backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Sebab Anda Perlu Elak Makan Ubat Guna Sudu, Tak Boleh Main 'Agak-Agak'!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/01/2022

    Ini Sebab Anda Perlu Elak Makan Ubat Guna Sudu, Tak Boleh Main 'Agak-Agak'!

    Manusia itu tidak mungkin sihat selamanya dan ada ketika di mana mereka akan jatuh sakit. Disebabkan itu, kita semua perlu tahu cara makan ubat yang betul.

    Pun begitu, tidak kurang ramai juga individu yang kurang pasti dan masih ralat ketika mengambil ubatan tidak kira jika ia berbentuk pil, tablet mahupun cecair.

    Terutamanya jika ubat itu adalah cecair dan ia perlu diambil dengan sudu, mungkin belum ramai tahu cara makan ubat dengan betul. Jom teruskan membaca!

    Perkaitan di antara ubat dan sudu…

    Rasanya, kita semua pasti pernah dinasihatkan oleh doktor untuk ambil 1, 2, 3 atau lebih sudu ubat sehari setiap kali mengunjungi klinik ketika jatuh sakit.

    Situasi sebegini mungkin akan berlaku jika jenis ubatan yang perlu anda ambil itu adalah berbentuk cecair dan ia memerlukan bantuan untuk sukatan dosnya.

    Apa yang mungkin lebih menarik, bantuan untuk sukatan ini biasanya ditentukan oleh hitungan sudu dan bukannya melalui bilangan dalam bentuk ukuran lain.

    Pun begitu, ada satu perkara yang anda mesti tahu iaitu penggunaan sudu sebagai bantuan sukatan ubatan adalah tidak begitu disarankan oleh ramai pakar.

    cara makan ubat

    Sebaliknya, penggunaan objek lain seperti picagari lebih baik menurut ramai pakar. Kenapa? Ada jawapan mudah yang sebenar di sebalik kenyataan ini!

    Kajian tentang cara makan ubat yang betul

    Ada sebuah kajian tentang cara makan ubat yang betul telah dijalankan oleh pihak New York University dan melibatkan 2,096 ibu bapa bersama anak mereka.

    Menerusi kajian tersebut, ibu bapa akan disediakan dengan ubatan dan variasi alatan bantuan sukatan untuk diberikan kepada anak mereka yang sedang sakit.

    Sebelum ubat akan diberikan, kesemua ibu bapa itu telah membaca label ubatan tersebut terlebih dahulu – merupakan satu langkah awal yang sangat tepat.

    Pun begitu, ramai daripada mereka yang cenderung menggunakan sudu sebagai alatan bantuan sukatan dan lebih mengejutkan adalah sudu-sudu terbabit berbeza.

    Ini kerana sudu itu sendiri datangnya dari pelbagai jenis, bentuk serta saiz dan telah menimbulkan satu kekeliruan yang akan menjejaskan kesihatan anak mereka.

    Risiko salah dos jika ambil ubat dengan sudu

    Dalam kajian yang sama juga, ibu bapa telah diajukan dengan soalan “jika anda perlu beri ubat pada anak, alatan bantuan sukatan mana yang akan dipilih?”.

    Respons jawapan ibu bapa terhadap soalan ini mungkin tidak begitu mengejutkan namun agak membimbangkan kerana ramai yang cenderung memilih sudu.

    cara makan ubat

    Sebenarnya, cara makan ubat cecair yang betul bukanlah dengan sudu sebaliknya ada alatan bantuan sukatan lain yang boleh menyukat unit ukuran ubatan itu.

    Ini kerana sudu itu boleh hadir dalam pelbagai jenis, bentuk dan saiz dan akan meningkatkan risiko ibu bapa beri anak ubat dengan dos yang kurang tepat.

    Akibatnya, ibu bapa mungkin akan terlebih atau terkurang sukatan ubatan lantas memberikan kesan sampingan lain pula terhadap kesihatan anak kelak.

    Apa alternatif lain yang jauh lebih efektif?

    Bukan sahaja buat anak, pengetahuan am tentang cara makan ubat yang betul ini juga akan merangkumi orang dewasa termasuk ibu bapa dan semua individu tidak kira usia mereka.

    Disebabkan itu, anda mungkin perlu ambil ubat cecair dengan alatan bantuan sukatan berikut:

    • Picagari (dropper, dripper, syringe)
    • Cawan ubat khas
    • Sudu ubat khas

    Sebenarnya, alat-alat di atas ini biasa akan disediakan dan disertakan oleh pihak klinik, hospital atau farmasi bersama dengan ubatan cecair yang dipreskripsikan.

    Namun jika tidak ada, anda mungkin perlu minta atau beli sendiri alatan bantuan sukatan ini di pusat-pusat kesihatan dengan fitur dan ciri khas yang perlu ada.

    Jika anda berniat untuk memiliki alatan-alatan ini, pastikan ia mempunyai label ukuran mililiter (ml) memandangkan ia adalah unit ukuran ubatan yang umum.

    Jika belum ada dan situasi telah mendesak, anda boleh guna botol susu dengan unit ukuran sama agar risiko tersalah dos ubatan itu tidak berlaku dan berulang.

    cara makan ubat

    Istilah ‘agak-agak’ itu tidak akan membantu!

    Tidak dinafikan bahawa ada dalam kalangan kita semua yang cenderung untuk ‘agak-agak’ dos ubat ekoran menyangka ia bukan perkara yang begitu penting.

    Malahan, ada juga yang terus minum ubatan cecair ini daripada botolnya dan ini sudah pasti akan meningkatkan risiko anda terlebih atau terkurang dos ubat tersebut.

    Konklusinya, cara makan ubat cecair yang betul bukanlah dengan sudu meskipun doktor selalu kata yang anda perlu ambil 1, 2, 3 atau lebih dos ubat sehari.

    Sebaiknya, sila gunakan alat bantuan sukatan dos ubat yang khas agar ia lebih tepat dan sihat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan