Siapa sahaja yang tidak berasa teruja apabila ujian kehamilan (UPT) menunjukkan keputusan positif hamil bukan? Pun begitu, hati-hati ladies! Mungkin anda tidak sedar UPT positif sebab cyst yang sudah lama timbul di dalam ovari anda!
Siapa sahaja yang tidak berasa teruja apabila ujian kehamilan (UPT) menunjukkan keputusan positif hamil bukan? Pun begitu, hati-hati ladies! Mungkin anda tidak sedar UPT positif sebab cyst yang sudah lama timbul di dalam ovari anda!

Apa yang anda perlu lakukan sekiranya ini terjadi? Jangan panik dahulu! Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui penyebab UPT positif dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Menerima keputusan UPT samar kemudian negatif pada ujian kehamilan (UPT) sememangnya boleh menjadi pengalaman perit buat mereka yang sedang merancang kehamilan atau mengalami kesukaran untuk hamil.
Harapan yang menggunung untuk menyambut kelahiran bayi habis hancur musnah begitu sahaja. Malah, ditambah dengan ujian yang berat lagi apabila anda pula diduga dengan masalah UPT positif sebab cyst.
Buat anda yang sedang mengalami situasi UPT positif tapi kabur, banyakkan sabar. Mungkin belum ada rezeki lagi buat anda dan suami.
Untuk pengetahuan anda, penyebab UPT positif palsu pada ujian kehamilan (UPT) bukan sahaja berpunca dari cyst ovari, malah terdapat juga faktor lain yang boleh mempengaruhi sensitiviti kit kehamilan tersebut seperti yang berikut:
Namun begitu, bagaimana upt positif sebab cyst boleh terjadi?

Cyst ovari atau juga dikenali sebagai sista ovari ialah kantung yang berisi cecair atau tisu lain yang terbentuk pada ovari.
Ia kerap berlaku kepada wanita dan kadang kala mereka juga tidak menyedarinya kerana ia jarang menyebabkan kesakitan atau menunjukkan sebarang gejala.
Lazimnya, sista ovari akan hilang sendiri tanpa rawatan dalam beberapa bulan sahaja. Namun begitu, dalam kes tertentu ia mungkin boleh menyebabkan masalah dan memerlukan rawatan untuk sembuh.
Oleh itu, cara yang terbaik untuk melindungi diri anda daripada daripada kejadian UPT positif sebab cyst ovari adalah dengan mengenali simptom-simptom masalah tersebut.
Berikut merupakan tanda-tanda UPT positif sebab cyst ovari yang anda perlu tahu:

Pun begitu, mungkin terdapat simptom lain yang tidak disenaraikan seperti di atas. Oleh itu, anda disyorkan untuk segera berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai gejala tersebut untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kebanyakan sista ovari terbentuk kesan dari fungsi normal kitaran haid anda.
Ovari anda menumbuhkan sista kecil yang dipanggil folikel pada setiap bulan. Folikel ini menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan akan melepaskan telur apabila anda mengalami ovulasi.
Kadang kala, folikel bulanan ini akan terus berkembang dan ia dikenali sebagai sista berfungsi. Terdapat dua jenis sista berfungsi seperti yang berikut:
Walau bagaimanapun, ada sesetengah sista tidak berkaitan dengan kitaran normal haid anda. Sista tersebut adalah:

Untuk makluman anda, bukan semua sista bahaya ataupun boleh membawa maut. Kebiasaannya sista tidak akan memudaratkan si ibu atau bayi anda. Ini kerana, kadang kala sista itu akan berakhir dengan sendirinya.
Hanya 1 dalam 1000 wanita sahaja yang berisiko untuk mendapat kanser disebabkan pembetukan sista dalam ovari mereka.
Kebanyakan wanita juga tidak menyedari bahawa mereka mempunyai sista wanita sehinggalah mereka membuat ujian pemeriksaan ultrasound ataupun MRI.
Doktor akan membuat pemantauan yang ketat sekiranya UPT positif sebab cyst berlaku ketika anda sedang hamil.
Semasa pemeriksaan ultrasound, doktor akan melihat diameter sista tersebut sama ada ia kurang atau lebih dari 5 cm.
Pun begitu, doktor akan menunggu dalam tempoh lebih kurang empat minggu untuk melihat perubahan pada ketumbuhan tersebut bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sekiranya ukuran sista tersebut lebih besar daripada 5 cm, berkemungkinan besar doktor akan mengesyorkan anda untuk melakukan pembedahan selepas tempoh 16 minggu kehamilan bagi mengurangkan risiko keguguran.
Walaupun sista wanita tidak membahayakan anda, anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang tepat. Segeralah berjumpa dengan doktor juga bagi mengesahkan kehamilan anda supaya anda tidak berasa kecewa sekiranya anda mengalami UPT positif sebab cyst.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Ovarian Cysts. https://nchmd.org/health-library/articles/con-20314568/. Accessed on December 21, 2023.
Ovarian Cysts. https://utswmed.org/conditions-treatments/ovarian-cysts/. Accessed on December 21, 2023.
What Can Cause a False-Positive Pregnancy Test? https://pregnancyoptionsmiami.org/what-can-cause-a-false-positive-pregnancy-test/. Accessed on December 21, 2023.
Ovarian Cysts: What to Know and When to See the Doctor. https://unmhealth.org/stories/2023/02/ovarian-cysts-what-to-know-when-tosee-doctor.html. Accessed on December 21, 2023.
Ovarian Cysts and Pregnancy: Could A Cyst Stop Me from Having a Baby? https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/fertility-blog/2016/august/ovarian-cysts. Accessed on December 21, 2023.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor