backup og meta

Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

Anda mungkin salah seorang daripada individu yang memikirkan atau mengingati mati setiap hari.

Walaupun anda tidak menginginkannya, fikiran mengenai kematian akan sering hadir tanpa anda sedari.

Namun begitu, adakah normal jika anda sering memikirkan mengenai kematian?

Selalu mengingati mati akan membuatkan kehidupan lebih ‘hidup’

kematian

Sebelum anda memahami mengenai kebiasaan anda mengingati kematian, anda perlu tahu, seringkali mengingati kematian bukanlah tanda anda sedang mengalami fobia kematian.

Mengingati mati juga bukanlah pemicu yang menyebabkan munculnya keinginan untuk membunuh diri dalam diri anda.

Ini kerana, kedua-dua perkara tersebut adalah berbeza.

Selalu mengingati mati adalah sesuatu yang normal.

Bahkan, memikirkannya secara berterusan mungkin boleh memberikan kesan yang baik pada anda dalam menjalani kehidupan.

Ini kerana, ketika anda memikirkan mengenai kematian, mungkin juga anda tidak berasa takut dengan kematian tersebut.

Bahkan, anda mungkin memikirkan bagaimana untuk menyediakan diri anda untuk menghadapi kematian.

Dengan memikirkan berkenaan kematian, ia akan memberikan kesedaran kepada diri kita bahawa kehidupan yang kita miliki ini adalah satu perkara yang perlu disyukuri.

Kita semua mengetahui kematian itu adalah sesuatu yang pasti berlaku dan akan dirasai oleh semua individu.

Jadi, dengan memikirkan mengenai kematian akan membuatkan anda merancang kehidupan kini dengan perkara yang lebih bermakna.

3 sebab mengingati mati boleh memberikan kesan positif kepada kehidupan anda

mengingati mati

Berikut merupakan antara beberapa kesan baik yang mungkin akan anda alami jika sering mengingati mati:

#1. Anda memiliki perspektif mengenai kehidupan

Anda tahu bahawa semua individu pasti akan mati. Oleh itu, anda akan lebih menghargai dan menikmati kehidupan yang ada kerana anda tahu ia akan berakhir satu ketika nanti.

Dengan mempunyai perspektif seperti sedemikian, anda akan lebih menghargai kehidupan anda.

Anda juga tidak akan menyibukkan diri dengan melakukan perkara yang tidak akan membuatkan anda bahagia.

Sebagai contoh, anda mungkin tidak akan mudah menjadi marah dengan sesuatu yang tidak anda sukai.

Anda tahu bahawa perasaan marah adalah satu perkara yang kecil sahaja dan ia hanya akan membuatkan hidup anda tidak bahagia. 

#2. Anda tidak akan membuang masa dengan individu yang anda tidak gemar

Memandangkan hidup ini agak singkat, maka anda akan lebih menghargai diri anda sendiri.

Sebagai contoh, jika anda sentiasa mengingati mati, anda akan sedar bahawa setiap detik waktu yang anda miliki adalah sangat berharga.

Oleh itu, anda tidak akan menghabiskan waktu dengan orang yang tidak elok dan menyusahkan diri anda.

Anda hanya akan menghabiskan waktu bersama-sama individu yang cukup bermakna dalam hidup anda. Anda juga mungkin tidak lagi ambil peduli mengenai kata-kata daripada orang lain yang tidak penting untuk anda.

Oleh sebab itu, dengan mengingati mati, anda tidak akan berasa bahawa setiap waktu yang anda lalui itu terbazir dengan sia-sia.

#3. Bermotivasi untuk terus menjalani kehidupan

Sering mengingati mati juga akan membuatkan anda bermotivasi dalam menjalani kehidupan.

Anda akan semakin bersemangat untuk melakukan perkara yang bermanfaat kerana anda tidak mahu menjadi individu yang biasa-biasa sahaja dalam hidup.

Anda juga pasti tidak ingin kehidupan anda berlalu dengan begitu sahaja.

Oleh itu, jika sering mengingati mati, anda akan bermotivasi untuk terus memberikan makna dalam hidup yang sedang anda jalani.

Sentiasa mengingati mati juga tidak selalunya baik

kematian

Namun, tidak semua individu mampu membayangkan kematian dengan hati dan fikiran yang tenang.

Bagi sesetengah individu, mengingati mati sering dilakukan tanpa disedari. Kadangkala, walaupun dia tidak ingin memikirkan mengenainya, fikiran tersebut kerap kali akan muncul.

Bagi sesetengah individu lain pula, mengingati mati mungkin akan menyebabkan kesan yang negatif kepada kehidupannya.

Apatah lagi jika berfikir mengenai mati boleh membuatkannya menjadi lebih gusar dan gelisah.

Oleh itu, elakkan daripada berfikir mengenai kematian jika anda rasa tidak mampu untuk menanggung beban mental yang bakal berlaku

Secara umumnya, apabila anda tidak mampu mengawal pemikiran berkenaan kematian di saat anda tidak mahu memikirkannya, anda mungkin akan menjadi lebih defensif.

Ini bermakna, anda mungkin akan ‘menolak’ atau tidak menerima kenyataan bahawa anda akan mati satu hari nanti.

Perspektif sebegini akan membuatkan anda sukar untuk menentukan mana satukah perkara yang penting dan manakah yang tidak penting.

Apabila anda berfikir yang anda tidak akan mati, maka anda tidak akan menghargai kehidupan yang sedang dijalani. 

Oleh sebab itu, apabila perasaan gelisah atau gusar yang anda alami sudah tidak dapat ditanggung, adalah lebih baik untuk anda bertemu dengan ahli kesihatan mental profesional.

Beritahu kepada mereka berkenaan masalah yang anda alami.

Pada ketika itu, mereka akan mengenal pasti sekiranya anda sedang mengalami gangguan keresahan atau sekadar pemikiran yang normal.

Baca juga:

  • BCL Tempah Kubur Sebelah Ashraf, Mungkin Alami Kesan Balu Yang Menyebabkan Risiko Kematian Tinggi
  • Bahana Group WhatsApp Keluarga, Boleh Pengaruhi Kesihatan Mental Secara Negatif?
  • Poligami Boleh Beri Kesan Kepada Mental Individu, Benarkah?
  • Ini 5 Artis Tempatan Yang Pernah Alami Gangguan Mental, Nombor 3 Tu Tak Sangka!
  • Untuk Si Isteri, Kenali 32 Tanda Suami Sedang STRESS Fizikal & Mental- Jangan Abaikannya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-human-experience/201805/death-anxiety

https://psychcentral.com/ask-the-therapist/2018/08/14/constantly-thinking-about-death/

https://www.elitedaily.com/life/culture/constantly-think-about-death/976429

Versi Terbaru

11/05/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/05/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan