Kriptokokosis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu kriptokokosis?

Kriptokokosis adalah penyakit yang disebabkan oleh kulat Cryptococcus neoformans yang berada dalam udara. Individu yang sihat jarang untuk mengalami penyakit ini tetapi penyakit ini adalah serius bagi individu yang mempunyai masalah gangguan sistem imun. Keadaan ini kerana mereka tidak mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan kulat ini.

Apakah kebarangkalian kriptokokosis?

Jangkitan C.neoformans sangat jarang berlaku kepada individu sihat. Kebanyakan jangkitan ini berlaku kepada individu yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah terutamanya mereka yang dijangkiti HIV/AIDS. Risiko menghidap penyakit ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom kriptokokosis?

Individu yang sihat tidak akan mengalami sebarang simptom jika dijangkiti kulat ini. Namun, jangkitan ini boleh merebak ke bahagian otak bagi individu dengan sistem pertahanan badan yang lemah. 

Simptom neurologi (otak) berlaku secara perlahan-lahan. Kebanyakan individu dengan jangkitan akan mempunyai kerengsaan dan bengkak pada bahagian otak dan saraf tunjang apabila didiagnosis.

Antara simptom lain adalah seperti: 

  • Penglihatan kabur atau penglihatan berganda
  • Kesakitan pada tulang
  • Sakit dada
  • Kekeliruan
  • Batuk kering
  • Keletihan
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Ruam pada kulit- termasuk bintik (petechiae), ulser atau luka pada kulit yang lain
  • Berpeluh – luar biasa dan berlebihan pada waktu malam
  • Bengkak pada kelenjar
  • Kehilangan berat badan yang tidak disengajakan

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya terdapat sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan kriptokokosis?

Cryptococcus neoformans adalah kulat yang menyebabkan penyakit ini. Ia biasanya ditemui dalam tanah. Jika anda bernafas dalam udara yang mempunyai kulat ini, ia akan menjangkiti paru-paru. 

Jangkitan ini boleh hilang sendiri atau kekal di dalam paru-paru sahaja. Tetapi terdapat kemungkinan ia juga mungkin tersebar ke seluruh badan. Jangkitan ini paling kerap dijangkiti individu yang mempunyai sistem imun yang lemah. Kriptokokosis adalah jangkitan kulat yang boleh mengancam nyawa khususnya kepada individu yang mempunyai AIDS.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko kriptokokosis?

Jangkitan ini sering dialami oleh individu yang mempunyai sistem imun yang lemah, seperti mereka yang:

  • Dijangkiti HIV
  • Mengambil ubat kortikosteroid yang tinggi
  • Sedang mengambil ubat kemoterapi kanser
  • Mempunyai penyakit Hodgkin

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana kriptokokosis didiagnosis?

Doktor boleh mendiagnosis jangkitan ini melalui pemeriksaan fizikal dan ujian lain, termasuk:

  • Ujian darah
  • CT scan kepala
  • Ujian sputum 
  • Biopsi paru-paru
  • Bronkoskopi
  • Sampel cairan cerebrospinal (CSF) dari tulang belakang
  • Ujian sinar-x pada bahagian dada
  • Ujian antigen kriptokokus (untuk mencari molekul di mana kulat Cryptococcus neoformans boleh menyerap masuk ke dalam darah)

Bagaimana kriptokokosis dirawat?

Sesetengah jangkitan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pemeriksaan berkala penuh dalam tempoh setahun perlu dilakukan bagi memastikan jangkitan tidak tersebar. Sekiranya terdapat sebaran yang berlaku, ubat antikulat akan diberikan. Ubat ini mungkin perlu diambil untuk tempoh yang lama.

Ubat-ubatan termasuk:

  • Amphotericin B
  • Flucytosine
  • Fluconazole 

Amphotericin B boleh mendatangkan kesan sampingan yang teruk.

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani kriptokokosis?

Gaya hidup berikut akan dapat membantu menangani kriptokokosis:

  • Elakkan bersentuhan dengan kawasan atau bahagian tercemar jika anda mempunyai sistem imun yang rendah
  • Berehat sehingga demam dan batuk bertambah baik
  • Mengambil acetaminophen untuk sakit dan demam 
  • Minum air secukupnya dan menjaga diet pemakanan dengan baik. Cuba makan dalam hidangan yang kecil jika terasa mual
  • Pastikan anda mengikuti jadual pemeriksaan doktor yang ditetapkan untuk mengelakkan jangkitan berulang kembali

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mulut & Lidah Si Manja Ada Tompokan Putih? AWAS, Mungkin Itu PUNCA Bayi Sukar Menyusu

    Perasan tak tompok putih pada lidah si kecil? Itu mungkin kandidiasis mulut yang berpunca daripada jangkitan kulat. Jom fahami puncanya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Bayi, Keibubapaan, Penjagaan Bayi 04/01/2021 . 3 minit bacaan

    Masalah Jangkitan Kulat Pada Alat Sulit Bukan Dialami Wanita Saja, Lelaki Pun Boleh Kena!

    Suatu ketika dahulu, kita beranggapan bahawa hanya wanita yang boleh mendapat jangkitan yis. Kini, kita tahu ia juga boleh menjangkiti lelaki!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Celah Jari Kaki Berkeruping & Gatal? Ini Petanda Kaki Makan Air, Cara Ubatinya Begini…

    Kaki atlet, anda mungkin jarang bahkan langsung tidak pernah mendengarnya. Untuk pengetahuan, ia adalah sejenis jangkitan kulat yang berlaku di kaki.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Penyakit Jangkitan Kulit 01/12/2020 . 3 minit bacaan

    Biarkan Zakar & Miss V Bernafas! Ini Manfaat Jika Tak Pakai SELUAR DALAM Ketika Tidur

    Sudah biasa memakai seluar dalam waktu tidur, sudah tiba masa untuk hentikan tabiat ini. Kenapa? Ternyata tidur tak pakai seluar dalam bermanfaat buat anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kuman

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 4 minit bacaan
    kertas dinding

    Suka Pasang Wallpaper? JANGAN Tampal Kertas Dinding Di Bilik Air! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/01/2021 . 3 minit bacaan
    asid borik untuk jangkitan faraj

    Guna Asid Borik Untuk Rawat Masalah Jangkitan Faraj, Biar Betul? Selamat Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/01/2021 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat pada kemaluan faraj

    Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan