Asyik Tukar Pad Sebab Darah Haid Banyak? Awas, Anda Mungkin Alami Anemia!
Darah haid keluar banyak sampai kerap tukar pad? Jawapan ringkas: haid dikira berlebihan jika anda perlu menukar pad atau tampon setiap satu hingga dua jam selama beberapa jam berturut-turut, atau haid berlarutan lebih 7 hari. Keadaan ini dikenali sebagai menorrhagia dan perlu disiasat kerana boleh menyebabkan anemia.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Darah haid normal, berapa banyak?
Kitaran haid biasa berlangsung 21 hingga 35 hari, dengan haid selama 2 hingga 7 hari.
Jumlah darah yang hilang secara purata sekitar 30 hingga 40 ml sepanjang haid, dan sehingga 80 ml masih dianggap normal. Biasanya aliran paling lebat pada hari pertama dan kedua, kemudian beransur berkurang.
Apabila anda menghampiri menopaus, kitaran haid akan kembali menjadi tidak teratur.
Darah haid keluar banyak, apakah normal?
Aliran darah haid normal akan banyak pada hari pertama dan kedua. Period tidak normal jika anda mengalami:
- Rasa penat atau sesak nafas kerana kehilangan terlalu banyak darah (sehingga boleh menyebabkan anemia.
- Menukar pad atau tampon setiap 1 hingga 2 jam selama beberapa jam
- Perlu memakai dua lapis perlindungan sekali gus
- Terjaga pada waktu malam untuk menukar pad
- Ketulan darah lebih besar daripada syiling 50 sen
- Haid lebih 7 hari
- Aktiviti harian terganggu kerana aliran darah yang banyak
Apakah yang menyebabkan haid berpanjangan dan banyak?
Jika anda wanita yang mengalami darah haid keluar banyak, berikut antara sebabnya:
- Ketidakseimbangan hormon, seperti PCOS, masalah tiroid atau perimenopaus
- Fibroid rahim dan polip endometrium
- Adenomiosis dan endometriosis
- Kesan pencegahan kehamilan seperti (IUD)
- Gangguan pembekuan darah, contohnya penyakit von Willebrand
- Mengambil ubat tertentu, termasuk pencair darah
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jangkitan pelvis, dan dalam kes yang jarang berlaku, perubahan sel pada lapisan rahim
- Gangguan yang mempengaruhi hati, ginjal atau tiroid
Kenali anemia dan haid
Anemia boleh terjadi dengan pelbagai sebab. Contohnya, anemia kekurangan zat besi adalah jenis anemia yang paling biasa. Anda boleh mengalami jenis ini jika anda tidak mendapat cukup zat besi daripada makanan yang anda makan, atau jika anda kehilangan darah akibat kecederaan atau penyakit.
Jika anda mengalami beberapa penyakit kronik seperti penyakit autoimun, kanser, penyakit radang usus (IBD), penyakit buah pinggang, penyakit hati, penyakit tiroid, anda boleh mengalami anemia.
6 Tanda anemia akibat darah haid keluar banyak
Kehilangan darah berulang boleh menyebabkan kekurangan zat besi dan anemia. Tanda-tandanya:

- Mudah letih dan lemah
- Kulit pucat
- Pening atau sesak nafas
- Jantung berdebar
- Tangan dan kaki sejuk
- Rambut gugur
Apa yang saya perlu lakukan untuk cegah anemia?
- Dapatkan konsultasi dengan doktor: Ini ialah langkah penting untuk anda. Anda akan lakukan ujian darah seperti Complete Blood Count (CBC), kajian zat besi dan penilaian tahap vitamin akan membantu mengesan punca utama anemia anda.
- Makan makanan kaya zat besi: Daging merah, bayam, kekacang.
- Ambil suplemen yang dicadangkan: Makan suplemen yang diberikan seperti zat besi, vitamin B12 dan folat.
- Minum banyak: Minum banyak air supaya badan kekal terhidrat.
- Kekal aktif: Lakukan senaman secara berkala.
- Ubah gaya hidup: Pastikan anda kerap minum air, dapatkan tidur dan rehat yang cukup.
Period keluar lebih dari 15 hari mungkin tanda yang penting
Darah haid keluar banyak tidak seharusnya diabaikan, terutamanya jika berpanjangan atau disertai tanda anemia. Catat corak haid anda dan dapatkan nasihat doktor kerana rawatan boleh membantu.