Apabila bercakap mengenai hormon, kita pasti akan fikir tentang kesihatan sistem reproduktif. Oleh sebab itu, ramai wanita mencari makanan yang menyeimbangkan hormon terutamanya untuk mengawal masalah seperti isu kesuburan, stres, mood, selera makan dan juga kesihatan kita secara am.
Jika kita mengalami kekurangan hormon, badan mungkin akan mempunyai masalah untuk mengekalkan fungsi tertentu.
Malah, kekurangan hormon, walaupun sekejap, boleh menimbulkan masalah besar terhadap kesihatan tau!
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai makanan menyeimbangkan hormon wanita. Nak tahu lebih lanjut? Jom, teruskan pembacaan anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Makanan yang menyeimbangkan hormon wanita
Cara yang terbaik untuk menyeimbangkan hormon adalah melalui pemakanan.
Pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi yang lengkap hasil gabungan karbohidrat, protein dan lemak sihat merupakan langkah utama untuk mengatasi masalah hormon.
Di bawah, kami sertakan contoh makanan yang boleh anda amalkan untuk pastikan hormon kekal seimbang:
1. Ambil lemak sihat setiap hari
Lemak sihat seperti yang terkandung di dalam minyak sayuran, kekacang dan ikan amat penting untuk penghasilan hormon.
Untuk memastikan badan mempunyai hormon yang seimbang, kita memerlukan lemak baik dalam setiap pemakanan.
Antara makanan yang menyeimbangkan hormon serta mengandungi lemak sihat ialah:
- Minyak kelapa. Ia mengandungi asid laurik dan MCT yang sangat bermanfaat untuk penghasilan hormon. Malah, minyak kelapa juga baik untuk mereka yang ingin berdiet kerana ia mampu membakar lemak.
- Kuning telur. Kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, kuning telur merupakan antara makanan terbaik untuk wanita yang mempunyai masalah hormon.
- Kekacang. Walnut dan kacang Macadamia kaya dengan asid lemak omega-3 yang dapat mengurangkan keradangan.
Baca juga:
- Omega-3 Bukan Untuk Otak Saja, Tapi Juga Baik Untuk Jantung! Ini 8 Manfaat Minyak Ikan
- Mahu Snek Ringkas, Padat Dengan Nutrisi & Mudah Disedia? Kekacang Untuk Lebih Tenaga!
2. Tambah minyak biji rami (flaxseed) dalam pemakanan harian
Biji rami merupakan antara sumber fitoestrogen yang terbaik. Ia juga merupakan antara makanan yang menyeimbangkan hormon badan secara semula jadi, terutamanya hormon estrogen dalam badan.
Selain itu, anda juga boleh mengamalkan ‘seed cycling’. Melalui kaedah ini, anda perlu mengambil 4 jenis kekacang yang berbeza iaitu biji labu, bijan, bunga matahari dan rami.
Semua makanan ini kaya dengan zink dan selenium. Ia juga dapat memberikan manfaat kepada wanita yang mempunyai masalah kelenjar tiroid.
3. Tambah lebih banyak probiotik
Kebanyakan hormon dirembeskan di dalam perut. Oleh sebab itu, sebarang masalah pada sistem pencernaan boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Ada dua cara untuk memperkenalkan bakteria baik dalam badan. Pertama adalah melalui pengambilan probiotik. Cara kedua pula adalah daripada suplemen.
Makanan yang ditapai merupakan salah satu sumber probiotik semula jadi untuk badan.
Sebagai contoh, yogurt, miso, tempe, kimchi dan jeruk merupakan antara makanan yang boleh diambil untuk pastikan perut anda sentiasa sihat.
4. Minuman herba – antara makanan yang menyeimbangkan hormon terbaik
Organ hati kita menghasilkan banyak hormon. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan organ yang bertanggungjawab untuk mengkumuhkan bahan buangan dari darah.
Untuk memastikan hormon sentiasa seimbang, minuman herba yang bebas kafein mungkin dapat mempercepatkan proses detoks dan mengurangkan stres.
Selain itu, anda juga boleh ambil teh hijau! Minuman ini sangat terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan. Malah, ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan.
Teh hijau mengandungi theanine, sejenis bahan yang dapat mengurangkan penghasilan kortisol, sejenis hormon stres. Ia juga mempunyai antioksidan yang mengurangkan inflamasi dan juga risiko menghidap penyakit tertentu.
5. Amalkan diet pelangi dan pilih makanan yang menyeimbangkan hormon
Apa itu diet pelangi? Diet pelangi ialah sejenis pemakanan yang menggabungkan sayur dan buah-buahan berbeza warna.
Diet pelangi bukanlah perkara yang baharu. Namun, ia sangat popular. Setiap makanan dengan warna yang berbeza mengandungi nutrisi yang berbeza. Antioksidan yang terkandung di dalamnya juga dapat menyokong kesihatan dan melawan stres.
Sebagai contoh:
- Ungu – terung, kubis ungu, kismis
- Biru – beri biru
- Hijau – brokoli, kubis
- Kuning – lada benggali, saffron, avokado
- Merah – epal, plum, tembikai, ceri, strawberi, ubi bit
- Putih – pisang, cendawan, halia, kubis bunga
Jadi, jika anda ingin mengurangkan masalah hormon, cubalah langkah di atas. Namun, jika ia tidak berkesan, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ia mungkin berlaku disebabkan masalah kesihatan lain.
[embed-health-tool-ovulation]