backup og meta

Faraj Membengkak? Apakah Penyebabnya? Ini 10 Punca Yang Boleh Dikenal Pasti!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 22/06/2022

    Faraj Membengkak? Apakah Penyebabnya? Ini 10 Punca Yang Boleh Dikenal Pasti!

    Faraj bengkak boleh mengundang ketidakselesaan dan kebimbangan, namun ia jarang menjadi indikasi kepada masalah perubatan.

    Individu dengan vagina bengkak sering menganggap mereka mempunyai jangkitan yis, tetapi itu hanyalah salah satu daripada banyak kemungkinan.

    Pembengkakan vagina boleh dipicu oleh alahan, jangkitan kelamin (STD), sista, atau hubungan seksual secara kasar.

    Ikuti kupasan ini untuk ketahui punca-punca di sebalik faraj bengkak, jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Vagina bengkak, perlukah anda risau?

    Pembengkakan faraj boleh berlaku dari semasa ke semasa, dan kebiasaannya ia tidak perlu dirisaukan.

    Haid, kehamilan dan hubungan seks boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan faraj, termasuk bibir faraj (labia).

    Kadangkala, pembengkakan mungkin disebabkan oleh kondisi, penyakit, atau gangguan tertentu yang lain.

    Dalam kes ini, adalah penting untuk memahami punca pembengkakan dan apa yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.

    Punca-punca faraj bengkak

    Berikut adalah 10 jenis punca yang berupaya menyumbang kepada pembengkakan faraj, antaranya merangkumi:

    #1 Kerengsaan daripada perkara yang mempengaruhi faraj secara tidak langsung

    Untuk makluman, bahan kimia yang terkandung dalam produk rumah seperti pencuci pakaian dan sabun badan berupaya merengsakan kulit faraj, vulva, dan labia yang sensitif.

    Sekiranya anda bertukar ke produk baharu atau mengalami kepekaan terhadapnya, kalian mungkin bakal alami kebengkakan, kegatalan, dan sensasi terbakar di sekitar faraj.

    #2 Kerengsaan daripada perkara yang mempengaruhi faraj secara langsung

    Barangan yang digunakan secara langsung di dalam atau di sekitar faraj anda juga boleh merengsakan tisu dan menyebabkan kegatalan, kerengsaan dan pembengkakan.

    Ini termasuk produk pencuci wanita seperti:

    • Mencuci dan meruang
    • Pelincir
    • Kondom lateks
    • Krim
    • Tampon

    #3 Persetubuhan secara kasar atau trauma faraj lain

    Jika faraj tidak dilincirkan dengan betul semasa hubungan seksual, geseran boleh menyebabkan ketidakselesaan ketika bersenggama, dan masalah akan mula timbul.

    Bukan itu sahaja, trauma daripada kesan serangan seksual turut boleh menyebabkan faraj bengkak, sakit dan merengsa!

    #4 Vaginosis bakteria

    faraj bengkak

    Kepentingan mempunyai keseimbangan bakteria yang baik bertujuan untuk melindungi persekitaran faraj dan mengawasi bakteria ‘jahat’ dan organisma lain agar tidak menjejaskan kesihatan Miss V.

    Kadangkala, bakteria jahat tumbuh dengan kadar yang terlalu cepat dan melebihi bakteria baik. Hal ini boleh memicu gejala vaginosis bakteria (BV).

    Selain vagina bengkak, anda mungkin turut alami:

    • Kegatalan
    • Sensasi terbakar di sekitar faraj
    • Keputihan berbau hanyir

    BV adalah jangkitan faraj bengkak yang paling kerap menimpa wanita berumur 15 hingga 44 tahun, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

    Malang, hingga kini masih tidak jelas punca pembentukan BV, tetapi ia banyak berlaku dalam kalangan wanita yang aktif secara seksual.

    Pun begitu, mereka yang tidak pernah melakukan hubungan seks juga masih punyai risiko mengalaminya.

    #5 Jangkitan kulat

    Jangkitan kulat berlaku apabila satu atau lebih spesies kulat Candida (Candida albicans) tumbuh melebihi jumlah normal di dalam faraj.

    Tambah lagi, 3 daripada 4 wanita mengalami sekurang-kurangnya 1 jangkitan kulat sepanjang hayat mereka.

    Selain pembengkakan, jangkitan yis juga boleh mengakibatkan:

    • Ketidakselesaan
    • Kemerahan
    • Rasa sakit semasa kencing
    • Hubungan seksual yang tidak selesa
    • Keputihan seakan keju kotej
    • Sensasi terbakar di sekitar faraj

    #6 Radang serviks

    Radang serviks, juga digelar sebagai cervicitis, sering disebabkan oleh jangkitan penyakit kelamin (STD).

    Ia biasanya disebabkan oleh STD seperti:

    • Gonorea
    • Klamidia
    • Herpes genital

    Walau bagaimanapun, tidak semua individu yang menghidap radang serviks mempunyai STD atau jenis jangkitan yang lain.

    Sesetengah wanita mungkin menderita cervicitis dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

    Tetapi selain pembengkakan, radang serviks juga boleh akibatkan:

    • Sakit pelvik
    • Keputihan berdarah atau berwarna kuning
    • Spotting antara haid

    #7 Herpes genital

    Herpes genital, yang disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV), adalah salah satu jenis STD yang paling kerap berlaku di Amerika Syarikat.

    Menurut CDC, jangkitan HSV terdapat 1 daripada setiap 6 orang yang berumur antara 14 hingga 49 tahun.

    Pada mereka yang dijangkiti, herpes genital menyebabkan lepuh dan ulser kemaluan yang menyakitkan!

    Lepuh ini cenderung pecah, dan boleh mengeluarkan cecair jernih. Setelah pecah, tompokan akan berubah menjadi luka menyakitkan, yang mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 1 minggu untuk sembuh.

    Selain faraj bengkak, kalian mungkin juga bakal mengalami:

    • Kesakitan
    • Demam
    • Sakit badan

    #8 Kehamilan

    faraj bengkak

    Seperti yang kalian sedia maklum, kehamilan boleh menyebabkan banyak perubahan pada tubuh wanita termasuklah faraj bengkak.

    Dalam proses pertumbuhan janin, tekanan pada pelvis berupaya menyebabkan darah mengumpul, dan cairan lain mungkin tidak dapat mengering dengan baik.

    Perkara ini boleh memicu pembengkakan, kesakitan dan ketidakselesaan pada faraj.

    #9 Sista atau abscesses saluran Gartner

    Saluran Gartner merujuk kepada sisa-sisa saluran faraj yang terbentuk pada janin. Saluran ini biasanya menghilang selepas kelahiran.

    Walau bagaimanapun, jika sisa-sisa tersebut kekal, ia boleh melekat pada dinding faraj dan sista boleh terbentuk.

    Pun begitu, sista ini tidak perlu dibimbangkan kecuali jika tumbuh dan menyebabkan kesakitan atau dijangkiti.

    Selain itu, sista yang dijangkiti pula boleh membentuk abscesses!

    #10 Sista atau abscesses Bartholin

    Kelenjar Bartholin terletak di kedua sisi bukaan faraj. Kelenjar ini juga bertanggungjawab menghasilkan lendiran pelincir untuk faraj.

    Kadangkala, kelenjar ini boleh dijangkiti, dipenuhi nanah, dan membentuk abscesses.

    Selain pembengkakan faraj, sista atau abscesses turut boleh menimbulkan rasa:

    • Sakit
    • Sensasi terbakar
    • Rasa tidak selesa
    • Pendarahan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 22/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan