backup og meta

Kongsi

Jaga Kesihatan Diri Sebelum Menyesal di Kemudian Hari!

Kesihatan diri ialah nikmat paling besar bagi seorang individu. Tanpa tubuh yang sihat, semua perkara tidak dapat dilakukan.

Biarpun anda mempunyai duit yang banyak, ia bukan jaminan kepada kesihatan yang baik. Belum tentu duit tersebut mampu membeli tubuh yang sihat.

Penjagaan kesihatan diri bermula semasa anda masih sihat

kesihatan diri

Jangan tunggu sudah sakit baru ingin menjaga kesihatan. Pada ketika itu, keadaan mungkin sudah agak terlambat. Mulakan hari ini semasa badan masih segar dan sihat, sama seperti orang yang ingin mengambil insuran.

Cuba anda bertanya kepada mereka yang menghadapi penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.

Jika mereka diberi peluang, pasti semuanya ingin kembali ke masa lampau untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan.

Bukanlah semua penyakit tersebut disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang salah. Namun ia merupakan faktor yang besar.

Anda ingin hidup dengan tubuh anda lebih lama

kesihatan diri

Anda masih memerlukan tubuh anda dalam tempoh yang lama. Penyakit-penyakit kronik utama mengambil masa berpuluh tahun sebelum ia menyebabkan simptom.

Ia tidak berlaku dalam satu malam. Oleh itu, penjagaan kesihatan diri pun harus bermula berpuluh tahun sebelumnya.

Cuba fikirkan impak yang akan berlaku jika anda mendapat penyakit pada usia yang agak muda. Bukan sahaja memberikan beban kepada anda, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat, dan negara.

Keluarga anda perlu menjaga diri anda yang sedang sakit. Masyarakat dan negara pula perlu mengeluarkan duit yang banyak bagi menampung kos-kos tertentu.

Kita tidak bercakap tentang penyakit yang di luar kawalan seperti penyakit sejak lahir. Tetapi yang menjadi fokus adalah penyakit yang boleh dikawal.

Diabetes, penyakit jantung, dan strok yang menjadi pembunuh utama di negara ini boleh dikawal dengan pemakanan serta gaya hidup yang sihat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/staying-healthy/hlv-20049421

https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/follow-the-rainbow-to-your-health

 

Versi Terbaru

19/10/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa

avatar

Disemak oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Dikemas kini 19/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan