selalunya berlaku pada usia 50-an dan keatas
  • Merokok. Merokok akan menyebabkan risiko untuk menghadapi cholangiocarcinoma meningkat.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kanser Duktus Hempedu didiagnosis?

Beberapa ujian perlu dijalankan bagi membantu untuk mendiagnosis penyakit ini. Ujian ini akan dilaksanakan di hospital.

Ujian yang akan anda hadapi termasuk :    

  • Ujian darah bagi mengenal pasti tanda – tanda kanser atau masalah pada hati .
  • Imbasan, seperti imbasan ultrasound, imbasan CT serta MRI.
  • X-ray secara terperinci akan diambil selepas pewarna khas telah disuntik ke dalam duktus hempedu anda untuk mendapatkan imej dengan lebih jelas.
  • Biopsi- secebis sel akan diambil serta diteliti di bawah mikroskop untuk mencari tanda – tanda kanser.

Bagaimana pesakit Kanser Duktus Hempedu dirawat?

Selalunya kanser duktus hempedu tidak mungkin dapat disembuhkan kerana penyakit ini selalunya  didiagnosis setelah kanser sudah membesar dan tersebar.

Tetapi dalam kes ini juga, rawatan dapat membantu untuk mengawal simptom – simptom selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Rawatan utama bagi kanser duktus hempedu adalah:

  • Pembedahan untuk membuang kanser. Proses ini hanya dapat dilaksanakan pada segelintir pesakit sahaja – tetapi mampu membuang kanser secara keseluruhan.
  • Memasukkan tiub berongga (stent) ke dalam saluran duktus hempedu untuk menghalangnya daripada tersumbat – rawatan ini boleh membantu mengatasi simptoms seperti jaundis.
  • Kemoterapi – di mana ubat diberikan untuk menghentikan sel kanser yang semakin membiak dan untuk meredakan simptom anda.
  • Radioterapi – di mana sinaran radiasi ditujukan kepada sel-sel kanser dengan berhati – hati untuk memberhentikannya daripada tumbuh serta meredakan simptom anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Duktus Hempedu?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda untuk menangani kanser duktus hempedu:

  • Belajar untuk mengetahui tentang kanser anda. Tanya doktor anda mengenai kanser anda, termasuk jenis serta peringkat kanser,  pilihan rawatan dan prognosis anda jika mahu. Lebih banyak anda memahami tentang penyakit cholangiocarcinoma, anda akan menjadi lebih yakin dalam membuat keputusan untuk menerima sebarang rawatan. Cari sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.
  • Pastikan berada di samping rakan–rakan serta keluarga. Mengeratkan hubungan dengan orang sekeliling dapat membantu anda untuk menangani kanser anda. Mereka akan memberikan sokongan praktikal pada anda, seperti membantu menjaga rumah anda jika anda berada di hospital. Dan mereka boleh bertindak sebagai sokongan emosi apabila anda berasa bercelaru.
  • Cari teman untuk anda berbual. Walaupun rakan dan keluarga boleh menjadi rakan terbaik anda, dalam beberapa kes mereka akan mengalami kesukaran untuk menerima kejutan tentang diagnosis anda. Dalam kes ini, berjumpa dengan kaunselor, pekerja sosial perubatan, atau  penasihat agama serta pastoral boleh membantu anda. Tanya doktor anda untuk mendapatkan rujukan.
  • Berhubung dengan mangsa kanser yang lain. Anda mungkin berasa selesa untuk bercakap dengan mangsa kanser yang lain. Hubungi cawangan American Cancer Society di tempat anda untuk mencari kumpulan sokongan kanser di kawasan anda.
  • Buat perancangan bagi menghadapi segala kemungkinan. Mempunyai penyakit yang mengancam nyawa, seperti kanser, memerlukan anda untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan bahawa anda akan mati. Bagi sesetengah individu, mempunyai kepercayaan yang utuh atau sesuatu yang lebih hebat daripada dirinya sendiri menjadikannya lebih mudah untuk menerima hakikat tentang penyakit yang mengancam nyawa yang sedang dihadapinya.
  • Tanya doktor anda mengenai perkara – perkara yang patut dilakukan serta semangat untuk hidup bagi membantu anda untuk merancang tentang penjagaan akhir hayat, sekiranya anda memerlukannya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan