backup og meta

Takut Ada Sista Ovari? Ketahui Cara Check Cyst Yang Bakal Doktor Lakukan

Takut Ada Sista Ovari? Ketahui Cara Check Cyst Yang Bakal Doktor Lakukan

Kenapa ya saya sering sakit perut? Adakah ia berlaku disebabkan sista? Jika ya, apakah cara check cyst yang terbaik?

Semua wanita berisiko mempunyai sista. Walau bagaimanapun, bukan semua sista mendatangkan bahaya. Malah, punca sista juga mungkin berbeza-beza mengikut individu.

Sista ovari merupakan sejenis ketumbuhan yang tumbuh pada rahim. Wanita mempunyai dua ovari, setiap satunya bersaiz sebesar kacang almond. Telur atau ovum akan dilepaskan setiap bulan mengikut kitaran haid wanita.

Ramai wanita yang mempunyai sista tanpa sedar. Malah, mereka juga tidak mengalami apa-apa simptom. Kebanyakan sista tidak akan mendatangkan bahaya. Lama-kelamaan, ia akan hilang sendiri tanpa sebarang rawatan dalam masa beberapa bulan.

Walau bagaimanapun, sista ovari yang pecah boleh mendatangkan komplikasi yang serius. Untuk melindungi diri anda, wanita perlulah tahu akan cara check cyst serta simptom-simptomnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

4 cara check cyst dalam kalangan wanita

Saranan oleh doktor adalah yang terbaik bagi membantu anda untuk pemulihan cyst.
Saranan oleh doktor adalah yang terbaik bagi membantu anda untuk pemulihan cyst.

Jika anda dikhuatiri mempunyai sista, doktor mungkin akan mencadangkan beberapa ujian untuk tujuan diagnosis. Ada 4 cara check cyst yang mungkin akan dilakukan:

  1. Lakukan ujian kehamilan. Jika keputusannya positif, anda mungkin mempunyai sista corpus luteum.
  2. Ujian ultrasound. Ultrasound merupakan satu prosedur yang boleh dilakukan untuk memeriksa sista di kawasan rahim. Doktor akan menganalisis imej yang terhasil dan membuat diagnosis. Jika ada sista yang dikesan, doktor juga boleh menentukan lokasi serta jenis sista tersebut.
  3. Laparoskopi. Menggunakan laparoskop – sejenis instrumen tirus yang akan dimasukkan ke dalam abdomen – doktor boleh melihat keadaan ovari dengan lebih jelas. Malah, sista juga boleh dibuang pada masa yang sama. Ini merupakan satu prosedur pembedahan yang perlu dilakukan di bawah anestesia.
  4. Ujian darah CA125. Pesakit yang mempunyai kanser mempunyai kadar antigen kanser 125 (CA 125) yang tinggi dalam darah. Jika doktor mengesyaki anda menghidap kanser, doktor mungkin akan menjalankan ujian ini.

Kebanyakan sista akan hilang dalam masa beberapa minggu atau bulan. Oleh sebab itu, jika anda melakukan ultrasound, doktor mungkin tidak akan memberikan sebarang rawatan dan akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Besar kemungkinan, anda perlu melakukan ujian ultrasound kedua pada masa akan datang. Jika simptom yang anda alami tidak hilang dan sista semakin membesar, barulah doktor akan menyiasat punca sista yang anda alami.

Kebanyakan sista tidak perlu diperiksa

cara check cyst

Tahukah anda, kebanyakan sista tidak perlu diperiksa? Malah, jika ia tidak mendatangkan sebarang simptom, besar kemungkinan ia tidak menyebabkan penyakit.

Wanita mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai sista pada rahim disebabkan kitaran haid. Malah, 1 daripada 5 wanita yang sudah mencecah usia menopaus mempunyai sista pada ovari mereka.

Sista yang bersaiz kecil jarang sekali menyebabkan sebarang simptom. Tetapi, jika anda risau ia mungkin menyebabkan kanser pada masa hadapan, jangan bimbang.

Menurut pakar, jika sista itu tidak bersifat kanser pada waktu ia dikesan, sista tersebut tidak akan bertukar menjadi kanser pada masa hadapan.

Atas sebab itu, selagi sista tersebut tidak menyebabkan simptom seperti sakit pada kawasan pelvis, pesakit boleh abaikan sista tersebut selepas ujian ultrasound dijalankan.

Baca juga:

Selamatkah jika saya melakukan ultrasound sebagai cara check cyst?

cara check cyst

Sebenarnya, apa yang berlaku ketika ujian ultrasoud dijalankan? Ultrasound merupakan salah satu cara check cyst yang berkesan. Ketika ujian dijalankan, satu instrumen yang panjang dan tirus akan dimasukkan ke dalam vagina.

Ujian ultrasound menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar. Oleh sebab itu, ia tidak akan mendedahkan anda kepada bahaya radiasi. Malah, harganya juga tidak semahal ujian lain.

Walau bagaimanapun, jika sista dikesan semasa melakukan ujian ultrasound, pesakit pasti akan rasa gementar dan takut. Malah, ada juga pesakit yang akan melakukan ujian yang sama di klinik lain untuk mendapatkan pendapat kedua.

Namun, jika pesakit kerap melakukan ultrasound demi ultrasound, pesakit secara tidak langsung telah berbelanja lebih atas sesuatu yang tidak perlu.

Jika anda tidak mempunyai insurans, ultrasound merupakan satu pemeriksaan kesihatan yang memakan ratusan ringgit. Ini tidak termasuk lagi dengan kos pembedahan untuk membuang sista yang memakan ribuan ringgit.

Jadi, mengapa anda perlu berbelanja lebih sedangkan sista yang terbentuk tidak menyebabkan sebarang simptom dan tidak akan menyebabkan kanser?

Oleh sebab itu, jika anda risau mengenai sista yang dialami, dapatkan pendapat pakar dan ketahui dahulu punca sista sebelum membuat sebarang keputusan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ovarian cyst. https://www.nhs.uk/conditions/ovarian-cyst/. Accessed on June 30, 2022.
  2. Ovarian cyst. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ovarian-cysts/symptoms-causes/syc-20353405. Accessed on June 30, 2022.
  3. Ovarian cyst. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/ovarian-cysts. Accessed on June 30, 2022.
  4. Ovarian cyst. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK560541/. Accessed on June 30, 2022.
  5. Ovarian Cysts. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9133-ovarian-cysts. Accessed on Feb 2, 2023.

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Ladies... Selain Sista Ovari, Ini Jenis-jenis 'Cyst' Yang Perlu Kalian Ambil Tahu!

Sista Ovari Dan Sakit Belakang, Apa Kaitan 2 Kondisi Ini?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan