backup og meta

Penyakit Kronik Utama yang Menyerang Masyarakat Malaysia

Penyakit Kronik Utama yang Menyerang Masyarakat Malaysia

Penyakit kronik adalah sekumpulan penyakit yang dihidapi oleh seseorang dalam tempoh yang lama. Ini bermakna, apabila seseorang itu disahkan menghidap sesuatu penyakit kronik, beliau perlu hidup dengan penyakit tersebut dalam tempoh yang lama atau mungkin seumur hidupnya. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit kronik utama yang wujud di Malaysia.

Sebenarnya, terdapat banyak jenis penyakit yang wujud di bumi Malaysia ini. Persoalannya, dalam senarai penyakit-penyakit tersebut, apakah penyakit kronik utama di Malaysia?

1. Diabetes

Ini adalah fakta yang diketahui umum. Dari sudut angkanya, 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap diabetes. Ini tentunya bukan angka yang boleh dibanggakan. Banyak faktor gaya hidup rakyat Malaysia yang menyumbang kepada angka yang tinggi ini, terutamanya pemakanan dan gaya hidup sedentari (kurang aktif).

2. Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)

COPD adalah penyakit paru-paru di mana paru-paru gagal berfungsi dengan baik. Punca utamanya adalah merokok. Penghidap COPD menghadapi masalah untuk bernafas. Ia juga mendedahkan pesakit kepada kanser paru-paru.

3. Penyakit jantung

Institut Jantung Negara (IJN) melaporkan sebanyak 300 000 menerima rawatan di isntitut tersebut pada tahun 2017. Penyakit jantung seperti penyakit arteri koronari merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.

4. Strok

Strok atau angin ahmar berlaku apabila saluran darah di dalam otak tersumbat. Sel-sel otak akan mengalami kekurangan oksigen menyebabkan fungsinya terganggu. Penyakit ini mencatatkan angka kematian tinggi iaitu sehingga 35 peratus daripada 1000 kes, menurut data dari Hospital Kuala Lumpur.

5. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi sendiri tidak menyebabkan masalah kesihatan tetapi ia menjadi faktor risiko kepada banyak penyakit termasuk sakit jantung dan strok. Antara puncanya adalah stres, genetik, merokok dan pemakanan tinggi lemak dan kolesterol.

Berdasarkan artikel ini, pastinya anda sudah tahu penyakit utama di Malaysia bukan? Seterusnya, anda perlu berani mengambil langkah untuk mula mengubah gaya hidup anda untuk menjadi lebih sihat. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan penyakit-penyakit yang dinyatakan malahan dapat menjalankan hidup yang lebih sihat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hamizatul Maizan Mohamed (26 Februari 2018). 10 Penyakit Paling Popular Di Malaysia. Dimuat turun daripada http://www.nona.my/10-penyakit-paling-popular-di-malaysia-no-9-tu-paling-wajib-dielakkan-sekarang/.

Versi Terbaru

18/01/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 18/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan