backup og meta

Hernia: Rawatan Efektif Dengan Pembedahan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/11/2018

    Hernia: Rawatan Efektif Dengan Pembedahan

    Hernia perlu dirawat kerana ia mempunyai risiko komplikasi yang serius termasuk:

    • Terbelit. Organ paling kerap mengalami hernia ialah usus. Jika terbelit, usus tersebut boleh tersumbat menyebabkan masalah pada laluan najis.
    • Terjerut. Bukan sahaja menyebabkan usus tersumbat, salur darah usus atau organ lain juga boleh terjerut. Keadaan ini sangat serius dan perlu dirawat serta merta sebelum organ terbabit mati kerana kekurangan darah dan oksigen.

    Walaupun secara amnya angin pasang bukan satu keadaan kesihatan yang serius, komplikasi yang boleh berlaku membuatkan rawatan satu keperluan.

    Pembedahan ialah satu-satunya rawatan yang efektif

    Dalam hampir semua kes, pembedahan ialah pilihan terbaik kecuali jika pesakit tidak boleh menjalani pembedahan disebabkan masalah kesihatan lain.

    Sebelum pembedahan dilakukan, faktor-faktor yang menyebabkan hernia tersebut perlu dihilangkan. Ini termasuk punca sembelit, batuk kronik (perokok perlu berhenti merokok), kerap mengangkat barang berat, dan berat badan berlebihan. Jika tidak, hernia boleh berlaku semula selepas pembedahan.

    Pembedahan mungkin agak mendebarkan bagi sebahagian orang. Jangan bimbang kerana ia bukanlah satu pembedahan major. Dengan teknik baru menggunakan kamera, risiko dan tempoh pemulihan selepas pembedahan dapat dikurangkan.

    Dua teknik pembedahan – terbuka dan laparoskopik

    Pembedahan terbuka (open surgery)

    Prosedur dijalankan di bawah pengaruh ubat bius lokal (pesakit dalam keadaan sedar) atau bius am (pesakit dalam keadaan tidur). Potongan dibuat di bahagian terbabit mengikut lokasi hernia. Organ yang membonjol keluar akan ditolak semula ke dalam. Doktor seterusnya akan menjahit lapisan abdomen yang lemah atau menguatkannya menggunakan bahan sintetik khas (synthetic mesh).

    Synthetic mesh digunakan untuk menguatkan lapisan abdomen

    Pembedahan laparoskopik (laparoscopic surgery)

    Teknik ini perlu dijalankan di bawah pengaruh ubat bius am dan pesakit dalam keadaan tidak sedar. Pembedahan dilakukan dengan bantuan kamera dan alat khas. Berbeza dengan teknik terbuka, potongan yang dibuat pada kulit adalah lebih kecil. Oleh itu, kesakitan dapat dikurangkan dan tempoh pemulihan juga lebih singkat. Idea pembedahan ini sama seperti teknik terbuka iaitu menolak organ terbabit ke dalam dan menggunakan bahan sintetik khas untuk menguatkan lapisan abdomen.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/11/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan