backup og meta

Perbandingan Cuti Bersalin Di Malaysia & Negara Lain - Ada Yang Sampai 480 Hari!

Perbandingan Cuti Bersalin Di Malaysia & Negara Lain - Ada Yang Sampai 480 Hari!

Bagi seorang wanita bernama ibu, kehamilan dan kelahiran bayi adalah 1 pengalaman yang sangat berharga.

Pun begitu, ia adalah tempoh yang sangat memenatkan. Disebabkan itu, cuti bersalin amatlah diperlukan.

Bergantung kepada tanah air yang kita diami, jumlah hari cuti ini adalah berbeza.

Di sesetengah negara, hanya beberapa bulan sahaja diperuntukkan namun ada negara yang memberi cuti sehingga setahun lamanya!

Alangkah seronoknya jika negara kita juga memperuntukkan cuti rehat yang panjang untuk si ibu selepas bersalin.

Persoalannya, bagaimana dengan cuti bersalin di Malaysia? Adakah ia mencukupi atau berlebihan?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut!

Cuti bersalin di Malaysia

Di Malaysia, wanita yang melahirkan anak berhak mendapatkan cuti bersalin (maternity leave) bergaji dari pihak majikan sehingga 60 hari berturut-turut di bawah Akta Kerja 1955.

Sepanjang tempoh ini, pihak majikan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memecat atau memberi notis berhenti kerja kepada anda.

Hamil

Dalam beberapa kes, anda juga boleh memanjangkan cuti lebih dari 2 bulan:

  • Ibu yang berkerja dalam perkhidmatan awam boleh memohon cuti tambahan tanpa gaji sehingga 5 tahun selepas cuti bersalin
  • Pekerja bank dan beberapa kakitangan kerajaan negeri boleh mendapatkan cuti sehingga 90 hari
  • Pekerja beberapa syarikat rangkaian antarabangsa juga menyediakan cuti lebih dari 90 hari
  • Ada syarikat yang membenarkan pekerja menyambung cuti tanpa gaji selepas tamat tempoh cuti mandatori 60 hari

Sebaiknya, sila periksa kontrak perjanjian pekerjaan anda dengan pihak majikan untuk benar-benar memastikan anda berjaya mendapatkan hak yang sewajarnya.

Namun, segalanya mula diperdebatkan menjelang pembentangan Bajet 2020 pada tahun lepas.

Pihak kerajaan ketika itu kemudiannya mengumumkan bahawa cuti bersalin di Malaysia akan dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai tahun 2021.

Cuti bersalin di negara lain

Baiklah, kita sudah tahu keadaan di negara kita. Persoalannya, bagaimana pula dengan negara lain? Adakah mereka juga serupa atau berbeza sama sekali dengan kita?

Jom kita skrol artikel dengan lebih mendalam!

#1. India

Negara India membenarkan ibu bersalin untuk mengambil cuti selama 26 minggu – lebih lama berbanding dengan negara lain seperti China, Singapura, Jerman dan Amerika Syarikat.

Selain itu, pihak majikan juga diwajibkan untuk menyediakan nurseri di tempat kerja.

#2. England

Di England, ibu boleh mengambil cuti bersalin sehingga 39 minggu dengan pemotongan gaji. Namun, mereka hanya boleh mula bercuti pada 11 minggu terakhir sebelum due date kecuali jika bayi lahir pramatang.

Apa yang menarik, kos untuk melahirkan anak di sana adalah percuma jika berdaftar dengan hospital tertentu.

hamil di usia 40

#3. Norway

Pihak kerajaan di Norway sangat mementingkan keseimbangan worklife terutamanya buat pasangan suami isteri yang sudah berkahwin dan bekerja.

Bergantung kepada sektor dan jenis pekerjaan, cuti bersalin yang diberikan kepada mereka adalah sekitar 49-50 minggu dengan gaji penuh.

#4. Croatia

Negara ini dikenali sebagai women-friendly country kerana keprihatinannya terhadap wanita terutamanya yang sedang hamil.

Di sana, wanita diberi pilihan untuk bercuti selama 1 tahun lamanya dengan penjagaan pranatal dan postnatal secara percuma.

Terkejut? Ada lagi yang lebih lama…

#5. Sweden

Sweden menyediakan cuti bersalin lebih dari setahun iaitu selama 480 hari berserta dengan pelbagai manfaat untuk ibu dan juga bapa.

Lebih mengejutkan, negara ini turut akan memotong 25% waktu pekerjaan kepada wanita hamil dan membenarkan jika mereka mahu pulang awal ke rumah.

Adakah senarai ini membuat kalian mahu berpindah ke negara yang dinyatakan?

Jika hendak dibandingkan cuti bersalin di Malaysia hanyalah 90 hari – sekitar 12 minggu sahaja.

Pun begitu, ia adalah tempoh yang memadai untuk wanita bersalin, berehat dan mengumpulkan kembali tenaga serta keringat untuk kembali bekerja!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.babycenter.com.my/a537568/maternity-leave-and-paternity-leave-in-malaysia
  2. https://www.nst.com.my/news/nation/2019/10/529267/2020-budget-employees-have-right-take-90-day-maternity-leave
  3. timesofindia.indiatimes.com/life-style/parenting/pregnancy/countries-offering-the-best-maternity-leaves-across-the-world/photostory/73117279.cms

Versi Terbaru

26/05/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Cuti Bersalin: Apa yang Perlu Anda Ketahui?

Ibu, Ini 6 Sebab Mengapa Anda Perlukan Cuti Bersalin Yang Lama! Jangan Ingat Ia Tak Penting


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/05/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan