Jangkitan Virus West Nile

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu jangkitan virus West Nile?

Jangkitan virus West Nile (West Nile Virus (WNV)) adalah penyakit berjangkit. Anda berisiko untuk dijangkiti penyakit ini apabila nyamuk yang dijangkiti menyebarkan virus ke badan anda. Walaupun jarang untuk berlaku, tetapi jangkitan WNV berisiko untuk menyebabkan penyakit otak yang serius seperti meningitis.

Apakah kebarangkalian jangkitan virus West Nile?

Individu dewasa lebih berusia, terutama mereka yang berusia lebih daripada 50 tahun dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah adalah yang paling berisiko untuk mendapatkan jangkitan virus West Nile ini.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom jangkitan virus West Nile?

Hampir 70 hingga 80 peratus individu yang dijangkiti dengan virus ini, mungkin tidak mengalami sebarang tanda atau simptom. Sekiranya anda mengalami jangkitan ringan yang dikenali sebagai demam West Nile, tanda dan simptom umum mungkin akan dialami termasuk:

Tanda dan simptom jangkitan virus West Nile serius mungkin termasuk:

  • Demam panas
  • Sakit kepala yang teruk
  • Ketegangan pada leher
  • Disorientasi atau kekeliruan
  • Stupor atau koma
  • Tremors atau otot jerking
  • Kekurangan koordinasi
  • Kekejangan
  • Berasa kesakitan
  • Kelumpuhan separa atau kelemahan otot secara tiba-tiba

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Simptom demam biasa West Nile selalunya hilang sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami tanda dan gejala jangkitan serius seperti demam panas, sakit kepala yang teruk atau ketegangan leher, hubungi doktor anda dengan serta-merta.

Sekiranya terdapat sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan jangkitan virus West Nile?

Virus yang menyebabkan jangkitan WVN boleh ditemui di pelbagai tempat semula jadi, dan ia menjangkiti banyak burung dan mamalia tertentu. Selalunya, nyamuk akan dijangkiti dengan menggigit burung yang dijangkiti. Manakala anda akan mendapat jangkitan WNV sekiranya anda digigit oleh nyamuk itu.

Anda tidak boleh dijangkiti dengan menyentuh atau mencium seseorang individu yang sudah dijangkiti dengan virus itu.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko jangkitan virus West Nile?

Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan WNV, seperti:

  • Masa setiap tahun. Cuaca musim panas adalah persekitaran yang ideal untuk nyamuk berkembang dan aktif. Anda mungkin berisiko mendapatkan jangkitan ini pada musim panas
  • Masa dihabiskan di luar. Anda mempunyai peluang lebih besar untuk digigit oleh nyamuk yang dijangkiti jika anda bekerja atau menghabiskan masa di luar rumah
  • Sekiranya anda berusia lebih daripada umur 50 tahun, anda berkemungkinan untuk mendapat jangkitan ini
  • Kesihatan. Sekiranya anda mempunyai sistem imun yang lemah, seperti selepas menerima pemindahan organ dengan pengambilan ubat antipenolakan, HIV atau menggunakan kortikosteroid, anda cenderung untuk mendapat jangkitan virus West Nile dengan mudah

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana jangkitan virus West Nile didiagnosis?

Dengan melakukan ujian berikut, doktor anda boleh mengesahkan sama ada anda mempunyai jangkitan WNV atau sebarang komplikasi berkenaan jangkitan ini:

  • Ujian makmal. Doktor boleh mengarahkan anda menjalani ujian darah untuk menentukan tahap antibodi yang semakin meningkat kepada virus West Nile ini. Ujian Ribonucleic Acid (RNA) positif untuk virus West Nile juga merupakan petunjuk bahawa anda mempunyai virus
  • Lumbar puncture (Spinal tap). Menganalisis cecair cerebrospinal yang mengelilingi otak dan saraf tunjang akan membantu doktor mendiagnosis sama ada anda mempunyai meningitis
  • Ujian otak. Anda mungkin memerlukan imbasan MRI atau electroencephalography (EEG) untuk mengesan keradangan otak

Bagaimana jangkitan virus West Nile dirawat?

Kebanyakan tanda dan simptom jangkitan ini boleh hilang dengan sendiri dan anda boleh sembuh tanpa rawatan.

Dalam sesetengah kes, doktor memberikan preskripsi ubat sakit yang boleh dibeli di kaunter untuk membantu mengurangkan sakit kepala ringan, demam dan sakit otot. Jangan gunakan ubat kesakitan secara kerap tanpa berunding dengan doktor anda. Tanya doktor anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan.

Dalam beberapa kes yang teruk, anda mungkin perlu dirawat di hospital supaya doktor boleh memberi anda rawatan sokongan, seperti cecair intravena (IV), ubat penahan sakit dan penjagaan pesakit, serta mencegah jenis jangkitan lain.

Jika anda mengalami jangkitan otak, anda mungkin perlu berada di hospital untuk beberapa minggu sehingga pulih.

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani jangkitan virus West Nile?

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh diambil untuk menangani jangkitan virus West Nile:

  • Sentiasa mengikuti nasihat dan arahan doktor
  • Beritahu doktor tentang masalah perubatan anda supaya doktor dapat memberikan rawatan yang terbaik. Terutama, jika anda hamil atau menyusu
  • Pastikan anda memaklumkan kepada doktor sekiranya simptom yang anda alami semakin teruk. Sakit kepala, sakit leher dan kebas, sakit mata atau demam tinggi mungkin tanda-tanda jangkitan serius.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nyamuk Bukan Sekadar Sebarkan Denggi

    “Tu la kau, bela nyamuk sangat, kan dah kena denggi. Padan muka!” Tapi adakah hanya denggi sahaja penyakit yang disebabkan nyamuk? Lanjutkan Hello Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/10/2019 . 5 minit bacaan

    Tak Sangka! Sebenarnya Kita Berjaya HAPUSKAN Satu Penyakit Ini Di Peringkat Global!

    Untuk pengetahuan anda, terdapat penyakit yang tidak lagi wujud dan diisytihar telah dibasmi secara total di muka bumi ini. Apakah penyakit itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/10/2019 . 2 minit bacaan

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Wabak chikungunya kian tular di negara kita kini. Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenainya. Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan 27/06/2019 . 4 minit bacaan

    Tahukah Anda Bagaimana Nyamuk Menghidu Kehadiran Manusia Melalui Peluh?

    Nyamuk betina diketahui bergantung kepada pelbagai maklumat deria untuk mencari individu untuk digigit, berpandukan kepada kehadiran karbon dioksida, bau badan, haba, kelembapan, dan isyarat visual. Kini, para penyelidik ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 29/03/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara cegah malaria

    Selain Denggi, Malaria Juga Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk – Ini 5 Cara Mencegahnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 3 minit bacaan
    banjir

    Bencana Banjir Boleh Tingkatkan Kes Denggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019 . 2 minit bacaan
    kaki gajah

    Elephantiasis: Penyakit Kaki Gajah Akibat Nyamuk

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 30/10/2019 . 3 minit bacaan
    magnet nyamuk

    Nyamuk Macam Asyik Gigit Anda Saja Berbanding Orang Lain? Ini Mungkin Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 24/10/2019 . 3 minit bacaan