backup og meta

Ada Masalah Haid Lambat? Ini Simptom & Puncanya

Ada Masalah Haid Lambat? Ini Simptom & Puncanya

Period lambat 2 minggu merupakan satu masalah yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan wanita. Punca period lambat atau haid lambat mungkin tidak diketahui kaum Hawa, namun ia boleh menjadi tanda penyakit yang anda mungkin tidak tahu.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan period lambat 1 minggu?

Haid atau period lambat 1 minggu adalah menstruasi yang tidak normal – sama ada lewat satu atau lebih kitaran haid.

Wanita yang lambat datang haid lebih daripada tiga kitaran berturut-turut mengalami kondisi yang dipanggil amenorea.

Kehamilan adalah punca period lambat yang paling biasa bagi keadaan ini.

Punca-punca period lambat lain termasuklah ada masalah dengan organ reproduktif atau dengan kelenjar yang membantu mengawal selia paras hormon.

Apabila punca haid lambat sebenar dirawat, selalunya wanita tersebut akan pulih seperti biasa.

Simptom

Apakah simptom datang haid lambat?

Tanda yang paling utama bagi kelewatan haid ialah ketiadaan darah haid.

Bergantung kepada punca period lambat, anda mungkin akan mengalami tanda dan simptom lain bersama dengan ketiadaan darah haid, seperti:

  • Susu keluar dari puting
  • Keguguran rambut
  • Sakit kepala
  • Perubahan pada penglihatan
  • Rambut dan bulu muka yang berlebihan
  • Kesakitan pada bahagian pelvis
  • Jerawat

Punca

Apakah punca period lambat yang paling utama?

Dalam kehidupan, punca period lambat disebabkan penyebab yang natural seperti:

Kebanyakan wanita mempunyai kitaran setiap 28 hari , bermula daripada kali pertama keluar darah haid sehinggalah menopaus.

Walau bagaimanapun, kitaran haid yang sihat boleh berbeza-beza antara 21-35 hari bagi setiap kitaran.

Sekiranya kitaran anda tidak berada di antara dua bilangan hari ini, ia boleh jadi disebabkan:

  • Stres antara penyebab period lambat 1 minggu
kitaran haid normal
Petua tradisional untuk melancarkan darah haid.

Stres boleh mengganggu paras hormon, mengubah rutin harian anda, dan menjejaskan bahagian otak (hipotalamus) yang bertanggungjawab mengawal selia kitaran haid anda.

Setelah masa berlalu, stres akan mendatangkan penyakit dan menambahkan atau mengurangkan berat badan, yang mana akan memberi impak kepada kitaran haid.

Cubalah praktikkan teknik menenangkan diri dan ubah gaya hidup anda.

Mengamalkan senaman juga boleh membantu untuk mengembalikan kitaran haid yang normal semula.

  • Berat badan yang rendah juga punca period lambat

Wanita yang mempunyai masalah pemakanan, seperti anoreksia atau bulimia boleh mengalami kelewatan haid.

Berat badan yang berada di bawah 10% daripada berat normal (berat yang sesuai dengan ketinggian anda) boleh mengubah cara tubuh anda berfungsi dan menghentikan proses ovulasi.

Mendapatkan rawatan untuk masalah pemakanan dan mengawal berat badan anda boleh mengembalikan kitaran haid yang normal semula.

  • Obesiti menyebabkan period lambat 2 minggu

Berat badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan pada hormon, sama seperti apabila berat badan anda berkurangan.

Doktor anda akan mengesyorkan pelan diet dan senaman sekiranya didapati masalah anda berpunca daripada obesiti/berat badan berlebihan.

  • Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) salah satu penyebab period lambat 1 minggu

Sindrom Ovari Polisistik adalah kondisi yang menyebabkan tubuh seorang wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki (androgen).

Sista yang terhasil pada ovari adalah kesan ketidakseimbangan hormon. Ini akan membuatkan ovulasi tidak sekata atau berhenti terus.

Hormon-hormon lain seperti insulin juga menjadi tidak seimbang  kerana terjadinya kerintangan insulin yang selalunya berlaku bersama dengan PCOS.

Rawatan untuk PCOS berfokus untuk melegakan simptom. Doktor mungkin akan memberi pil pencegah kehamilan atau ubat-ubatan lain untuk mengawal selia kitaran anda.  

  • Perancang kehamilan

Anda mungkin mengalami perubahan pada kitaran haid apabila anda menggunakan pil pencegah kehamilan secara tidak tetap.

