backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Gangguan Apnea Tidur Ada 2 Jenis - Obstuktif & Sentral, Yang Mana Lebih Berbahaya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 12/09/2023

Gangguan Apnea Tidur Ada 2 Jenis - Obstuktif & Sentral, Yang Mana Lebih Berbahaya?

Apa itu apnea tidur adalah gangguan tidur serius di mana pernafasan berulangkali terganggu ketika tidur.

Kesannya, organ mereka yang mengalami apnea tidur, terutamanya otak, mungkin tidak mendapat oksigen yang mencukupi serta tidur menjadi kurang berkualiti, yang juga menyebabkan pesakit penat ketika siang.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur, anda juga boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu apnea tidur?

Untuk pengetahuan anda semua, ada dua jenis utama bagi apnea tidur:

  • Apnea tidur obstruktif: bentuk paling biasa yang disebabkan oleh salur udara tersumbat.
  • Apnea tidur sentral: tidak disebabkan oleh saluran udara yang tersumbat, tetapi diakibatkan oleh ketidakstabilan dalam kawalan pernafasan pusat (RCC). Kesannya, otak gagal untuk memberi signal kepada otot agar bernafas.

Apakah sleep apnea berbahaya?

Apa itu apnea tidur sangat biasa berlaku.

Ia biasanya lebih banyak berlaku lelaki berbanding wanita, kira-kira 2-3 lelaki dibandingkan dengan 1 wanita.

Ianya boleh terjadi pada mana-mana usia, tapi kejadian adalah lebih biasa bagi dewasa dalam pertengahan umur.

Ianya boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko. Bincangkan dengan doktor untuk maklumat lanjut.

apa itu apnea tidur

Simptom

Apa simptom apnea tidur?

Simptom biasa bagi apnea tidur adalah:

  • Dengkur yang kuat
  • Orang lain menyaksikan episod-episod gangguan pada pernafasan
  • Bangun secara tiba-tiba disertai sesak nafas
  • Bangun dengan mulut kering dan sakit tekak
  • Sakit kepala waktu pagi
  • Kesukaran untuk tidur (insomnia)
  • Rasa mengantuk yang melampau ketika pagi (hipersomnia)
  • Masalah untuk fokus
  • Senang terganggu

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus jumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya menghadapi mana-mana satu dari yang di bawah:

Punca

Apa punca apnea tidur?

apa itu apnea tidur

Apa punca apnea tidur obstruktif dan apnea tidur sentral adalah berbeza seperti berikut:

  • Untuk apa itu apnea tidur obstruktif, ketika otot di bahagian belakang tengkuk mengendur, salur udara menyempit dan tertutup ketika bernafas. Ini boleh merendahkan kadar oksigen dalam badan pesakit. Ketidakmampuan bernfas dikesan dan otak akan membangunkan pesakit bagi membuka ruang pernafasan. Keadaan terbiasa terbangun ini sangat singkat hingga pesakit apnea tidur biasanya tidak mengingatinya.
  • Untuk apa itu apnea tidur sentral, otak pesakit gagal mengeluarkan isyarat kepada otot pernafaasan ini menjadikan otot tidak bernafas untuk satu jangkamasa yang pendek. Pesakit mungkin terbangun dengan kesesakan nafs atau menghidapi kesukaran untuk tidur atau menyambung tidur.

Faktor Risiko

Apa faktor risiko apnea tidur?

Ada banyak faktor risiko untuk apnea tidur, antaranya:

Bagi apnea tidur obstruktif:

  • Anda adalah lelaki
  • Berat berlebihan
  • Berumur lebih 40 tahun
  • Mempunyai ukurlilit leher yang besar (17 inci atau lebih bagi lelaki, 16 inci atau lebih bagi wanita)
  • Mempunyai tonsil yang besar, lidah yang besar, atau tulang rahang kecil
  • Mempunyai sejarah keluarga mengalami apnea tidur
  • Refluks gastroesofagus (GERD)
  • Penggunaan alkohol, sedatif atau ubat penenang
  • Merokok
  • Sesak hidung

Apnea tidur sentral:

  • Berada di pertengahan usia atau lebih tua
  • Masalah organ jantung
  • Penggunaan ubatan sakit narkotik, seperti methadone
  • Strok

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Apnea tidur didiagnosis?

Ujian bagi mengesan apnea tidur termasuklah:

Bagaimana pesakit Apnea tidur dirawat?

apa itu apnea tidur

Rawatan apa itu apnea tidur obstruktif termasuklah:

  • Saluran udara positif berterusan (CPAP): Menggunakan alatan untuk membawa tekanan udara menerusi topeng yang diletakkan pada hidung pesakit ketika tidur
  • Tekanan saluran udara bi-tahap (BiPAP): menggunakan alatan yang sama denga CPAP tetapi menghantar tekanan udara ketika sedutan nafas dan merendahkan tekanan ketika menghembus nafas
  • Tekanan salur udara hembusan positif (EPAP): Menggunakan alat kecil, alat sekali guna sebelum tidur yang membenarkan udara untuk bergerak bebas ke dalam, tetapi ketika penghembusan, udara mesti melalui lubang kecil di dalam injap
  • Perlengkapan Oral: menggunakan perlengkapan oral akan mengekalkan tekak anda terbuka. Perlengkapan oral lebih mudah digunakan berbanding CPAP
  • Pembedahan: setelah rawatan lain gagal

Rawatan apa itu apnea tidur sentral termasuklah:

  • Rawatan untuk masalah perubatan berkaitan: termasuklah jantung atau masalah neuromuscular yang menyebabkan apnea tidur
  • Bekalan oksigen: menggunakan bekalan oksigen semasa tidur
  • Penyesuaian servo-ventilasi (ASV): Menggunakan alatan salur udara membetulkan corak pernafasan pesakit dan menghalang jeda pernafasan
  • Saluran udara positif berterusan (CPAP)
  • Tekanan saluran udara bi-tahap (BiPAP)

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 12/09/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan