backup og meta

Gemar Beronani Punca Wanita Jadi Mandul? Jangan Cepat Sangat Percaya Mitos!

Gemar Beronani Punca Wanita Jadi Mandul? Jangan Cepat Sangat Percaya Mitos!

Masturbasi ataupun onani adalah sensitif untuk diperkatakan. Anda mungkin pernah dengar pelbagai khabar angin berkaitan dengan perlakuan onani. Sebagai contoh, salah satu penyebab wanita mandul adalah disebabkan wanita beronani!

Selain itu, tabiat ini turut dikatakan boleh mendatangkan penyakit dan menyebabkan seseorang itu menjadi buta. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya?

Sebenarnya, perlakuan masturbasi tidak akan mendatangkan sebarang keburukan terhadap kesihatan. Sebaliknya, onani merupakan sesuatu yang baik untuk kesihatan mental dan fizikal.

Perbuatan ‘melancap’ merupakan satu bentuk tingkah laku seksual yang paling selamat kerana ia tidak akan mendedahkan pelakunya terhadap sebarang penyakit kelamin. Onani tidak akan menyebabkan anda mengandung ataupun dijangkiti STD.

Ramai yang tidak selesa apabila bercakap tentang masturbasi. Disebabkan larangan beronani dalam agama, ramai wanita yang percaya perkara yang tidak betul berkaitan masturbasi.

Antara perkara yang sering dikaitkan dengan masturbasi ialah kemungkinan untuk mandul akibat perlakuan ini. Tapi, betulkah? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Adakah wanita beronani berisiko untuk mandul?

wanita beronani

Wanita yang kerap melakukan onani TIDAK AKAN menjadi mandul. Aktiviti ini juga tidak akan mempengaruhi kehamilan melainkan anda mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi lain.

Ramai wanita yang anggap onani boleh mengganggu kitaran haid mereka. Disebabkan itu, mereka percaya bahawa wanita beronani sukar untuk mengandung apabila tiba saatnya nanti.

Sebagai wanita, anda perlu tahu bahawa onani tidak akan mengganggu kitaran haid anda ataupun mengurangkan keupayaan anda untuk mengandung. Untuk pengetahuan anda, kemandulan merupakan sesuatu yang sukar untuk didiagnosis.

Punca yang menyebabkan sesebuah pasangan itu tidak mampu untuk mempunyai anak adalah disebabkan oleh faktor lelaki (1/3) atau faktor wanita (1/3), ataupun kedua-duanya sekali.

Baca juga:

Selain itu, faktor lain turut memainkan peranan. Sebagai contoh, wanita yang tidak boleh mengandung atau mandul mungkin tidak boleh melakukan ovulasi.

Dalam masa yang sama, proses persenyawaan memerlukan sperma yang sihat dan cukup. Jika sperma lelaki tidak berkualiti, wanita juga akan alami masalah untuk mengandung.

Kadangkala, wanita yang sukar mengandung bukanlah mandul, tetapi mereka mungkin perlu melakukan hubungan seksual dengan lebih kerap.

Selain itu, wanita yang ingin hamil juga perlukan uterus dan tiub falopio yang sihat.

Tidak ada satupun faktor kemandulan di atas yang menyentuh tentang aktiviti onani.

Malah, aktiviti onani sebenarnya boleh bantu wanita memperbaiki hubungan seksual mereka.

Wanita yang gemar beronani lebih faham tentang stimuli ataupun pergerakan yang boleh membuatkan mereka orgasma.

Malah, mereka juga lebih arif tentang tubuh badan mereka dan berani untuk mencuba jenis sentuhan, tekanan ataupun pergerakan lain yang boleh bantu mereka mencecah klimaks.

Rasa bersalah akibat masturbasi

wanita beronani

Ramai wanita beronani rasa bersalah selepas melakukan masturbasi. Ada yang rasa diri mereka kotor ataupun memalukan selepas melakukan onani.

Wanita mungkin mempunyai pemikiran seperti ini disebabkan oleh faktor budaya, agama dan keluarga.

Namun, aktiviti onani boleh menjadi masalah jika ia mempengaruhi kehidupan seharian anda. Tambah lagi, wanita yang kerap beronani boleh menjadi ketagih dan sukar untuk berhenti.

Ketagihan terhadap masturbasi boleh meretakkan hubungan antara suami dan isteri disebabkan oleh kecenderungan untuk melakukan masturbasi melebihi segalanya.

Selain itu, untuk pelajar pula, individu yang ketagih beronani lebih cenderung untuk mempunyai masalah untuk fokus ketika belajar.

Mereka yang mempunyai perubahan tingkah laku akibat ketagihan onani perlu berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan bantuan.

Masturbasi merupakan cara yang amat berkesan untuk mengurangkan stres. Namun, jika anda melakukannya dengan terlalu kerap, ia mungkin akan mengganggu hubungan, kerjaya dan nafsu seksual anda.

Bolehkah wanita beronani?

wanita beronani

Amalan masturbasi, walaupun tidak akan menyebabkan apa-apa implikasi dari segi kesihatan, ia mungkin akan mempengaruhi seseorang dari segi mental.

Wanita beronani secara keterlaluan bukan sahaja boleh membuatkan seseorang itu jadi ketagih, malah ia juga boleh memusnahkan keyakinan diri seseorang disebabkan rasa bersalah yang akan dirasai sejurus aktiviti masturbasi yang dilakukan berakhir.

Masturbasi tidak akan menjadi penyebab wanita mandul ataupun mempengaruhi aktiviti seksual seseorang.

Namun, wanita beronani dengan kerap mungkin akan mengalami rasa sakit pada bahagian klitoris. Oleh itu, hubungan seks antara suami isteri mungkin akan jadi menyakitkan.

Selain itu, individu yang ketagih beronani mungkin tidak akan mudah puas ketika di ranjang. Sukar untuk mereka mencapai orgasma kerana mereka sudah biasa ‘merangsang’ tempat yang spesifik ketika beronani.

Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa setiap perbuatan itu lebih baik dilakukan secara bersederhana. Elakkan daripada melakukan onani terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan ketagihan. Namun, perlakuan ini bukan penyebab wanita menjadi mandul. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Effects of Masturbation on Your Health. https://flo.health/menstrual-cycle/sex/masturbation/masturbation-effects. Accessed September 23, 2020.
  2. Female infertility. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/female-infertility/symptoms-causes/syc-20354308. Accessed September 23, 2020.
  3. Masturbation addiction: are you masturbating too much? https://www.netdoctor.co.uk/healthy-living/sex-life/a30726568/masturbation-addiction/. Accessed September 23, 2020.
  4. Is masturbation good for you? https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/sex/masturbation/masturbation-good-you. Accessed September 23, 2020.
  5. Is Masturbation Healthy? https://www.plannedparenthood.org/learn/sex-pleasure-and-sexual-dysfunction/masturbation/masturbation-healthy. Accessed September 23, 2020.
  6. Can Masturbation Affect Periods? https://kidshealth.org/en/teens/period-affected.html. Accessed September 23, 2020.

Versi Terbaru

20/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Lagi Kerap Onani, Lagi Rendah Tahap Testosteron Lelaki - Hipotesis Yang Benar?

Ini Fakta Yang Kaum Hawa Perlu Tahu Tentang Onani Wanita, No. 5 Itu Paling Penting!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan