Secara tradisional, manfaat Kacip Fatimah adalah untuk kesihatan wanita seperti mereka yang mengalami masalah sistem pembiakan (reproduktif), masalah seksual, tekanan dan sembelit.
Secara tradisional, manfaat Kacip Fatimah adalah untuk kesihatan wanita seperti mereka yang mengalami masalah sistem pembiakan (reproduktif), masalah seksual, tekanan dan sembelit.

Di pasaran, ia biasanya diproses dalam pelbagai bentuk seperti minuman, kapsul dan serbuk. Ingin tahu khasiat dan manfaat Kacip Fatimah? Baca selanjutnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Pil Kacip Fatimah menguatkan sistem reproduktif wanita dan digunakan sebagai bantuan mengetatkan faraj.
Fitoestrogen (phytoestrogen) pada Kacip Fatimah menyembuhkan saluran pembiakan, dinding faraj dan tisu faraj.
Ia menjadikannya lebih kuat dan ketat.
Ekstrak Kacip Fatimah boleh menyembuhkan tisu faraj terutama selepas bersalin.
Wanita biasanya akan mengalami kesakitan dan dinding faraj lebih luas selepas melahirkan anak.
Jadi, khasiat Kacip Fatimah boleh membantu menyempitkan dinding faraj selepas bersalin, menyembuhkan otot perut dan menguatkan saluran faraj.
Selain itu, tumbuhan ini juga boleh menyebabkan fungsi seksual bertambah baik.
Ia meningkatkan testosteron yang menaikkan libido wanita dan juga seks wanita secara semula jadi.

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan perubahan mood, kekeringan faraj, perimenopaus dan masalah menopaus akibat kekurangan estrogen.
Estrogen adalah hormon seks wanita yang mana menyumbang kepada mengekalkan kitaran haid, mengelakkan masalah menopaus dan gejala menopaus.
Keseimbangan hormon estrogen adalah penting bagi sistem pembiakan wanita.
Kacip Fatimah adalah sejenis herba semula jadi yang meningkatkan seks dan suplemen hormon yang baik untuk wanita.
Kacip Fatimah mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tinggi membantu merangsang tindak balas sistem imun di dalam badan.
Sistem imun dipertingkatkan dan dilindungi daripada penyakit.
Kacip Fatimah juga adalah herba antiradang yang menyebabkan tumor dan membunuh sel-sel tumor.
Khasiatnya buat wanita, ia dapat menghalang jangkitan dan membunuh bakteria faraj.
Kacip Fatimah mengurangkan tahap kolesterol tambahan dalam badan dan lemak yang disimpan di dalam arteri.
Ia mengurangkan trigliserida yang merupakan bahan lemak dalam tubuh dan melindungi daripada penyakit jantung.

Manfaat Kacip Fatimah juga digunakan sebagai makanan tambahan tekanan untuk mengelakkan simptom menopaus seperti:
Peningkatan rembesan hormon estrogen membantu mencegah penyakit reproduktif wanita dan kemurungan.
Ramai wanita yang minum kacip fatimah ketika haid namun tidak tahu jika cara penggunaan kacip fatimah ini adalah betul atau tidak.
Sebenarnya, anda boleh ambil minuman ini pada bila-bila masa sahaja tidak kira sama ada ketika period atau tidak. Namun, dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor juga ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
11/06/2024
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin