backup og meta

StayAtHome Bukan Duduk Rumah Tengok Netflix Saja! Kalau Tak Nak Mati Awal, Jangan Buat Ini!

StayAtHome Bukan Duduk Rumah Tengok Netflix Saja! Kalau Tak Nak Mati Awal, Jangan Buat Ini!

Kematian di awal usia bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh mana-mana individu namun malangnya ia mungkin tidak mampu dielak.

Ini terutamanya jika kalian mengamalkan gaya hidup atau tabiat buruk yang tidak sihat dan sekali gus meningkatkan lagi risiko mati awal.

Persoalannya, apakah antara perkara yang akan meningkatkan risiko ini? Jom sama-sama kita semua membongkarnya melalui artikel ini!

Perkara yang meningkatkan risiko mati awal

Ya, sesungguhnya kehidupan dan kematian itu adalah sesuatu yang kita tidak boleh tentukan kerana kesemuanya di tangan sang pencipta alam semesta.

Pun begitu, kita masih boleh berikhtiar dan bertawakal dengan cara menjalani kehidupan yang lebih sihat agar risiko mati awal dapat diminimumkan.

Untuk pengetahuan anda, segalanya adalah berkaitan dengan gaya hidup dan tabiat buruk yang mungkin diamalkan secara tidak sedar seperti:

#1. Waktu tidur yang terkurang atau terlebih

Meskipun ramai yang memandang remeh terhadap perkara ini, ketahuilah bahawa manusia normal memerlukan waktu tidur yang optimum.

Ini kerana tubuh badan kita juga perlu berehat daripada beroperasi buat seketika bagi mengembalikan kecergasan untuk berfungsi.

Menurut Harvard Medical School’s Healthy Sleep, tidur kurang dari 5 jam dan lebih dari 9 jam sehari adalah sangat tidak bagus untuk tubuh badan.

Manfaat Tidur Siang Untuk Kesihatan

Kesannya, anda mungkin akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit berkaitan jantung yang seterusnya membawa kepada kematian di awal usia.

#2. Makan daging merah dan proses terlalu banyak

Di atas kertas, memakan daging mungkin dilihat sebagai salah satu daripada diet yang sihat ekoran kandungan proteinnya yang sangat tinggi.

Pun begitu, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilannya terutama jenis daging merah dan daging proses kerana risiko yang dibawa.

Menurut Harvard Men’s Health Watch, pengambilan daging jenis ini yang terlalu banyak dalam sehari akan meningkatkan risiko mati awal sebanyak 13%.

Sebagai alternatif, kalian mungkin boleh gantikan ia dengan daging ikan yang dikatakan mampu menurunkan risiko ini sebanyak 7%.

#3. Makan pedas mungkin boleh buat anda mati awal

Menurut Harvard Health, individu yang makan pedas setiap hari dan setiap kali waktu makan akan meningkatkan risiko kematian sebanyak 14%!

Malangnya, di negara kita masakan pedas memang merupakan salah satu ruji yang agak sukar untuk dielak atau dihalang kewujudannya.

Pun begitu, adalah wajar untuk kalian sendiri cuba mengelakkannya dan tidak terpengaruh dengan trend makan pedas yang sedang tular kini.

#4. Selalu mengabaikan waktu sarapan pagi

kepentingan sarapan pagi

Semua orang perlu makan pada waktu tertentu dan kebiasaannya ia merangkumi 4 waktu makan yakni; sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Di antara 4 waktu ini, kalian perlu tahu bahawa sarapan pagi adalah yang paling penting!

Ini kerana kajian American Heart Association menyatakan bahawa individu yang tidak pernah tinggal sarapan pagi adalah mereka yang paling sihat.

Mereka cenderung mempunyai kadar kolesterol, sistem kardiovaskular dan tekanan darah yang stabil dan sihat berbanding yang selalu mengabaikannya.

Jadi mulai hari ini, tolong jangan lagi mengabaikan waktu sarapan pagi anda ya?

#5. Duduk terlalu lama tingkatkan risiko mati awal

Terkejut? Ya, memang benar bahawa duduk terlalu lama juga mungkin mampu tingkatkan risiko kematian di awal usia ini terjadi.

Kajian British Medical Journal (BMJ) menyatakan bahawa risiko mati awal dapat dikurangkan dengan hanya mengehadkan waktu duduk anda selama 3 jam sahaja sehari.

Ia mungkin agak mustahil dicapai bagi golongan pekerja pejabat yang akan duduk selama 8 jam atau lebih di hadapan komputer riba.

Disebabkan itu, kita semua sangat disarankan untuk berehat sebentar daripada sebarang pekerjaan atau perbuatan yang memerlukan waktu duduk lama.

Jika anda adalah kaki menonton netflix di rumah, sila pertimbangkan perkara ini…

#6. #Stayathome terlalu lama juga tingkatkan risiko?

korona virus

Di era pandemik yang sedang melanda dunia kini, kita semua disarankan untuk kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu sahaja.

Ya, ia adalah perkara paling tepat untuk dilakukan namun pertimbangkan juga bahawa duduk di rumah terlalu lama adalah tidak bagus.

Menurut Environmental Protection Agency, udara yang terdapat di dalam rumah adalah kira-kira 2 ke 5 kali lebih tercemar daripada luar rumah.

Kekurangan pendedahan terhadap cahaya matahari juga akan membuat waktu tidur anda terganggu lantas meningkatkan risiko mati awal.

Sebaiknya di era pandemik ini, sila seimbangkan dengan baik waktu kalian berada di rumah dan luar rumah di samping mengamalkan tahap kebersihan dan kesihatan yang bagus!

Selamat mempraktikkan tip di atas, ya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://bmjopen.bmj.com/content/suppl/2012/07/12/bmjopen-2012-000828.DC1/bmjopen-2012-000828_press_release.pdf
  2. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/cutting-red-meat-for-a-longer-life
  3. https://www.health.harvard.edu/healthy-eating/spicy-foods-associated-with-longer-life-harvard-researchers-find
  4. https://www.epa.gov/iaq-schools/why-indoor-air-quality-important-schools
  5. https://www.ahajournals.org/doi/full/10.1161/CIR.0000000000000476
  6. http://healthysleep.med.harvard.edu/healthy/matters/consequences/sleep-and-disease-risk

Versi Terbaru

11/12/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Encik Suami Nak Hidup 5 Kali Ganda Lebih Lama? Kajian Kata Kena Kerap Cium Isteri!

Manfaat Minum Kopi Hitam, Boleh Membantu Wanita Hidup Lebih Lama!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/12/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan