Anestesia dan Sedatif, Apakah Perbezaannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila doktor anda mengesyorkan pembedahan atau prosedur diagnostik atau pengimejan yang memerlukan sedatif atau anestesia, pakar bius akan menilai dan membuat keputusan tentang jenis anestetik atau sedatif yang sesuai untuk anda.

Penentuan sama ada anda memerlukan anestesia atau sedatif adalah bergantung kepada jenis, lokasi dan tempoh prosedur, sejarah perubatan, alahan, ubat-ubatan dan apa-apa reaksi sebelumnya terhadap anestesia.

Perbezaan Anestesia dan Sedatif

Sedatif

Secara amnya, sedatif dianggap sebagai “tidur yang lebih ringan.” Seseorang tidak menyedari persekitarannya, tetapi mungkin bertindak balas terhadap rangsangan seperti diminta untuk membuka mata. Terdapat tahap sedatif yang berbeza iaitu ringan, sederhana dan mendalam. Sedatif sering digunakan untuk prosedur kecil.

Menurut U.S. National Institute of Health’s Medline Plus, sedatif sedar adalah gabungan ubat-ubatan untuk membantu anda berehat (sedatif) dan menghalang kesakitan (anestesia) semasa prosedur perubatan atau pergigian. Anda mungkin terjaga, tetapi tidak boleh bercakap. Sedatif sedar membolehkan anda pulih dengan cepat dan kembali ke aktiviti harian tidak lama selepas prosedur.

Anestesia (sedatif mendalam)

Tahap seterusnya sedatif adalah merujuk kepada sedatif mendalam (deep sedation), yang mana anda tidak menyedari apa-apa di sekeliling anda. Anestesia am biasanya digunakan untuk pembedahan, tetapi ia juga biasa digunakan di luar bilik pembedahan.

Dalam sedatif mendalam, pesakit hanya bertindak balas terhadap rangsangan yang menyakitkan atau berulang. Dalam kebanyakan bentuk sedatif mendalam, pesakit pra-perubatan sebelum pembedahan adalah untuk membantu mereka berehat.

anestesia dan sedatif
Sumber grafik: jointcommission.org

Walaupun sedatif dan anestesia am kedua-duanya adalah bentuk anestesia, dan sedatif adalah komponen anestesia am. Ia berbeza dalam beberapa aspek. Pesakit di bawah anestesia am mempunyai kehilangan kesedaran sepenuhnya. Ini bermakna pesakit tidak akan merasakan, mendengar atau mengingati apa-apa. 

Sebaliknya, sesetengah keadaan menjadi sangat mengantuk, menjadi santai dalam kesedaran,dan tidak sedarkan diri, mencirikan sedatif. Pesakit tidak akan berasa sakit, tetapi menyedari apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

Kelebihannya, kesan buruk yang mungkin dikaitkan dengan anestetik am akan dielakkan dengan sedatif. Selain itu, pesakit mengekalkan refleks fisiologi semula jadi mereka dan mampu bernafas sendiri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Berapa Lamakah Anestesia Kekal dalam Tubuh Anda?

    Anestesia adalah gabungan ubat-ubatan yang digunakan untuk menghalang kesakitan dan mengurangkan ketidakselesaan semasa prosedur perubatan. Walau bagaimanapun, kesannya mungkin berlangsung selama tempoh masa yang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 29/03/2019 . 2 minit bacaan

    Anestesia bagi Warga Emas: Bahaya atau Selamat?

    Setiap orang akan menjadi lebih tua dari hari ke hari. Apabila anda kian berusia, anda akan menjadi lemah dan lebih berkemungkinan menghadapi pelbagai masalah kesihatan, jadi anda mungkin perlu menjalani pembedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 22/03/2019 . 3 minit bacaan

    Walaupun Cara Ini Selamat, Namun Ada Kesan Sampingan Suntikan Epidural Ini, Anda Wajib Tahu!

    Kesan sampingan daripada suntikan epidural, ini antara yang ibu boleh alaminya selepas melahirkan anak. Sebaiknya bincang dengan doktor tentang risiko ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pembedahan A-Z, Pusat Kesihatan 22/03/2019 . 2 minit bacaan

    Kesan Sampingan Anestesia: Apa yang Patut Anda Jangkakan Selepas Pembedahan

    Anestesia adalah cara untuk mengawal kesakitan semasa pembedahan atau prosedur perubatan dengan menggunakan ubat yang dinamakan anestetik (ubat bius). Ia boleh membantu mengawal pernafasan, degupan jantung, peredaran ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pembedahan A-Z, Pusat Kesihatan 22/03/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tulang manusia

    8 Pembedahan Ortopedik Yang Paling Banyak Dilakukan! #1 Kerap Berlaku Kepada Atlet?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
    terapi prostat

    Pesakit Kanser Prostat Perlu Buat Rawatan Awal, Usah Bimbang Anda Masih Berpotensi Untuk Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    berat-badan-turun

    Berat Badan Turun 50 kg? Biar Betul!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/10/2019 . 3 minit bacaan

    Pembedahan Plastik & Pembedahan Kosmetik BUKAN Benda Sama! Ini Bezanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/08/2019 . 8 minit bacaan