Diabetes: Adakah Kempen Menggalakkan Gaya Hidup dan Pemakanan Sihat Cukup Efektif? Adakah ada Alternatif Lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Diabetes atau kencing manis merupakan antara beban penyakit utama di Malaysia dan di peringkat global. Menurut Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, hampir 20% rakyat Malaysia, atau 1 dari 5, menghidap diabetes. Angka itu tidak termasuk keadaan prediabetes yang berisiko tinggi mendapat diabetes.

Tambahan pula, kencing manis juga meningkatkan risiko kepada pelbagai penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan strok.

Meletakkan tanggungjawab pada doktor semata-mata tidak akan berhasil

Kes kencing manis semakin bertambah setiap tahun dan kadar peningkatan tersebut melebihi kadar pertambahan doktor. Di Australia, kes diabetes bertambah sebanyak 7% setiap tahun sedangkan pertambahan doktor hanya 3%.

Tambahan lagi, pesakit kencing manis mengambil masa lebih banyak dan lama untuk berjumpa doktor berbanding pesakit lain. Ini membuatkan khidmat kesihatan yang ada tidak mampu menampung beban penyakit ini.

Pesakit juga memerlukan lebih bantuan

Bagi pesakit, mereka perlu menghadapi keadaan kesihatan mereka seumur hidup (tiada penawar bagi kencing manis), sedangkan tempoh mereka mendapat konsultasi dari doktor hanyalah beberapa jam setahun. Sebagai contoh, temujanji doktor sebulan sekali selama 15 minit setiap sesi memakan masa 3 jam setahun.

Walaupun pesakit sudah diberikan pelan yang perlu dilakukan untuk mengawal penyakit mereka, ia merupakan satu cabaran yang besar buat mereka untuk berdisiplin dan kekal termovasi.

Nasihat doktor serta kempen gaya hidup dan pemakanan sihat memerlukan nafas baru, aplikasi kesihatan telefon pintar mungkin membantu

Salah satu cara yang efektif untuk membantu pesakit diabetes mengawal keadaan kesihatan mereka ialah dengan memberikan mereka akses kepada maklumat kesihatan mereka, bukan hanya disimpan oleh doktor. Namun, data dan nombor semata-mata tidak cukup. Ia perlu disertakan dengan panduan untuk pesakit mengawal bacaan gula mereka dengan sendiri tanpa perlu pergi ke hospital dengan lebih kerap.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Sun Life, 63% dan 53% rakyat Malaysia sedar bahawa diet tinggi karbohidrat dan kurang aktiviti fizikal merupakan faktor risiko utama kencing manis. Tetapi, ia hanya akan menjadi nombor di atas kertas tanpa tindakan atau usaha yang efektif.

Melihat kepada peningkatan kes setiap tahun, nafas baru perlu diberikan kepada kempen kesedaran dan cara kita menguruskan diabetes.

Aplikasi telefon pintar mungkin boleh mengambil peranan ini. Ia bukan sahaja mudah alih tetapi lebih selesa digunakan oleh pesakit sebagai panduan serta motivasi dalam mengawal penyakit mereka mengikut keadaan kesihatan semasa. Ia juga dapat menjimatkan sumber di pusat penjagaan kesihatan.

Namun, aplikasi telefon yang boleh memberikan sokongan dan panduan yang ideal kepada pesakit masih belum ada. Kebanyakannya hanya merekodkan bacaan gula tanpa memberikan panduan berdasarkan bukti saintifik.

Mencari cara yang efektif dalam menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes melalui pengurusan kendiri merupakan keperluan yang mendesak, lebih-lebih lagi kita tidak mempunyai alternatif lain yang benar-benar berkesan buat masa ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Elak Penyakit Kencing Manis Dengan Lakukan 7 Cara Ini! Kongsikan Kepada Ahli Keluarga Anda

    Adakah anda tahu, apakah cara mencegah diabetes? Kami kongsikan beberapa cara mencegah penyakit kencing manis ini agar anda tidak menjadi mangsa seterusnya. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2 18/02/2021 . 3 minit bacaan

    Semua Pesakit Diabetes Kena Ambil Suntikan Insulin? Ini Fungsi Insulin Pada Tubuh

    Dalam artikel ini, kami jelaskan kepada anda apa itu insulin dan kenapa ia penting sebagai salah satu cara mengatasi diabetes.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 16/02/2021 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

    Anda tahu apa itu kencing manis? Adakah anda juga tahu apa itu GDM? Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan ibu hamil. Inilah maksud GDM...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 15/02/2021 . 3 minit bacaan

    Alternatif Penggunaan Gula Dalam Masakan, Betul Ke Gula Melaka Lebih Sihat Daripada Gula Pasir?

    Gula palma seperti gula Melaka banyak digunakan dalam masakan orang Malaysia. Adakah benar gula palma ini lebih baik daripada gula biasa seperti gula pasir?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Fakta Nutrisi 03/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda kencing manis tinggi

    Jika Anda Alami Salah Satu Daripada 7 Tanda Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    tanda kurang gula dalam badan

    Gula Tinggi & Gula Rendah Bahayakan Nyawa! Ini 13 Tanda Tubuh Banyak Dan Kurang Gula

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/02/2021 . 2 minit bacaan
    bahaya kencing manis

    Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
    peria katak ubat kencing manis

    Peria Katak Berkesan Turunkan Gula Darah Pesakit Kencing Manis, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan