backup og meta

Bagaimana untuk Mendapat Bayi Lelaki

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/07/2023

    Bagaimana untuk Mendapat Bayi Lelaki

    Memiliki anak lelaki dan perempuan adalah menjadi impian hampir setiap pasangan. Selama bertahun-tahun, ramai pasangan yang telah mencuba menggunakan pelbagai tips dan cara bagi mendapatkan jantina impian bayi mereka. Akan tetapi, sebenarnya, peluang untuk menimang bayi lelaki atau perempuan ini dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuklah faktor keturunan.

    Bagaimana genetik menentukan jantina bayi anda?

    Seperti yang kita tahu, jantina bayi diputuskan daripada ciri-ciri kromosom X dan Y. Sperma bapa menentukan sama ada bayi yang lahir lelaki ataupun perempuan. Mengikut konsepsi ini, sperma boleh jadi membawa kromosom X ataupun Y sementara telur yang belum disenyawakan hanya mengandungi kromosom X sahaja. Apabila sperma yang membawa kromosom X sampai kepada telur, maka akan terhasil bayi perempuan. Sebaliknya, jika sperma membawa kromosom Y untuk disenyawakan dengan telur, anda akan mendapat bayi lelaki. Dan sebenarnya, kedua-dua jenis sperma mempunyai peluang yang sama untuk sampai kepada telur.

    Peluang mendapat bayi lelaki ataupun bayi perempuan adalah 50/50. Walau bagaimanapun, setiap tahun, lebih banyak bayi lelaki yang lahir berbanding bayi perempuan. Ada satu teori yang mengetengahkan bahawa kromosom Y mewakili lelaki adalah ternyata lebih kecil berbanding kromosom X. Jadi, sel sperma yang membawa kromosom Y mempunyai lebih peluang untuk sampai kepada telur lebih awal kerana kelajuannya. Selain faktor keturunan, sperma dan telur manusia juga mengandungi beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pembentukan penampilan, personaliti, dan kesihatan bayi.

    Apa yang boleh saya lakukan untuk memilih jantina bayi saya?

    MicroSort adalah salah satu teknik yang paling lazim dalam memilih jantina. Teknik ini melibatkan pemisahan sperma yang membawa kromosom X dan kromosom Y, dengan menggunakan cahaya laser, pencelup, dan mesin yang dipanggil sitometer aliran. Apabila sel sperma dibahagikan, spesimen dimasukkan kembali ke dalam badan wanita melalui alatan khas. Disebabkan sel sperma X adalah lebih besar, ia mungkin menyerap lebih pencelup dan lebih terang berbanding Y jika diletakkan di bawah pencahayaan laser. Dengan cara ini, penyelidik boleh memadankan cas positif kepada kromosom X yang lebih terang dan cas negatif kepada kromosom Y yang kurang bercahaya.

    Satu lagi teori yang diuji adalah diet. Teori ini mengetengahkan sperma Y yang berkembang kuat dalam persekitaran alkali, sementara X adalah lebih gemar pada persekitaran berasid. Dengan mengambil makanan alkali ataupun asid boleh mengubah pH pada badan ibu dan secara teorinya boleh memutuskan jantina anak mengikut pilihan ibu bapa. Dalam usaha mendapatkan bayi lelaki, ibu perlu mengambil makanan yang tinggi sodium dan potassium, serta meminimakan pengambilan kalsium dan magnesium. Sementara ibu bapa yang mahukan bayi perempuan pula perlu makan makanan yang tinggi kalsium dan magnesium, dan mengelakkan makanan yang tinggi sodium dan potassium.

    Walaupun begitu, adalah tidak disarankan untuk anda mencuba sebarang kaedah untuk memilih jantina, kecuali jika anda atau pasangan anda mempunyai keadaan genetik serius yang mungkin akan disalurkan kepada bayi mengikut jantina tertentu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan