brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Kitaran Haid Normal Berapa Hari? 28? 30? Dapatkan Jawapan Soalan Itu Di Sini!

Kitaran haid seorang wanita bukanlah sekadar satu lagi minggu ‘berdarah’. Sebenarnya, tempoh haid seseorang merupakan ‘kunci’ kesuburan seorang wanita. Sebab itulah, penting untuk wanita tahu kitaran haid normal berapa hari. Melalui kitaran haid inilah, wanita dapat mengenal pasti sama ada haid yang dialami normal atau tidak.

Kitaran Haid Normal Berapa Hari? 28? 30? Dapatkan Jawapan Soalan Itu Di Sini!

Perubahan yang berlaku ketika haid dikawal oleh beberapa jenis hormon seperti estrogen, progesteron, dan banyak lagi. Hormon ini jugalah yang menggalakkan pertumbuhan folikel, proses ovulasi dan juga haid.

Ingin tahu mengenai kitaran haid normal berapa hari untuk wanita? Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apakah maksud haid?

kitaran haid normal berapa hari

Kitaran haid merupakan satu siri perubahan yang berlaku pada badan wanita setiap bulan. Perubahan ini penting untuk memastikan badan kaum Hawa bersedia untuk hamil.

Jika ovulasi berlaku namun telur tidak disenyawakan, lapisan pada dinding uterus akan tertanggal dan keluar menjadi darah haid.

Pada umur berapa haid bermula?

Secara puratanya, gadis akan mula datang haid pada usia 12 tahun. Namun, mereka boleh datang period seawal usia 8 tahun dan selewat-lewatnya pada usia 16 tahun.

Kemudian, wanita akan berhenti datang haid secara ketika umur dalam lingkungan 51 tahun.

Keadaan ini turut dikenali sebagai menopaus. Wanita dikira telah mencecah menopaus apabila tidak datang haid selama setahun. Pada waktu ini, wanita juga tidak boleh lagi mengandung.

Kitaran haid normal berapa hari?

Kitaran haid yang normal adalah berbeza mengikut individu. Setiap bulan, salah satu ovari akan melepaskan ovum. Jika proses perseyawaan berlaku, rahim akan berada dalam keadaan yang bersedia untuk menyokong kehamilan.

Namun, jika proses persenyawaan tidak berlaku, lapisan uterus akan luruh dalam bentuk darah. Proses yang dikenali sebagai period atau haid ini akan berlaku secara puratanya setiap 28 hari.

Cuba ingat kembali kali pertama anda datang haid. Kemudian, cuba bandingkan dengan haid anda sekarang. Pasti banyak bezanya bukan? Badan seorang wanita akan melalui pelbagai perubahan apabila meningkatnya usia, sama jugalah dengan kitaran haid anda.

Normalkah jika tempoh haid berbeza?

Secara puratanya, kitaran haid yang normal adalah selama 28 hari. Namun, jika kitaran anda di antara 21 hari dan 45 hari, ia dikira normal.

Malah, untuk wanita yang baru sahaja didatangi haid, ia adalah normal untuk mengalami kitaran yang lebih panjang dan tidak teratur. Namun, lama-kelamaan kitaran ini akan menjadi semakin pendek dan konsisten.

Selain itu, wanita yang sedang mengambil pil perancang atau IUD juga akan mengalami masalah haid tidak teratur. Oleh sebab itu, berbincanglah dengan doktor mengenai jenis kontraseptif yang diambil dan kesannya terhadap haid anda.

Apabila anda menghampiri menopaus, kitaran haid akan kembali menjadi tidak teratur.

Mengapa kitaran haid berbeza mengikut individu?

Sebenarnya, ada banyak faktor seperti usia, genetik, kesihatan diri, indeks jisim badan (BMI), gaya hidup dan pengambilan pil perancang yang boleh membuatkan kitaran haid berbeza.

Jika anda bertanya, kitaran haid normal berapa hari? Secara amnya, jika anda telah datang haid selama beberapa tahun, panjang kitaran haid anda akan menjadi sama dan teratur.

Namun, panjang haid akan berubah bergantung kepada hormon wanita. Ia boleh berubah disebabkan diet, stress, terpaksa bekerja pada waktu malam, senaman atau setelah mengambil pil kontraseptif kecemasan (plan B).

Bukan itu sahaja, tabiat merokok dan pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan kitaran haid berubah menjadi lebih pendek atau panjang.

Kitaran haid normal berapa hari? Bolehkah saya mengesannya?

Ingin tahu kitaran haid normal berapa hari? Cara yang terbaik adalah dengan mula mencatat tarikh anda datang haid pada kalendar. Pada zaman ini, banyak aplikasi atas talian yang boleh membantu.

Saya risau mengenai kitaran haid saya, apa yang boleh dilakukan?

Jika anda runsing mengenai haid yang tidak teratur, cuba perhatikan perkara berikut:

  1. Bila haid anda mula dan berakhir? Adakah ia lebih panjang atau lebih pendek daripada biasa? Kira kitaran haid normal berapa hari, adakah ia berbeza setiap kali datang haid?
  2. Bagaimana pula dengan pendarahan yang dialami? Adakah ia kurang atau lebih banyak daripada biasa? Berapa kali anda perlu tukar tuala wanita?
  3. Adakah anda mengalami pendarahan yang abnormal di antara haid?
  4. Perhatikan juga perubahan lain seperti kerap alami mood swing.

Sebarang simptom abnormal perlulah diperiksa oleh doktor. Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan pakar. Haid yang tidak teratur juga boleh menjadi tanda penyakit.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada Semalam