backup og meta

Ada Masalah Nak Bagi Badan Naik? Ini 4 Cara Menaikkan Berat Wanita!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2022

    Ada Masalah Nak Bagi Badan Naik? Ini 4 Cara Menaikkan Berat Wanita!

    Kaum Hawa yang mungkin sangat kurus pasti akan cari cara menaikkan berat badan wanita agar dapat jadi lebih cantik dan sihat. Namun, ia juga bukan perkara yang mudah.

    Dalam pada itu juga, wanita yang terlalu kurus dikaitkan dengan pelbagai efek dan kesan negatif bukan sahaja pada aspek kecantikan malahan kesihatan tubuh badan mereka.

    Persoalannya, apa dan bagaimana cara menaikkan berat badan wanita? Jom terus baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Bahaya tubuh badan wanita yang terlalu kurus!

    Kita semua sering dimomokkan dengan idea bahawa wanita itu perlu tubuh badan yang langsing, ramping dan kurus agar mereka dapat tampil lebih menarik lagi menawan.

    cara menaikkan berat badan wanita

    Padahal, wujud banyak bahaya tubuh badan wanita yang terlalu kurus dan contohnya seperti berikut:

    Kitaran haid yang tidak teratur

    Wanita yang kurang berat badan cenderung untuk mengalami kitaran haid yang tidak teratur sama ada terlalu lambat, terlalu cepat atau bahkan tidak hadir pada bulan tertentu.

    Kesukaran untuk hamil

    Disebabkan oleh gangguan kitaran haid itu tadi, ia mungkin akan menjejaskan kesuburan sekali gus menyebabkan kemandulan. Kesannya, wanita jadi sukar untuk mengandung.

    Jika mereka berjaya untuk hamil sekalipun, terlalu kurus akan buat kehamilan mereka itu wujud banyak masalah. Ini cara untuk tahu berat badan ideal anda.

    Kelahiran bayi pramatang

    Sekiranya bayi lahir dari ibu yang kurang berat badan, maka risiko untuk mereka lahir pramatang adalah lebih tinggi menurut International Journal of Obstretics & Gynecology.

    Menurut kajian yang sama, wanita mengandung yang terlalu kurus dijangka akan bersalin sebelum tempoh 37 minggu dan kesannya maka bayi mungkin akan lahir pramatang.

    Risiko pelbagai penyakit pada wanita

    Sebenarnya, individu yang terlalu kurus tidak kira wanita atau lelaki lebih tinggi risiko mengalami pelbagai penyakit termasuk osteoporosis, anemia dan lain-lain kondisi lagi.

    Bukan itu sahaja, mereka yang kurang berat badan juga mungkin lebih terdedah kepada masalah pada gigi, rambut dan kulit yang sudah pasti akan menjejaskan para wanita.

    Kerap rasa penat dan letih

    Berpunca akibat kurang nutrisi di dalam aspek diet pemakanan, maka individu mungkin akan kurang mendapat sumber tenaga lantas jadi punca kerap rasa penat dan letih.

    Kesannya, para wanita besi yang bekerja dan bekerjaya mungkin akan jadi kurang produktif di dalam bidang pekerjaan mereka dan ini adalah satu isu yang bukan kecil.

    Ini dia cara menaikkan berat badan wanita!

    Dalam usaha untuk mengelakkan isu yang kami nyatakan di atas tadi, maka kita semua perlu tahu cara menaikkan berat badan wanita dan ia bukan satu perkara yang mudah.

    Berikut adalah antara cara menaikkan berat badan wanita yang mungkin boleh kita semua cuba:

    #1. Amalkan diet sihat dan seimbang

    cara menaikkan berat badan wanita

    Tiada cara yang lebih penting dalam usaha individu untuk menaikkan berat badan melainkan dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Itu kunci paling utama.

    Jadi, sila ikut nasihat daripada doktor atau pakar diet sama ada anda perlu tambah kalori, protein, karbohidrat atau lemak. Cuma, pastikan ia kekal di paras sihat lagi selamat.

    Cara menaikkan berat badan wanita #2. Minum susu dengan lebih banyak

    Sebenarnya bukan sahaja makanan yang anda perlu ambil perhatian, tetapi juga minuman. Ini kerana minuman juga turut sama bakal beri kesan kepada berat badan anda.

    Susu sama ada dari hasil haiwan seperti lembu dan kambing atau dari hasil tumbuhan seperti kacang soya adalah minuman yang tinggi potensi untuk wanita jadi lebih gemuk.

    #3. Ambil ubat atau suplemen tambahan

    Sebagai tambahan kepada diet anda, wanita juga mungkin perlu untuk ambil ubat atau suplemen tambahan yang mengandungi nutrien penting seperti protein dan lain-lain.

    Disebabkan lambakan ubat atau suplemen gemuk di pasaran yang mungkin merupakan produk palsu atau tipu, maka anda sangat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum beli dan guna.

    #4. Buat aktiviti fizikal sesuai untuk wanita

    cara menaikkan berat badan wanita

    Sebagai wanita yang sinonim dengan sifat lembut atau lemah, ramai kaum Hawa yang sering kata tidak untuk melakukan aktiviti fizikal sama ada di gimnasium atau di rumah.

    Sedangkan, senaman itu sangat penting di dalam usaha individu untuk membina otot, membuang lemak serta menyihatkan tubuh badan. Maka, tukar persepsi anda tentangnya.

    Konklusinya, wanita itu tidak begitu cantik dan sihat jika kurus sangat. Jadi, jom ubah mindset anda sekarang juga!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan