backup og meta

Susu Tepung Little Étoile Nutrition, Membantu Menyokong Tumbesaran Si Manja Anda!

Susu Tepung Little Étoile Nutrition, Membantu Menyokong Tumbesaran Si Manja Anda!

Pemilihan susu tepung yang sesuai untuk anak bukan sekadar soal rasa, tetapi juga tentang nutrisi yang menyokong tumbesaran mereka.

Dalam fasa penting perkembangan kanak-kanak, tubuh mereka memerlukan protein, kalsium, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk membina otot, tulang serta sistem imun yang kuat.

Oleh itu, ibu bapa perlu bijak memilih susu tepung yang dirumus khas mengikut umur dan keperluan anak. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Kami ada berita baik untuk para ibu bapa!

Sebuah jenama Australia yang memenangi anugerah Little Étoile Nutrition telah dipasarkan secara rasmi di Manjaku Baby Mall, dengan Stage 3 Toddler Formula (12–36 bulan) dan Stage 4 Growing-Up Formula (3 tahun ke atas) dan kini boleh didapati di kedai ini di seluruh negara.

Susu tepung ini dibangunkan oleh Max Biocare, sebuah syarikat penjagaan kesihatan dengan lebih 25 tahun kepakaran farmaseutikal dan pemakanan, Little Étoile Nutrition terkenal dengan susu tepung budak yang berkualiti tinggi dan disokong dengan teknologi sains yang dibuat dengan 100% susu lembu yang diberi makan rumput Australia.

Setiap kumpulan diuji dengan teliti untuk kualiti dan keselamatan termasuk ujian 3-MCPD dan GE secara sukarela untuk memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya kepada ibu bapa.

susu tepung budak
Susu tepung budak dari Little Étoile Nutrition Peringkat 3 & 4.

“Ibu bapa hari ini lebih sedar tentang apa yang terkandung dalam pemakanan anak-anak mereka. Di Little Étoile, kami menggabungkan sains, kualiti dan penjagaan rapi untuk mencipta susu tepung yang boleh dipercayai oleh ibu bapa,” kata jurucakap Max Biocare Malaysia.

Dengan tumpuan pada inovasi, kualiti dan kemampanan, Little Étoile Nutrition menyokong kanak-kanak yang sedang membesar melalui tahun-tahun paling aktif mereka dan memastikan mereka mendapat nutrien yang mereka perlukan untuk bersinar terang, dalam dan luar.

Kini susu tepung Little Étoile Nutrition Peringkat 3 & 4 boleh didapati di kedai Manjaku di seluruh negara, termasuk cawangan baharu Manjaku Shah Alam, dan dalam talian di www.manjaku.com.my.

Mengenai Little Étoile Nutrition

Little Étoile Nutrition adalah sebahagian daripada Max Biocare, sebuah syarikat penjagaan kesihatan Australia yang mempunyai lebih 25 tahun kepakaran dalam sains farmaseutikal dan pemakanan.

Jenama ini berdedikasi untuk memupuk kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kecil melalui produk yang disokong sains, selamat dan mampan — membantu setiap bintang kecil bersinar di dalam dan luar.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Feeding Your 1- to 2-Year-Old https://kidshealth.org/en/parents/feed12yr.html . Diakses pada 14 Oct 2025

Do kids need milk? https://www.uchicagomedicine.org/forefront/pediatrics-articles/do-kids-need-milk Diakses pada 14 Oct 2025

Kwon, Y., Lee, S. W., Cho, Y. S., Jeong, S. J., & Han, M. Y. (2021). Is High Milk Intake Good for Children’s Health? A National Population-Based Observational Cohort Study. Nutrients13(10), 3494. https://doi.org/10.3390/nu13103494 Diakses pada 14 Oct 2025

Versi Terbaru

15/10/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tak Boleh Makan Pisang Dengan Susu? Ini Kombinasi Makanan Sesuai Diambil Bersama Pisang

Jangan Hanya Bilas Guna Air! Ini Cara Terbaik Cuci & Steril Botol Susu Supaya Anak Tak Sakit


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 15/10/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan