backup og meta

Kempen #StartsWithYou Galakkan Rakyat Malaysia Ambil Langkah Kawal Diabetes!

Kempen #StartsWithYou Galakkan Rakyat Malaysia Ambil Langkah Kawal Diabetes!

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 November 2024 – Bersempena dengan Bulan Kesedaran Diabetes, Abbott telah mengumumkan pelancaran kempen Glucerna® #StartsWithYou, bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengurus diabetes seperti mengetahui ciri-ciri kencing manis dengan lebih baik dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen ini menampilkan kisah kejayaan rakyat Malaysia yang menyertai program intervensi gaya hidup selama empat minggu anjuran Abbott, termasuk pemakanan seimbang bagi mengelakkan ciri-ciri kencing manis dan senaman fizikal.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Statistik pesakit diabetes di Malaysia menurut kajian

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), dianggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia – atau 15.6% daripada populasi dewasa – menghidap diabetes.

Angka ini tidak termasuk mereka yang berkemungkinan menghidap diabetes.

Diabetes yang tidak dikawal boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan secara menyeluruh serta menyebabkan komplikasi seperti:

Justeru, perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membawa kesan besar dalam pengurusan diabetes dan kesihatan secara menyeluruh.

“Kadar penyakit diabetes yang tinggi di Malaysia menunjukkan betapa pentingnya untuk memupuk kesedaran individu tentang pengurusan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat,” kata Dr. Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Pemakanan Abbott Malaysia.

Cara mengesan penyakit kencing manis.
Cara mengesan penyakit diabetes.

Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® ini telah membantu ramai penghidap diabetes menguruskan tahap glukosa mereka melalui perubahan gaya hidup termasuk pemakanan seimbang dan senaman.

Hari ini, kami berbesar hati untuk memaparkan beberapa kisah kejayaan bagi memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk membina tabiat kesihatan yang baik terutamanya untuk mengelakkan risiko ciri-ciri kencing manis.

[embed-health-tool-bmi]

Pengawalan ciri-ciri kencing manis bermula dengan diri anda dan sokongan orang lain

Pada pelancaran kempen ini, Ainaa Munirah Pang, seorang Chef berusia 39 tahun, berkongsi pengalamannya mencapai tahap glukosa yang sihat dengan bantuan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP).

Ainaa menerima diagnosis diabetes jenis 2 pada usia 27 tahun dan menghadapi cabaran untuk mematuhi rejim yang sihat dan konsisten disebabkan pemakanan yang tidak sihat di tempat kerja.

Pandangan mengenai pengurusan diabetes dan cerita kejayaan yang memberi inspirasi telah dikongsi dalam kempen Glucerna #StartsWithYou.
Pandangan mengenai pengurusan diabetes dan cerita kejayaan yang memberi inspirasi telah dikongsi dalam kempen Glucerna #StartsWithYou.

Program intervensi gaya hidup selama empat minggu ini membantunya ke arah kesihatan yang lebih baik.

Selain itu, terdapat perkongsian matlamat, cabaran dan sumber untuk membantu menguruskan ciri-ciri kencing manis yang didiagnosis.

Menurut Indra Balaratnam, seorang Pakar Perunding Diet, faktor pemakanan adalah sangat penting dalam pengurusan diabetes. Penghidap diabetes perlu lebih sedar akan tabiat pemakanan mereka dan membuat pilihan yang bijak.

Contohnya, pesakit diabetes boleh mengambil inisiatif melalui;

  • Perancangan makanan
  • Makan snek berkhasiat
  • Memasak di rumah menggunakan ramuan segar
  • Mengamalkan pemakanan seimbang yang merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein tanpa lemak

Bagaimana formula makanan khusus diabetes dapat membantu

Formula pemakanan khusus diabetes yang dirumus secara saintifik adalah penting dalam pendekatan (Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna GLCP.

GLCP, yang dilancarkan pada 2021, merangkumi panduan tentang pengurusan diabetes, perkongsian maklumat mengenai diet seimbang, formula pemakanan khusus diabetes, senaman serta kepentingan pemantauan glukosa secara berkala.

Indra Balaratnam (Pakar Perunding Diet) berkongsi mengenai penyediaan makanan sihat menggunakan produk Glucerna.
Indra Balaratnam (Pakar Perunding Diet) berkongsi mengenai penyediaan makanan sihat menggunakan produk Glucerna.

Peserta juga berpeluang mempelajari cara menangani keletihan akibat diabetes termasuk cabaran lain yang boleh mengganggu komitmen mereka dalam mencegah penyakit tersebut.

Menerusi program ini, mereka diberi pendidikan mengenai pengurusan diabetes oleh para doktor dan pakar diet yang terlatih bagi mengelakkan ciri-ciri kencing manis berlaku.

Lebih 200 peserta telah menyertai program ini dan berjaya memperbaiki pengurusan diabetes mereka.

Inisiatif Glucerna Untuk Pesakit Diabetes

Kajian yang diterbitkan dalam Diabetes Care mendapati bahawa penghidap diabetes yang mengambil Glucerna® mengekalkan tahap glukosa darah dengan pelepasan glukosa yang stabil.
Buktinya, julat sasaran sehingga 90% hanya dalam tempoh empat minggu.
Formulasi Glucerna® mengandungi karbohidrat indeks glisemik rendah untuk mengurangkan lonjakan glukosa selepas makan dan menyokong kesihatan keseluruhan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetes, https://www.healthdirect.gov.au/diabetes, Diakses November 5 2024.
  2. Diabetes, https://www.cdc.gov/diabetes/index.html, Diakses November 5 2024.
  3. Diabetes, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/symptoms-causes/syc-20371444, Diakses November 5 2024.
  4. Diabetes, http://myhealth.moh.gov.my/en/diabetes/, Diakses November 5 2024.
  5. Diabetes, https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes, Diakses November 5 2024.

Versi Terbaru

14/11/2024

Ditulis oleh Siti Fatihah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

5 Ujian Untuk Kesan & Pantau Diabetes, Siapa Yang Tak Tahu Lagi Kena Baca Ini!

Buah Yang Dilarang Untuk Penderita Diabetes, Bukan Semuanya Boleh Makan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Fatihah · Disemak pada 14/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan