Penyakit kanser merupakan penyakit yang paling digeruni dan seringkali dikaitkan dengan kematian. Malahan, kos rawatan kanser juga boleh menjadi tinggi sekiranya pesakit lambat menerima rawatan yang sepatutnya.
Sebenarnya, individu yang menjalani ujian saringan dan didiagnosis dengan lebih awal kebiasaannya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk sembuh.
Kos rawatan kanser juga dapat dikurangkan kerana mereka tidak perlu menjalani rawatan yang ekstensif.
Namun begitu, kesedaran mengenai kepentingan membuat ujian saringan kanser dan mendapatkan rawatan awal sebenarnya masih lagi rapuh dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sempena Hari Kanser Sedunia pada Februari lalu, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai kepentingan pengesanan awal kanser dan beberapa jenis rawatan penyakit kronik ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Pusat Keunggulan Perkhidmatan Onkologi (Kanser) SJMC
Terkenal sebagai pusat rawatan kanser terkemuka di rantau ini, Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) telah memberikan perkhidmatannya yang terbaik untuk pesakit kanser selama 21 tahun beroperasi.
Ia juga merupakan hospital pertama di Asia-Pasifik yang telah mendapat pensijilan oleh Australian Council on Healthcare Standards International (ACHSI) untuk Perkhidmatan Onkologi (Kanser) sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan (COE).
Perkhidmatan SJMC bermula dari saringan, diagnosis, rawatan dan penjagaan paliatif untuk pesakit.
“Di SJMC, kami memastikan bahawa pesakit kami menerima penjagaan kanser yang setaraf dengan apa yang mereka harapkan di pusat-pusat penjagaan kanser yang terkemuka di negara-negara maju yang lain,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Bryan Lin.
Kemudahan komprehensif untuk diagnosis dan rawatan kanser
Sebagai pusat kanser terkemuka di rantau ini, SJMC telah menawarkan khidmat bantuan buat pesakit kanser melalui teknologi canggih seperti:
- Mamogram (3-D) – Ujian x-ray payudara yang dilakukan oleh wanita untuk mengesan perubahan dalam tisu payudara. Imej payudara akan dihasilkan pada filem
- MRI 3 Tesla (3T) – Imbasan yang sangat terperinci dengan bantuan medan magnet dan denyutan tenaga gelombang radio
- Teknologi Imbasan PET/CT Digital – Memberikan pengimejan imbasan yang lebih pantas dan mengesan luka kecil
- Dual Source CT Scanner – Mempunyai 2 sumber sinar-X dengan 2 detektor yang dapat menghasilkan imej diagnostik berkualiti tinggi
- Tomoterapi Radixact-X9 – Kaedah radiasi dengan teknologi pintar yang memancarkan dos tinggi kepada tumor tetapi turut meminimumkan kerosakan pada tisu sihat secara automatik
Penjagaan paliatif untuk pesakit kanser
Selain memerlukan sokongan dari keluarga, penjagaan paliatif juga diperlukan bagi membantu pesakit kanser mengharungi kehidupan mereka.
Apabila didiagnosis dengan penyakit yang mengancam nyawa ini, kebanyakan pesakit akan mengalami perubahan gaya hidup. Jadi, mereka perlu diberi perhatian dari segi kesihatan psikologi, rohani dan sosial.
Berita baiknya, SJMC menawarkan rawatan paliatif berbentuk kaunseling, pendidikan awam, farmasi, diet pemakanan, sokongan dan bimbingan kepada pesakit kanser.
Penjagaan rawatan ini dilakukan oleh kakitangan yang berpengalaman seperti pakar perubatan, jururawat onkologi, kaunselor, therapist radiasi, dan koordinator penjagaan kanser.
Kepentingan pemeriksaan awal bagi mengurangkan kos rawatan kanser
Tidak dinafikan bahawa keengganan individu untuk menerima rawatan kanser berpunca daripada kos rawatan kanser yang tinggi.
Ada juga yang bertarung dengan masalah kewangan semata-mata untuk mendapatkan peluang kedua untuk kekal bersama insan yang tersayang.
Walau bagaimanapun, anda harus tahu bahawa keengganan mendiagnosis kanser dari awal akan menyebabkan kanser tersebut sukar dirawat, sekali gus menelan kos rawatan kanser hospital swasta yang tinggi.
“Kos rawatan kanser sememangnya tinggi termasuk kos sampingan seperti ubat-ubatan dan pemakanan tertentu terutamanya selepas menerima rawatan kanser,” ujar Noor Shareena Aleeya, pesakit kanser payudara tahap 1 yang menjalani rawatan kanser di SJMC.
Menurutnya lagi, perkara yang banyak membantu ketika menerima rawatan di SJMC adalah insurans perubatan dan simpanan kewangannya.
Noor Shareena juga menggalakkan orang ramai untuk mendaftarkan diri dengan insurans kesihatan daripada syarikat insurans yang dipercayai, selain mendapatkan diagnosis awal dan rawatan kanser di hospital kerajaan mahupun swasta.
“Saya amat beruntung kerana kanser saya masih di tahap satu dan saya telah melakukan pemeriksaan awal walaupun tiada simptom teruk yang saya alami,” jelasnya lagi.
Apakah cara untuk mendapatkan kos rawatan kanser yang murah dan berpatutan?
Adakah terdapat cara untuk mengurangkan kos rawatan kanser payudara?
Sudah tentu ada! Berikut adalah antara tip untuk anda mengurangkan kos rawatan kanser:
#1. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk kurangkan kos rawatan kanser usus
Ia kedengaran mudah namun tidak semua individu mampu untuk melakukannya.
Gaya hidup yang sihat terutamanya menjaga pemakanan dapat menjauhkan diri anda daripada risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik.
Rawatan kanser di hospital kerajaan #2. Gunakan kemudahan kesihatan syarikat tempat bekerja
Anda boleh merujuk kepada pengurusan syarikat anda untuk mengetahui tentang manfaat perlindungan yang disediakan untuk anda dan juga ahli keluarga terdekat.
Rumusan
Perkhidmatan dan teknologi SJMC ini sememangnya dapat memberi sinar buat pesakit kanser untuk terus berjuang dan kembali pulih seperti biasa. Dapatkan juga kos rawatan kanser dengan mendiagnosis kanser di awal waktu.
[embed-health-tool-bmi]