brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Anak Dara Kena Lakukan Ujian Pap Smear @ Tak? Ini Jawapan Soalan Tersebut!

Ujian Papsmear dilakukan bagi mengesan jangkitan virus human papillomavirus (HPV) yang tersebar melalui hubungan intim atau seksual. Jadi perlu ke wanita masih dara yang belum pernah melakukan hubungan seks, menjalani ujian ini?

Anak Dara Kena Lakukan Ujian Pap Smear @ Tak? Ini Jawapan Soalan Tersebut!

Nak tahu jawapannya? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Perlu ke anak dara jalani ujian Papsmear?

Ujian Papanicolaou atau lebih mudah dikenali sebagai ujian Pap atau Pap smear dilakukan bertujuan mengesan perubahan sel atau sel abnormal pada serviks yang berisiko tinggi untuk kanser kesan jangkitan virus HPV.

Sebelum ini ujian Pap disarankan kepada individu wanita selepas 3 tahun aktif secara seksual atau bermula pada usia 21 tahun – yang mana dahulu.

Bagaimanapun United States Preventive Services Task Force (USPSTF) menyarankan ujian ini dilakukan tanpa mengira sejarah seksual sama ada masih dara atau tidak.

Jika anda tidak pernah melakukan apa-apa jenis hubungan seksual, risiko untuk menghidap HPV tiada. Walau bagaimanapun, ia tidak mustahil untuk berlaku kerana terdapat pelbagai jenis hubungan seksual lain yang boleh merebakkan HPV.

ujian papsmear

Bergelar dara amnya merujuk kepada situasi tidak melakukan hubungan seks melibatkan penetrasi. Tetapi tidak bermakna anda tidak aktif secara seksual.

Ini kerana aktiviti seksual lain seperti menggosok kemaluan atau berkongsi mainan seks dengan pasangan juga meningkatkan potensi untuk dijangkiti HPV.

Adakah ujian Papsmear menyakitkan buat individu masih dara?

Realitinya ujian Pap boleh menyakitkan sama ada anak dara atau tidak. Biasanya ia tidak menyakitkan jika keadaan diri seperti sepatutnya secara fizikal dan anda tidak mengalami sakit faraj atau jangkitan. Tetapi ujian ini mendatangkan rasa tidak selesa.

Mungkin ia mempunyai kaitan dengan cara doktor atau jururawat yang melakukan ujian atau sama ada anda berada dalam keadaan cemas dan mengetatkan otot faraj secara tidak sengaja.

Bagi mereka yang masih dara, ujian Papsmear mungkin menyakitkan sedikit apabila spekulum terbuka di dalam faraj – merupakan sensasi yang tidak biasa dialami. Namun rasa sakit itu biasanya masih boleh dihadapi.

Perkara penting harus diingat adalah pemeriksaan itu hanya sekejap dan anda perlu kekal tenang – berbual dengan doktor atau jururawat sepanjang prosedur mungkin cara terbaik untuk mengalihkan perhatian.

Pelaksanaan ujian Papsmear

Persediaan diri 

Untuk memastikan ujian Pap berkesan, ikuti petua ini:

  • Elakkan persetubuhan, meruang atau douch, menggunakan sebarang ubat faraj atau buih spermicidal, krim atau gel selama 2 hari sebelum ujian – jika wujud sel abnormal ia tidak terjejas
  • Cuba untuk tidak melakukan ujian Pap semasa pendarahan haid

Bagaimana ujian Papsmear dilakukan?

Ujian saringan serviks ini direka untuk mengumpul sel daripada serviks – hujung bawah rahim. Sel tersebut kemudiannya dianalisis dalam makmal untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang sel tidak normal dan menentukan kemungkinan mengembangkan kanser.

Untuk mengumpul sel, doktor perlu memasukkan spekulum – alat berbentuk paruh itik yang akan dibuka secara beransur-ansur setelah dimasukkan ke dalam faraj untuk memberi akses ke serviks.

Kemudiannya, swab atau sapuan pada bahagian serviks akan diambil – seperti dinyatakan pada awal tadi sama ada untuk wanita masih dara atau tidak, ujian ini biasanya akan menyebabkan wujudnya sedikit sensasi yang tidak menyelesakan.

ujian papsmear

Selepas ujian Pap

Selepas ujian Papsmear, anda boleh menjalani rutin harian tanpa sekatan.

Sampel akan dihantar untuk pemeriksaan untuk menilai sama ada terdapat virus HPV berisiko tinggi atau tidak. Jika tiada, anda tidak perlu melakukan sebarang ujian lanjut dan hanya perlu melakukan pemeriksaan Pap smear dalam beberapa tahun kemudian.

Sebaliknya, andai terdapat strain HPV berisiko tinggi, sampel akan diperiksa untuk perubaha selular dan rawatan mungkin diperlukan. 

ujian papsmear

Kekerapan melakukan ujian Pap

Doktor akan mengesyorkan mengulangi ujian Papsmear ini setiap 3 tahun untuk wanita berusia 21-65 tahun. 

Wanita berusia 30 tahun ke atas boleh mempertimbangkan ujian Pap setiap 5 tahun sekali jika prosedur itu digabungkan dengan ujian HPV, atau mereka mungkin mempertimbangkan ujian HPV dan bukannya ujian Pap.

Jika anda mempunyai faktor risiko tertentu, doktor mungkin akan menyarankan pemeriksaan Pap lebih kerap, tanpa mengira usia. Faktor risiko ini termasuklah:

  • Didiangnos kanser serviks atau Pap smear yang menunjukkan sel prakanser
  • Pendedahan kepada diethylstilbestrol (DES) sebelum lahir
  • Jangkitan HIV
  • Sistem imun lemah akibat prosedur pemindahan organ, kemoterapi atau penggunaan kortikosteroid kornik
  • Sejarah merokok

Anda dan doktor boleh berbincang manfaat dan risiko Pap smear dan memutuskan apa yang terbaik berdasarkan faktor risiko anda.

Secara kesimpulannya, ujian Papsmear boleh mewujudkan sedikit rasa kesakitan jika anda masih dara, tetapi ia akan lebih kepada rasa ketidakselesaan yang masih boleh ditanggung.

Kebanyakan wanita menganggap ujian ini sebagai sesuatu yang boleh dihadapi dan lama-kelamaan, anda akan dapat membiasakan diri dengannya.

Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada Semalam