Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Jika Anak Demam Denggi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Nyamuk adalah punca penyebaran demam denggi, iaitu penyakit tropika. Kebanyakan kes demam denggi adalah tidak teruk dan boleh sembuh sendiri selepas kira-kira seminggu. Walau bagaimanapun, kes demam denggi dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat kini. Lantaran itu, ibu bapa perlu berwaspada dan mengawasi anak-anak jika berlakunya demam denggi dan mencari penyelesaian segera.

Petanda & Simptom

Bertahun lama dahulu, demam denggi dipanggil sebagai “demam tulang belulang”. Sesetengah simptom demam ini mungkin kelihatan. Namun, sebenarnya tulang anda bukanlah rosak, tetapi anda berasa seperti mengalaminya.

Anak anda mungkin mengalami beberapa petanda dan simptom biasa seperti di bawah:

  • Anak anda cenderung mengalami demam panas, mungkin setinggi 40°C
  • Pendarahan ringan keluar pada hidung atau gusi 
  • Anak anda mengadu alami sakit kepala teruk 
  • Sakit pada belakang mata dan antara sendi, otot, atau tulang 
  • Kebanyakan tubuh anak mendapat ruam 

Secara umumnya, simptom yang dialami oleh anak kecil dan mereka yang pertama kali dijangkiti penyakit ini adalah ringan, sementara kanak-kanak yang lebih besar, orang dewasa, dan mereka yang pernah dijangkiti mungkin mengalami simptom sederhana hingga teruk.

Diagnosis demam denggi dalam kalangan kanak-kanak

Doktor akan bertanyakan kepada anda soalan berkaitan bilangan simptom, seperti ke mana anak anda pergi baru-baru ini. Virus denggi boleh dikenal pasti daripada ujian darah anda, tetapi kebanyakan doktor pakar boleh menilai dan melakukan diagnosis denggi dengan hanya melihat penampilan pada anak anda. Bagaimanapun, ujian darah masih perlu dilakukan dengan lebih kerap untuk mengetahui kehadiran virus denggi. Doktor juga, boleh, menyarankan kiraan darah lengkap untuk melihat bagaimana teruknya virus tersebut menyerang anak anda kerana virus ini boleh memberi kesan pada platelet darah.

Jika anda mengesyaki demam denggi adalah penyebab simptom demam anak anda, segeralah berjumpa dengan doktor. 

Rawatan denggi untuk kanak-kanak

Selalunya, denggi akan sembuh sendiri dan tiada ubat spesifik yang boleh merawat denggi dengan cepat. Anak anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital jika denggi didapati serius. Doktor akan memantau tekanan darah dan bilangan darah anak anda. Ujian darah akan turut dilakukan pada selang waktu. Bagi merawat demam denggi dalam kalangan kanak-kanak, adalah penting untuk anda memastikan anak anda sentiasa hidrat dan mendapat rehat yang secukupnya. Anda boleh mengikuti tip di bawah bagi menangani denggi:

  • Sediakan anak anda dengan diet berkhasiat dan makanan yang boleh menguatkan sistem imun anak. Tambahkan telur, ayam, ikan, produk tenusu dalam diet anda kerana makanan-makanan ini kaya dengan protein, yang boleh mempercepatkan penyembuhan. Ingatkan anak anda untuk minum banyak air suam.
  • Pastikan anak anda tidak membuat kerja atau bermain. Apa yang anak anda perlu lakukan adalah berehat secukupnya.
  • Doktor mungkin akan memberikan paracetamol untuk melegakan demam, tetapi cara tradisional – iaitu meletakkan kain basah pada dahi anak – juga boleh dilakukan.
  • Anda boleh memantau anak dengan memberikan Electrolyte/ serbuk ORS kepada kanak-kanak untuk mengekalkan penghidratan tubuh mereka. 

Denggi selalunya mengambil masa kira-kira 10 hari, tetapi demam tersebut boleh menyebabkan anak anda lesu selama lebih daripada sebulan. Jika simptom menunjukkan tiada tanda-tanda untuk sembuh dan demam datang selang sehari atau dua hari, ia boleh menunjukkan DHF, yang dikira sebagai perubatan kecemasan yang serius. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

    Bau mulut boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, terutamanya selepas makan bawang. Tetapi kenapa ia berlaku dan adakah cara untuk menghilangkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sekiranya Anda Alami Kondisi Tulang Hidung Patah, Ini Senarai Perkara PERLU & JANGAN Buat!

    Sekiranya anda alami kondisi tulang hidung patah, apa perlu dilakukan? Tenang, klik sahaja artikel untuk tahu jawapan kepada soalan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

    Sumber karbohidrat boleh membingungkan kerana sebilangan pihak mendakwa pengambilannya menghalang penurunan berat badan dan menyebabkan masalah kegemukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Obesiti, Pemakanan Sihat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Tahukah anda posisi tidur berkaitan dengan keperibadian seseorang? Bukan itu saja, posisi yang betul memberikan manfaat kesihatan dalam jangka masa panjang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    posisi rahim

    Condong Ke Hadapan Atau Belakang, Mana Satu Posisi Rahim Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    cincin zakar

    Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    virus korona

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit mata kuning jaundis

    Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan