backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Nak Luka Jahitan Faraj Cepat Baik Semasa Berpantang, Ibu WAJIB Amalkan 4 Makanan Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/01/2022

    Nak Luka Jahitan Faraj Cepat Baik Semasa Berpantang, Ibu WAJIB Amalkan 4 Makanan Ini

    Proses kelahiran membuatkan ibu kehilangan banyak tenaga dan darah. Disebabkan itulah, selepas bersalin, ibu baharu perlu melalui tempoh berpantang. Untuk itu, kami ingin kongsikan makanan dalam pantang yang boleh membantu percepatkan proses penyembuhan luka dengan cepat. 

    Tujuannya bukan sahaja untuk mengembalikan semula tenaga dan kesihatan ibu, tetapi juga untuk membolehkan badan ibu melalui proses pemulihan.

    Salah satu perkara yang perlu diambil berat semasa berpantang adalah pemakanan. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang penting untuk ibu selepas bersalin.

    Berikut adalah senarai makanan dalam pantang yang baik dan boleh diambil oleh ibu berpantang.

    4 Makanan dalam pantang yang baik 

    #1. Makanan dalam pantang – Ikan salmon

    makanan dalam pantang

    Salmon bukan sahaja menjadi makanan baik untuk ibu hamil. Wanita selepas bersalin turut disarankan untuk makan ikan salmon kerana ia mengandungi protein tinggi yang boleh membantu luka pulih lebih cepat.

    Selain itu, salmon juga diketahui mengandungi asid dokosaheksanoik (DHA), iaitu lemak sihat yang akan disalurkan daripada diet anda ke susu badan anda, kepada bayi. DHA  ialah nutrien baik untuk otak.

    Salmon juga mengandungi zink yang baik untuk melawan kemurungan selepas bersalin.

    #2. Daging pejal

    Bagi menambah tenaga ibu berpantang, anda disarankan untuk makan daging pejal atau daging tanpa lemak. Makanan ini mengandungi banyak zat besi yang merupakan keperluan nutrien penting bagi ibu selepas bersalin.

    Semasa bersalin, ibu mengalami kehilangan darah yang banyak, lantaran itulah pengambilan zat besi amat diperlukan buat ibu baharu.

    Zat besi yang tidak mencukupi dalam badan akan membuatkan tahap tenaga anda berkurangan, jadi sukar untuk anda menjaga bayi baru lahir. Daging pejal boleh dimasak bersama lada hitam ataupun dijadikan sup.

    #3. Makanan dalam pantang – Kunyit

    Ini bukan bermaksud anda perlu makan kunyit mentah. Sebaliknya, jika anda perasan, kunyit (sama ada kunyit hidup ataupun serbuk kunyit) sering diletakkan dalam menu berpantang.

    Kunyit mengandungi pelbagai nutrien di dalamnya; termasuklah Vitamin B6 dan C, serat, potassium dan magnesium.

    Kunyit digunakan dalam masakan berpantang kerana ia boleh membantu dalam melawan jangkitan dan mengurangkan keradangan.

    makanan dalam pantang

    #4. Roti gandum penuh

    Ibu selepas bersalin lazimnya mengalami masalah sembelit. Jadi, roti gandum penuh yang kaya dengan serat ini amat sesuai diambil oleh ibu sebagai salah satu makanan berpantang bagi membantu melawan sembelit.

    Roti gandum penuh juga adalah sumber asid folik, yang diperlukan bukan sahaja untuk tubuh ibu semasa berpantang, bahkan juga penting untuk kesihatan bayi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan