brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Kenapa Darah Haid Saya Berketul-Ketul? Perkara Ini Normal Kecuali....

Kenapa Darah Haid Saya Berketul-Ketul? Perkara Ini Normal Kecuali....

Terkejut tengok darah haid berketul-ketul? Anda tidak keseorangan. Kenapa darah haid berketul? Jawapan ringkasnya, apabila aliran darah terlalu laju, rahim tidak sempat memecahkan darah itu, lalu ia menggumpal. Ketulan kecil biasanya normal tetapi ketulan besar atau banyak boleh menjadi petanda masalah lain. Tetapi, apakah cara untuk mengatasi darah haid berketul? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Adakah normal darah haid berketul?

Ya, selalunya normal, terutamanya pada hari-hari awal haid ketika aliran paling lebat.

Ketulan kecil yang lebih kurang saiz biji kacang atau lebih kecil daripada syiling 50 sen (kira-kira 2.5 cm) adalah ketulan yang tidak membimbangkan.

Mengenai warna haid pun anda tidak perlu risau, ia berwarna merah gelap atau merah tua kerana darah sudah lama berada dalam rahim.

Punca darah haid berketul

Ada 4 punca biasa kenapa darah haid berketul

  • Aliran haid berlebihan pada hari pertama atau kedua
  • Ketidakseimbangan hormon, menyebabkan lapisan rahim menebal dan lebih banyak darah keluar
  • Perimenopaus, apabila hormon mula berubah dan haid menjadi tidak menentu
  • Selepas bersalin, ketika rahim masih pulih

4 Punca perubatan kenapa darah haid berketul

  • Fibroid rahim, ketumbuhan bukan barah dalam atau pada dinding rahim
  • Polip endometrium, ketumbuhan kecil pada lapisan rahim
  • Adenomiosis dan endometriosis, apabila tisu rahim tumbuh pada tempat yang tidak sepatutnya
  • Sindrom ovari polikistik (PCOS), yang mengganggu ovulasi dan kitaran haid
  • Keguguran awal, terutamanya jika haid lewat kemudian datang dengan pendarahan banyak dan sakit
  • Gangguan pembekuan darah dan masalah tiroid
  • Alat dalam rahim (IUD), yang kadangkala menyebabkan haid berlebihan

Bila darah haid berketul tidak normal?

kenapa darah haid berketul
Contoh darah berketul pada tuala wanita.

Adakah normal jika darah haid berketul seperti hati ayam? Kenali tanda-tanda period tidak normal di bawah:

  • Ketulan lebih besar daripada syiling 50 sen
  • Perlu menukar pad atau tampon setiap sejam hingga dua jam selama beberapa jam berturut-turut
  • Haid berlarutan lebih 7 hari
  • Sakit perut teruk yang tidak reda dengan ubat tahan sakit biasa
  • Berlaku gejala anemia seperti pening, cepat penat atau sesak nafas 
  • Anda mungkin hamil, atau haid lewat sebelum pendarahan banyak bermula

Walaupun darah haid yang beku selalunya normal, ia kadangkala boleh menunjukkan keadaan asas yang lebih serius seperti keabnormalan rahim atau endometriosis, yang boleh menjejaskan pembekuan darah dan meningkatkan risiko pembekuan darah. 

4. Cara mengatasi darah haid berketul

1.Catat kitaran haid

Pastikan anda mencatat termasuk tarikh, jumlah pad yang digunakan dan saiz ketulan. Maklumat ini membantu doktor mengenal pola dan masalah haid yang anda alami.

2. Makan makanan kaya zat besi

Kenapa darah haid berketul? Mungkin disebabkan anda sedang penat dan lemah.

Dengan makan makanan tinggi zat besi dapat membantu badan anda menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. 

Antara makanan kaya zat besi ialah daging merah, hati, sayur hijau dan kekacang untuk mengelakkan anemia.

3. Rehat secukupnya

Wanita yang sedang haid perlukan makan dan rehat yang cukup kerana badan anda sedang alami:

4. Tukar tuala wanita dengan kerap

Tidak lupa juga, pastikan anda tukar pad dengan kerap demi keselesaan dan untuk mengelakkan jangkitan.

Doktor mungkin mengesyorkan ujian darah (termasuk paras hemoglobin), imbasan ultrasound atau ujian lain.

Rawatan bergantung pada punca, dan boleh merangkumi ubat untuk mengurangkan pendarahan, terapi hormon, suplemen zat besi atau prosedur lain jika perlu.

Kesimpulan

Kenapa darah haid berketul? Haid anda menjadi sebegini kerana haid berlebihan atau hormon yang berubah.

Namun, ketulan besar, pendarahan sangat banyak atau gejala seperti pening dan sakit teruk perlu dikenalpasti oleh doktor. Oleh itu, kenali corak haid anda dan jangan tangguh pemeriksaan.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 18 jam lalu