Pernahkah anda terfikir dan tertanya kenapa perut buncit sedangkan sudah menjaga pemakanan dan membuat aktiviti fizikal? Sebenarnya, ada beberapa kemungkinan keadaan itu boleh berlaku kepada anda.
Ada banyak jenis perut buncit dan bukan semuanya adalah angkara kuat makan sahaja. Jom baca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.
Perut boroi akibat kuat makan dan malas?
Untuk pengetahuan anda semua, masalah perut buncit lazimnya disebabkan oleh lemak visceral iaitu sejenis lemak degil yang mengelilingi organ-organ di sekitar perut dan abdomen individu.
Pengumpulan lemak degil di perut dan abdomen ini biasanya dikaitkan dengan tabiat pengambilan makanan tidak seimbang tertentu terutama lemak, gula dan karbohidrat yang berlebihan.
Dalam pada itu, individu yang mengamalkan gaya hidup sedentari yakni tidak gemar bergerak dan bersenam juga adalah antara faktor risiko peningkatan lemak termasuk di kawasan perut.
Namun, bagaimana pula dengan mereka yang menjaga pemakanan serta membuat aktiviti fizikal?
Ketahuilah bahawa ada banyak lagi sebab lain kenapa perut mula memboroi dan ia bukan sahaja akan melibatkan dua aspek di atas tadi. Sebelum anda jumpa doktor, kami akan cuba huraikan.
Berikut antara sebab lain perut anda boroi!
Alangkah sedih dan sakit hati apabila orang mula mengejek dan memerli anda dengan soalan “kenapa perut buncit seperti hamil?” sedangkan anda belum lagi berkahwin atau seorang lelaki tulen.
Malah, ada yang percaya bahawa onani punca perut buncit! Adakah perkara ini benar atau palsu? Di bawah adalah antara punca dan faktor risiko masalah ini terjadi:
#1. Kehamilan (khusus bagi wanita sahaja)
Khas untuk wanita, mungkin selalu timbul persoalan di minda apa punca perut buncit dan keras walhal anda tahu tidak mengandung ekoran tiada hubungan seksual tanpa perlindungan.
Pada awal usia kehamilan yakni di sekitar 3 ke 4 bulan, baby bump yang telah muncul sering kali disalahertikan sebagai buncit sedangkan ia adalah petanda awal jika wanita sedang hamil.
#2. Isu sistem penghadaman dan pencernaan
Di dalam perut manusia, wujud bakteria baik dan jahat semula jadi yang perlu seimbang supaya ia dapat mengekalkan fungsi serta tugas organ ini dalam mencernakan makanan dan minuman.
Sekiranya berlaku ketidakseimbangan bakteria ditambah pula dengan isu lain pada usus besar dan kecil, proses mengosongkan perut akan menjadi perlahan lantas menjawab persoalan kenapa perut buncit.
Kenapa perut buncit #3. Gas atau angin
Gas atau angin yang terkumpul dan terperangkap di dalam perut juga boleh menjadi antara punca masalah ini terjadi. Selain cara makan yang salah, gas berlebihan juga boleh wujud di dalam perut angkara intoleransi laktosa, gluten dan lain-lain namun ia mudah dirawat.
Kenapa perut buncit #4. Hormon tubuh badan
Perubahan pada kadar hormon insulin, kortisol serta seksual (testosteron bagi lelaki dan estrogen untuk wanita) juga boleh memicu masalah ini. Alasannya, hormon yang menurun atau meningkat mendadak akan menjejaskan proses pengumpulan lemak visceral di perut.
#5. Tabiat menghisap rokok & meminum alkohol
Sesungguhnya, tabiat menghisap rokok serta meminum alkohol itu adalah sama sekali tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan anda secara keseluruhan dan ia perlu dihentikan dengan segera.
Salah satu daripada akibat tabiat buruk ini adalah ia boleh menjadi punca perut buncit dan keras kerana akan terbentuk lebih banyak lemak visceral di sekitar abdomen jika tabiat ini masih lagi diteruskan.
#6. Kondisi kesihatan lain yang tertentu
Dalam pada itu, ada beberapa jenis penyakit yang turut boleh mengakibatkan masalah ini berlaku selain akan menyebabkan gejala buruk lain. Berikut adalah antara punca perut buncit dan keras:
- Obesiti
- Diabetes
- Gout
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Masalah kelenjar tiroid
- Tumor
- Kanser
- Gangguan makan
- Gangguan tidur
- Masalah pada mental
Meskipun perut boroi tidak semestinya petanda penyakit di atas, namun ia adalah antara simptom yang wajar diperhatikan oleh individu. Segera jumpa doktor jika anda tinggi risiko kondisi terbabit.
Perut buncit bukan satu isu yang kecil…
Ramai yang mungkin kurang pasti punca perut buncit dan keras sehingga menyangka ia adalah tanda bahagia sedangkan itu bukan halnya. Ini kerana kebahagiaan tidak akan membawa isu kesihatan.
Jadi, jangan anda salahkan perkahwinan atau perhubungan yang bahagia itu sebagai sebab kenapa perut buncit.
Kesimpulan
[embed-health-tool-bmi]