backup og meta

Interaksi Kodein dan Alkohol

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 18/04/2018

    Interaksi Kodein dan Alkohol

    Kodein ialah sebahagian dari keluarga ubat tahan sakit opioid/narkotik. Ia sering digunakan untuk merawat sakit ringan ke sederhana. Walau bagaimanapun, sila ketahui bahawa kodein boleh menyebabkan ketagihan jika diambil dalam dos yang tinggi.

    Interaksi kodein dan alkohol

    Jika anda menggunakan kodein, jangan ambil alkohol kerana kombinasi dua perkara ini boleh meningkatkan kesan sampingan pada sistem saraf anda seperti mengantuk, pening lalat, hilang fokus, susah memberikan perhatian serta pemikiran dan pertimbangan yang terganggu. Dalam kes yang lebih parah, mencampurkan alkohol dan kodein boleh menyebabkan tekanan darah rendah, masalah pernafasan, pengsan, koma atau bahkan maut.

    Disebabkan kodein boleh menyebabkan ketagihan, sila berbincang dengan doktor tentang cara mengambilnya. Pengambilan lebih dari dos yang disyorkan boleh menghalang anda dari berfikir secara logik. Selepas mengambil ubat tersebut, adalah lebih baik untuk anda elakkan dari aktiviti yang memerlukan fokus mental seperti memandu atau mengendalikan mesin besar sehingga anda tahu bagaimana ubat tersebut mengesani anda.

    Jika anda sedang menggunakan ubat atau suplemen lain, sila maklumkan pada doktor untuk mengelakkan tindak balas ubat. Jangan berhenti atau mula menggunakan apa-apa ubat sebelum berbincang dengan doktor.

    Tanda-tanda dan simptom-simptom alkohol berinteraksi dengan kodein

    Terdapat beberapa tanda interkasi antara alkohol dan kodein. Mereka kebiasaannya mengalami:

    • Percakapan tidak jelas
    • Penglihatan kabur
    • Lambat memberikan respon
    • Kemampuan berifkir dan koordinasi berkurang
    • Degupan jantung perlahan
    • Nadi menjadi lemah
    • Sawan
    • Masalah membuang air kencing
    • Halusinasi
    • Pening lalat

    Apa lagi?

    Di samping merawat rasa sakit, kodein dalam dos yang rendah juga digunakan untuk merawat batuk. Kesan yang paling dibimbangkan adalah ketagihan. Bagi sesetengah pengguna, ia boleh mengambil masa beberapa minggu untuk jadi ketagih manakala sebahagain yang lain memerlukan masa yang lebih.

    Jika anda mengalami mana-mana keadaan berikut, anda harus memaklumkan kepada doktor untuk menentukan adalah anda perlu mengambil kodein atau tidak:

  • Penyakit hati
  • Asma, COPD, apnea tidur atau masalah pernafasan lain
  • Tulang belakang tidak normal sehingga mengganggu pernafasan
  • Penyakit buah pinggang
  • Sejarah kecederaan kepala atau tumor otak
  • Tekanan darah rendah
  • Saluran penghadaman tersumbat (perut atau usus)
  • Gangguan pundi hempedu atau pankreas
  • Tiroid kurang aktif
  • Penyakit Addison atau gangguan kelenjar adrenal yang lain
  • Prostat membesar, masalah membuang air kencing
  • Penyakit mental
  • Sejarah ketagihan alkohol atau dadah
  • Kodein boleh berinteraksi dengan ubat yang digunakan untuk merawat depresi, pemnyakit mental penyakit Parkinson, migrain, jangkitan serius atau ubat yang digunakan untuk mencegah mual dan muntah. Jika anda mengambil ubat-ubatan ini, sila maklumkan pada doktor.

    Kodein diuraikan oleh hati dan dibawa oleh darah ke bahagian badan anda yang lain. Kesan sampingan kodein yang mengancam nyawa ialah pernafasan perlahan dan bahkan mati. Oleh sebab itu, jangan sesekali memberikan kodein kepada kanak-kanak. Jika anda sedang menyusukan bayi, elakkan kodein kerana ia boleh mengalir ke dalam susu ibu dan membahayakan anak anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 18/04/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan