Pernahkah anda alami kesukaran untuk tidur disebabkan senggugut? Dah macam-macam posisi baring ketika senggugut dicuba, namun semuanya tidak berkesan. Kami pasti, ramai wanita yang bergelut dengan masalah period pain.
Sebenarnya, ada banyak cara baring ketika senggugut yang mungkin dapat mengurangkan kesakitan yang anda alami. Menurut pakar, haid boleh menyebabkan wanita sukar tidur malam. Walau bagaimanapun, ada banyak cara untuk mengatasinya.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai 3 posisi tidur ketika senggugut yang boleh anda cuba praktikkan untuk kurangkan period pain.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
3 posisi baring ketika senggugut
Hampir 80% wanita mengakui mereka mengalami simptom ketika haid. Namun, bukan semuanya mengalami masalah tidur disebabkan period.
Walau bagaimanapun, 3% wanita mengalami kondisi yang lebih serius, turut dikenali sebagai premenstrual dysphoric disorder (PMDD).
Antara simptom PMDD ialah insomnia atau hipersomnia (terlalu banyak tidur). Malah, ada juga yang alami simptom lain seperti berpeluh pada waktu malam sehingga tidak boleh tidur malam.
Mari lihat antara posisi baring ketika senggugut yang terbaik untuk mengelakkan masalah period pain:
1. Posisi fetus
Posisi fetus merupakan antara posisi baring yang paling selesa untuk wanita senggugut.
Walaupun tidak ada sebarang bukti saintifik yang dapat menyokong kenyataan ini, namun ramai wanita yang bersetuju tidur dengan cara ini dapat mengurangkan period pain.
Bagaimana hendak berbaring dalam posisi fetus? Pertama sekali, berbaring secara mengiring. Kemudian, rapatkan lutut ke dada.
Walau bagaimanapun, posisi ini mungkin akan mendatangkan ketidakselesaan kepada sesetengah wanita. Sekiranya posisi ini menyebabkan kesakitan, anda bebas berbaring mengikut keselesaan anda.
Posisi baring ketika senggugut 2: Tidur terlentang
Tidur terlentang ketika haid, ya atau tidak?
Percaya atau tidak, ada wanita yang sukakan posisi ini kerana ia boleh membuatkan mereka tidur lebih lena pada waktu malam!
Tidur dalam posisi ini tidak akan menekan uterus. Jadi, anda kurang berisiko untuk mengalami senggugut. Walau bagaimanapun, ada wanita yang mendapati posisi ini membuatkan anda lebih mudah alami kebocoran!
Jika anda suka tidur dalam posisi menelentang, pastikan anda lapik tempat tidur dengan kain batik atau pakai tuala wanita khas untuk tidur malam bagi mengelakkan kebocoran.
Anda juga boleh letakkan bantal atau bantal peluk di bawah lutut untuk lebih keselesaan.
Posisi baring ketika senggugut 3: Posisi pemulihan
Cuba baring secara mengiring. Kemudian, luruskan kaki di bawah. Bengkokkan pula kaki di atas merapat ke perut.
Posisi ini seakan-akan sama dengan posisi fetus, namun ia dapat meningkatkan keupayaan anda untuk bernafas.
Posisi ini sering digunakan oleh petugas kecemasan untuk membantu pesakit bernafas dengan lebih baik ketika menunggu bantuan tiba.
Nampak ekstrem bukan? Namun, posisi ini adalah antara cara tidur yang terbaik untuk wanita yang mengalami pendarahan berat ketika haid.
Disebabkan anda boleh bernafas dengan lebih mudah, besar kemungkinan anda boleh tidur dengan lebih lena pada waktu malam!
Baca juga:
- Darah Haid Banyak Dan Berketul? Ini Sebab Anda Ambil 5 Makanan Ini Masa Period
- Sakit Perut Senggugut Di Pejabat? Ini 6 Cara Untuk Kawal Selain Ambil Ubat!
Tip untuk tidur lena ketika haid
Berita baiknya, wanita boleh lakukan pelbagai perkara untuk elakkan masalah tidur ketika haid. Antara tip yang mungkin berkesan selain pastikan cara atau posisi baring ketika senggugut lebih selesa ialah:
- Letakkan pek panas atas perut. Pek panas atau kain yang hangat dapat mengurangkan senggugut. Sebelum tidur, letakkan pek panas di atas perut untuk tidur dengan lebih lena.
- Pastikan anda kurangkan stres sebelum tidur. Cuba pasang muzik atau white noise ketika tidur. Anda juga boleh mandi air hangat menggunakan sabun kegemaran anda.
- Rendahkan suhu bilik. Sekiranya anda mempunyai pendingin hawa, cuba kekalkan suhu bilik di sekitar 20 darjah selsius.
- Jangan main telefon sebelum tidur. Selain itu, tidur pada waktu yang sama setiap hari dan jadikannya sebagai rutin.
- Simpan diari tidur. Jika masalah tidur anda berkait rapat dengan haid, anda boleh kesan bila simptom akan mula mengganggu tidur. Simpan diari untuk kenal pasti bila anda mula tidak boleh tidur malam.
[embed-health-tool-ovulation]