Pil ini mengandungi hormon estrogen dan progestin yang menghalang ovari daripada melepaskan telur.

Ia boleh mengambil masa sehingga 6 bulan untuk kitaran anda kembali normal selepas berhenti daripada mengambil pil ini.

Alat pencegah kehamilan yang lain yang menggunakan implan dan suntikan juga boleh menyebabkan kelewatan haid.

  • Penyakit kronik

Penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit seliak juga boleh menjejaskan kitaran haid.

Perubahan pada kandungan gula dalam darah berkait dengan perubahan hormon, jadi, diabetes yang tak terkawal boleh menyebabkan haid yang tidak tetap.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko punca period lambat?

Faktor yang boleh meningkatkan risiko anda termasuklah:

  • Sejarah keluarga

Sekiranya ada wanita dalam kalangan keluarga anda mengalami kelewatan haid, ke

mungkinan anda juga boleh mewarisi masalah yang sama.

  • Masalah pemakanan

Sekiranya anda mempunyai masalah pemakanan, seperti anoreksia dan bulimia, anda berisiko tinggi untuk mengalami kelewatan haid.

punca period lambat
Cara mengatasi period datang lambat.

Diagnosis dan rawatan

Bagaimana kelewatan haid didiagnosis?

Sewaktu temu janji, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis untuk memeriksa sebarang permasalahan dengan organ reproduktif anda.

Sekiranya anda sememangnya tidak pernah datang haid sebelum ini, doktor akan memeriksa buah dada dan alat sulit anda untuk melihat perubahan yang biasanya berlaku pada wanita  yang sudah akil baligh.

  • Ujian makmal

Pelbagai ujian darah mungkin diperlukan, termasuklah:

  • Ujian pengimejan

Bergantung kepada tanda dan simptom anda – dan keputusan mana-mana ujian darah yang diambil- doktor akan menyarankan satu atau lebih ujian pengimejan termasuklah:

  • Ultrabunyi

Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej organ dalaman.

Sekiranya anda tidak pernah mengalami haid, doktor akan menyarankan ultrabunyi untuk memeriksa sebarang perkara luar biasa dalam organ reproduktif anda.

  • Imbasan CT

Imbasan CT menggabungkan imej-imej sinar-X yang diambil dari sudut berbeza untuk menghasilkan keratan rentas organ dalaman anda.

Imbasan CT boleh menunjukkan sama ada rahim, ovari dan ginjal kelihatan normal atau tidak.

  • Pengimejan resonans magnetik (MRI)

MRI menggunakan gelombang radio dengan medan magnetik yang kuat untuk menghasilkan imej tisu lembut dengan sangat teliti.

Doktor mungkin akan melakukan MRI untuk memeriksa ketumbuhan pada pituitari

Bagaimana pula cara mengatasi period lambat?

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh dilakukan ke atas punca period lambat?

cara cepatkan period
5 Kaedah natural untuk cepatkan haid.

Faktor gaya hidup seperti terlalu banyak bersenam atau makan terlalu sedikit boleh menjadi punca period lambat, jadi, berusahalah untuk mengimbangkan antara kerja, rekreasi dan rehat.

Carilah perkara yang membuat anda stres atau konflik dalam kehidupan merupakan antara cara mengatasi period lambat.

Sekiranya anda tidak mampu mengurangkan stres sendiri, mintalah tolong kepada ahli keluarga, kawan dan doktor anda.

Kesimpulan

Jika anda mempunyai apa-apa soalan, silalah berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian yang terbaik buat diri anda.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Abnormal Menstruation (Periods). https://my.clevelandclinic.org/health/articles/abnormal-menstruation. Accessed May 19, 2022.
  2. Amenorrhea. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/amenorrhea/basics/causes/con-20031561. Accessed May 19, 2022.
  3. What causes menstrual irregularities? http://www.nichd.nih.gov/health/topics/menstruation/conditioninfo/pages/causes.aspx. Accessed May 19, 2022.
  4. Irregular Periods. http://kidshealth.org/teen/sexual_health/girls/irregular_periods.html. Accessed May 19, 2022.
  5. Irregular Periods: Why Is My Period Late? https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/womens-health/2020/november/irregular-periods-why-is-my-period-late. Accessed May 19, 2022.

Versi Terbaru

02/09/2024

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Kaum Hawa, Ini 5 Punca Tak Normal Jika Keluar Darah Haid Berketul!

Haid Dua Kali Sebulan? Ini 4 Punca Paling Lazim Berlaku Pada Wanita


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 02/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan