Terdapat banyak mitos mengenai onani atau melancap (masturbation). Tetapi benarkah onani penyebab kanser rahim atau sebarang jenis kanser lain? Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui jawapannya.
Terdapat banyak mitos mengenai onani atau melancap (masturbation). Tetapi benarkah onani penyebab kanser rahim atau sebarang jenis kanser lain? Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Onani atau melancap adalah apabila seseorang individu merangsang alat sulit (kelamin) untuk keseronokkan seksual – yang mungkin membawa kepada orgasme atau tidak.
Selain daripada persoalan sama ada benar atau tidak onani penyebab kanser rahim atau sebarang jenis kanser lain, sebenarnya terdapat banyak mitos mengenai melancap.

Kebanyakan kepercayaan dan dakwaan mengenai aktiviti memuaskan diri ini tidak disokong oleh sains.
Selalunya tiada bukti saintifik untuk menunjukkan bahawa melancap menyebabkan sebarang kesan buruk seperti yang diperkatakan.
Amnya, beronani tidak akan menyebabkan:
Sesetengah pasangan bimbang bahawa hubungan seksual akan menjadi tidak memuaskan jika salah seorang daripada mereka melakukan onani – ini juga sebenarnya mitos.
Kebanyakan lelaki dan wanita terus melancap sama ada secara sendirian atau bersama pasangan walaupun walaupun ketika menjalinkan hubungan atau berkahwin. Bahkan aktiviti tersebut dianggap sebagai sesuatu yang menyeronokkan dalam hubungan.
Melancap adalah perkara biasa untuk dilakukan dalam kalangan lelaki dan wanita pada semua peringkat usia dan memainkan peranan dalam perkembangan seksual.
Tetapi benarkah ia boleh menjadi punca kanser rahim atau sebarang jenis kanser?
Tidak juga. Tiada bukti saintifik yang menunjukkan beronani boleh mengakibatkan sebarang kanser. Cumanya terlalu banyak melancap boleh menyebabkan keletihan.
Untuk lelaki, melancap terlalu banyak boleh menyebabkan testis mengecut. Apabila buah zakar mengecut, jumlah sperma boleh berkurangan dan fungsi pembiakan berkurangan tetapi ia tidak dikaitkan dengan kanser.
Bagi wanita, beronani bukanlah punca kanser rahim atau kanser serviks.
Punca kanser rahim adalah apabila berlaku perubahan (mutasi) dalam DNA sel dalam endometrium – lapisan rahim. Manakala kebanyakan kanser serviks berpunca daripada human papillomavirus (HPV) – virus biasa yang boleh tersebar semasa hubungan seks.
Oleh kerana jawapan kepada persoalan “adakah onani penyebab kanser rahim atau sebarang kanser?” adalah tidak. Jadi bagaimana untuk menentukan sama ada aktiviti melancap yang dilakukan normal atau terlalu banyak?

Menurut International Society for Sexual Medicine (ISSM), tiada kekerapan ‘normal’ untuk melancap. Anda mungkin melakukannya setiap hari, minggu atau bulanan, terdapat juga yang memilih untuk tidak melancap langsung.
Selagi ia tidak menjejaskan hubungan anda secara negatif atau mengganggu aktiviti harian lain, melancap sekali-sekala atau sekerap yang anda mahu adalah selamat dan sihat.
Kepada kaum Hawa, anda tidak perlu risau mengenai onani penyebab kanser rahim atau serviks.
Bahkan melancap membantu mencegah jangkitan serviks dan jangkitan saluran kencing (UTI) melalui proses ‘tenting’ atau pembukaan saluran serviks yang berlaku sebagai sebahagian daripada proses rangsangan.
Tenting meregangkan servis dan membolehkan peredaran cecair – mukus serviks – yang penuh dengan bakteria dikeluarkan.
Beronani juga boleh mengurangkan insomnia melalui pelepasan hormon dan tekanan serta meningkatkan kekuatan lantai pelvis melalui kontraksi yang berlaku semasa orgasme.
Untuk kaum Adam, onani membantu mengurangkan risiko kanser prostat – mungkin dengan memberi peluang kepada prostat untuk menyingkirkan agen berpotensi menjadi penyebab kanser.
Aktiviti ini juga meningkatkan fungsi imun dengan meningkatkan tahap kortisol – yang boleh mengawal fungsi imun dalam dos kecil. Ia juga mengurangkan kemurungan dengan meningkatkan jumlah endorfin dalam aliran darah.
Melancap juga secara tidak langsung boleh menghalang kemanduln dengan melindungi daripada jangkitan seksual (STD) yang boleh menjadi punca ketidaksuburan.
Manfaat melancap yang lain adalah untuk mengurangkan stres, tekanan darah serta membantu memaksimumkan orgasme.
Jadi kepercayaan bahawa melancap boleh menjadi punca berlakunya kanser adalah tidak benar sama sekali.
Tiada sebab tidak sihat atau buruk untuk anda melancap. Malahan ia menawarkan banyak kebaikan secara fizikal dan mental. Ia juga selamat kerana tidak perlu risaukan tentang kehamilan atau dijangkiti STD.
Namun, sekiranya aktiviti melancap ini menganggu kehidupan peribadi dan profesional, menghalang kehidupan seks atau menyebabkan kesakitan secara fizikal, mungkin sudah tiba masa untuk mengurangkannya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor