backup og meta

Rahsia Kulit Sihat & Awet Muda, Minum Lebih Banyak Air Mineral Setiap Hari!

Rahsia Kulit Sihat & Awet Muda, Minum Lebih Banyak Air Mineral Setiap Hari!

Air mineral bukanlah sekadar air biasa. Minuman seperti air mineral Spritzer kaya dengan mineral yang penting untuk kesihatan kita, terutamanya berkaitan dengan kecantikan kulit. Jom kita lihat apakah enam manfaat minuman mineral yang kaya dengan silika. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Beza antara air minuman & air mineral

Jika anda ke kedai runcit, terdapat banyak pilihan air kosong yang boleh anda pilih. Namun, ada perbezaan antara air minuman dan juga yang mengandungi mineral. 

Air minuman yang dibotolkan biasanya adalah air yang diproses daripada sumber air terawat. Ia selamat diminum kerana telah dirawat daripada kotoran dan juga bakteria. 

Namun air minuman tidak banyak kandungan mineral jika dibandingkan dengan jenis air lain. 

Air yang dipanggil mineral pula merupakan air yang diperoleh daripada sumber semula jadi seperti mata air atau telaga.

Ia mengandungi mineral dan unsur-unsur lain yang memberikan banyak manfaat kepada kesihatan tubuh.

6 manfaat air mineral pada kesihatan kulit

Minum air mineral untuk kesihatan kulit lelaki.
Minum air mineral untuk kesihatan kulit lelaki.

Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit sepanjang masa, salah satu caranya adalah melalui pengambilan air. 

Pengambilan air yang mencukupi setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan kulit anda. 

Bayangkan kulit yang tidak cukup air atau mengalami dehidrasi, pasti akan membuatkan anda tampak lesu, tidak bermaya selain mengalami masalah kulit kering dan mengelupas. 

Berikut adalah enam cara bagaimana air minuman jenis ini boleh tingkatkan kesihatan kulit anda.

#1. Penghidratan kulit

Air jenis ini membantu menghidratkan kulit dari dalam. Ini kerana penghidratan adalah kunci utama untuk kulit yang sihat dan kelihatan bersinar. 

Minum air minuman ini secara konsisten dapat membantu menjaga kulit anda agar kekal lembap dan mengurangkan kekeringan1

Selain itu, jenis air ini juga membantu dalam proses regenerasi sel kulit, menjadikan kulit tampak lebih segar dan muda.

#2. Meningkatkan penghasilan kolagen

Silika yang terdapat dalam minuman mineral membantu merangsang penghasilan kolagen2

Untuk maklumat anda, kolagen adalah protein yang membantu anda memastikan keanjalan kulit3

Dengan meningkatkan penghasilan kolagen, kulit anda akan kelihatan lebih muda dan segar. 

Selain itu, kolagen yang banyak juga membantu dalam proses penyembuhan luka, menjadikan kulit pulih daripada luka atau kecederaan dengan lebih cepat4.

#3. Mengurangkan jerawat

Minum air mineral untuk kesihatan kulit wanita.
Minum air mineral untuk kesihatan kulit wanita.

Air jenis ini juga sebenarnya dapat mengurangkan jerawat dan merawat masalah kulit lain5

Ia membantu membersihkan toksin dari dalam tubuh yang boleh menyebabkan jerawat. 

Selain itu, air ini juga membantu dalam proses penyembuhan jerawat, mengurangkan kemerahan atau keradangan dan juga bengkak yang disebabkan oleh jerawat.

#4. Meningkatkan peredaran darah

Minum jenis air ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah yang penting untuk kulit sihat6

Aliran darah yang baik membantu membawa oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh, termasuklah ke bahagian kulit7

Ini membantu dalam proses regenerasi sel kulit dan menjadikan kulit anda tampak lebih anjal dan bermaya.

#5. Membantu penyembuhan luka

Air jenis ini juga kaya dengan mineral seperti kalsium dan magnesium yang membantu dalam proses penyembuhan luka8

Ia juga membantu mempercepatkan penghasilan semula sel kulit, menjadikan kulit lebih cepat sembuh daripada sebarang luka.

#6. Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku

Mineral dalam air bukan hanya bermanfaat untuk kulit secara langsung, tetapi juga bagus untuk rambut dan kuku anda. 

Ia membantu menjadikan rambut dan kuku untuk sentiasa kuat dan sihat. 

Selain itu, air minuman ini juga membantu dalam proses pertumbuhan rambut dan kuku, menjadikan rambut dan kuku anda lebih sihat dan tidak mudah putus atau rapuh. 

Satu kajian menunjukkan, wanita dengan kulit yang terjejas akibat sinar matahari telah berjaya mengurangkan kedutan dan kulit yang kasar selain rambut dan kuku yang kurang rapuh selepas mengambil 10mg silika setiap hari selama 20 minggu9

Manfaat silika dalam air mineral untuk kulit

air mineral

Bukan semua minuman mineral mengandungi silika. Contoh air botol yang mengandungi silika yang terdapat di pasaran ialah air mineral Spritzer. 

Dengan minum air yang kaya dengan mineral silika, ia membantu mengekalkan keremajaan kulit, sekali gus membuatkan anda kelihatan awet muda. 

Anda juga dapat menikmati kulit yang lebih sihat, anjal dan tegang disebabkan peningkatan kolagen dalam badan hasil pengambilan jenis air ini10

Perlu diingat, bahawa kulit yang sihat dan bercahaya sebenarnya bermula dari dalam.

kebaikan silika

Kesimpulan 

Air seperti ini bukan sahaja berfungsi menyegarkan tubuh, tetapi secara tidak langsung membantu menjadikan kulit anda lebih sihat. 

Jom kita mulakan rutin minum air jenis ini setiap hari untuk kulit yang lebih sihat dan segar. 

Tetapi ingat, jika anda mahukan kulit yang lebih sihat melalui pengambilan air, carilah minuman seperti air mineral Spritzer yang kaya dengan mineral silika semula jadi. Minuman yang disarankan adalah yang mengandungi 60mg dalam setiap 1 liter air. 

#MenyerlahkanKulitDariDalaman

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang minuman mineral bersilika oleh SPRITZER

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Water: How much should you drink every day?. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/water/art-20044256. Diakses pada Jun 13, 2023. 
  2. Araújo, L. A., Addor, F., & Campos, P. M. (2016). Use of silicon for skin and hair care: an approach of chemical forms available and efficacy. Anais brasileiros de dermatologia, 91(3), 331–335. https://doi.org/10.1590/abd1806-4841.20163986. Diakses pada Jun 13, 2023.
  3. Collagen. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/23089-collagen. Diakses pada Jun 13, 2023.
  4. Mathew-Steiner, S. S., Roy, S., & Sen, C. K. (2021). Collagen in Wound Healing. Bioengineering (Basel, Switzerland), 8(5), 63. https://doi.org/10.3390/bioengineering8050063. Diakses pada Jun 13, 2023.
  5. Palma, L., Marques, L. T., Bujan, J., & Rodrigues, L. M. (2015). Dietary water affects human skin hydration and biomechanics. Clinical, cosmetic and investigational dermatology, 8, 413–421. https://doi.org/10.2147/CCID.S86822. Diakses pada Jun 13, 2023.
  6. What are the Benefits of Mineral Water in Terms of Health?. https://www.longdom.org/open-access/what-are-the-benefits-of-mineral-water-in-terms-of-health-83423.html. Diakses pada Jun 13, 2023.
  7. The Importance of Water. https://theheartfoundation.org/2019/03/08/the-importance-of-water/. Diakses pada Jun 13, 2023.
  8. Nutrition for Wound Healing. https://www.saintlukeskc.org/health-library/nutrition-wound-healing. Diakses pada Jun 13, 2023.
  9. Barel, A., Calomme, M., Timchenko, A., De Paepe, K., Demeester, N., Rogiers, V., Clarys, P., & Vanden Berghe, D. (2005). Effect of oral intake of choline-stabilized orthosilicic acid on skin, nails and hair in women with photodamaged skin. Archives of dermatological research, 297(4), 147–153. https://doi.org/10.1007/s00403-005-0584-6. Diakses pada Jun 13, 2023.
  10. Marcos-Garcés, V., Molina Aguilar, P., Bea Serrano, C., García Bustos, V., Benavent Seguí, J., Ferrández Izquierdo, A., & Ruiz-Saurí, A. (2014). Age-related dermal collagen changes during development, maturation and ageing – a morphometric and comparative study. Journal of anatomy, 225(1), 98–108. https://doi.org/10.1111/joa.12186. Diakses pada Jun 13, 2023.

Versi Terbaru

28/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Badan Seram Sejuk, Demam Ke? Ambil Tahu Suhu Badan Normal, Boleh Bezakan Sihat @ Tidak!

Kurang Tak Boleh, Lebih Pun Bahaya, Ini Kesan Jika Anda Terlebih Minum Air Kosong!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan